Alhamdulillah.. hari ini dah melangkah masuk ke bulan terakhir tahun 2024. Pelbagai ujian hadir dan berlalu dengan izinNya juga. Banyak yang kita taip sepanjang 336 hari yang lalu dan berbaki 29 hari lagi ini. Semoga banyak yang membawa manfaat dan kebaikan buat seluruh umat dunia, Aamiin.. 

Hari ini nak menulis kisah menu masakan tengahari kak ana sahaja. Terlebih rajin nampaknya untuk kak ana sediakan menu pajeri terung dan ikan lengat goreng. Ikan lengat tu dua proses memasaknya. Pertama kukus dan kemudian goreng, hat tuu kak ana kata terlebih rajin pula mood memasak. Tapi ia kejadian yang jarang-jarang berlaku lah.. 


Pajeri terung


Ikan lengat goreng 


Kalau dulu kak ana beli sahaja ikan rebus di pasar, khasnya kalau balik kampung di Teluk Intan. Ikan lengat ni kami panggil ikan rebus. Ikannya pula adalah ikan kembung. Kalau di pasar besar Teluk Intan tu, memang ikan rebus ikan kembung segar bugar, isi manis sangat sebab dekat dengan pengkalan ikan di Hutan Melintang sana. 

Tapi selepas pandai, eh wah! Bukan pandai lah.. tahu dah bagaimana nak buat sendiri ikan rebus, kak ana selesa dah lengatkannya sahaja di rumah. Bukan selalu pun boleh balik kampung , kan. Jadi bila ada ikan kembung segar di kedai Acheh, kak ana teringin nak makan, kak ana buat lah.. 



Ikan lengat goreng


Mudah sahaja nak buat ikan lengat di rumah. Ada kak ana terbitkan entrinya di SINI . Secara video pula boleh tonton di bawah nih.. Bersihkan ikan, kukus dengan asam keping dah siap dah. Untuk makan dengan pajeri terung, kak ana gorengkan semula ikan lengat ni sekejap hingga garing. 




Sedap sangat makan ikan lengat goreng panas-panas. Kalau cicah budu atau air asam pun sedap juga, kena pula dengan ulaman, begitu lah selera orang kampung. Kak ana orang utara jadi dulu tak pandai makan budu, tapi selepas dijodohkanNya dengan orang Kelantan, suka dah make' budu poyak huhu :) 


Pajeri terung


Bila masak pajeri ni, kak ana teringat pada arwah mak kak ana. Suka sangat mak kalau makan pajeri. Tak kira pajeri terung atau pun pejeri nanas. Memang kesukaannya sangat, bertambah nasi kalau makan. 

Laa nih, kak ana pula suka pada masakan pajeri. Kadang-kadang nak buat tu malas juga sebab anak tak berapa minat, suami pun macam terpaksa makan je bukan kesukaannya. Tapi alhamdulillah.. suami tak banyak ragam, apa kak ana masak dia makan jer setakad ni. 



pajeri terung


Pajeri ni sama macam masak gulai kari juga. Ada rempah, santan, udang kering tapi kak ana gantikan dengan ikan bilis sebab suami dan anak tak tahan makan udang kering, santan dan juga kerisik. Masak pun lebih kurang masak kari sahaja. 

Kalau pajeri terung, kak ana suka goreng sekejap terung yang dah di belah tu. Baru rasa sedap , cuma ia akan berminyak lah. Hat tu yang buat sedap kut huhu :) Tak pe laa kan, bukan masak selalu, kadang-kadang sahaja bila terbit kerajinan barulah terhasil dengan izinNya..