Alhamdulillah..hari ini kita di izinkanNya melangkah masuk ke bulan terakhir kalendar Masihi , Disember 2022. Banyak yang telah kita lalui sepanjang tahun 2022 ini, dan banyak sebenarnya yang tidak kak ana kongsikan di alam maya ini. Kisah suka duka perjalanan hidup kami, kerana kak ana akan sebaiknya memilih berkongsi andainya ada manfaat sesama umat sahaja..
Intro entri ni kan main menusuk jiwa tapi kisah kali ini kak ana sekadar nak kongsikan cara nak buat ikan lengat atau kalau kat kampung kak ana di Teluk Intan nun, kami panggil ikan rebus. Walaupun hakikatnya tak lah di rebus sebaliknya ikan ni di kukus .
Hari Isnin lepas sempena cuti kerajaan baru 28hb November 2022, suami selepas menonton youtube ajaklah kak ana dan Adik ke Pantai Remis, Jeram. Nak makan kerang bakar katanya, pengaruh si Fendi Destinasi TV kat youtube tu laa..
Kami pun ikutkan ajer, tak jauh sangat dari kediaman kami pun dalam 40 minit sampailah. Dapatlah suami makan kerang bakar nanti kak ana akan kongsikannya dalam entri yang lain, In Syaa Allah. Lepas makan, lepak sat kat tepi pantai atas batu-batu tu menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt. Air surut waktu tu, jadi jauh ke tengah tak nampak air laut pun.
Macam biasa kalau ke Pantai Remis, Jeram ni kak ana suka ke pasar petang nya kalau hujung minggu, ada pelbagai jualan hasil laut dan makanan. Kali ni kak ana beli ikan pelaling selonggok RM10 bila balik kira ada 19 ekor ikan pelaling segar-segar. Kak ana beli juga udang merah sekilo RM28 dan sepaket sotong gelang yang dah di potong RM10.
Bila dah ada ikan pelaling segar ni teringat nak try jadikan ikan lengat atau ikan rebus yang boleh di simpan lama. Sedap pula tu buat goreng makan dengan nasi. Kak ana tonton kaedahnya di youtube dan Alhamdulillah menjadi . Macam selalu lah kak ana akan kongsikan semula di sini untuk mereka yang sedang tercari-cari cara nak buat ikan lengat atau ikan rebus sendiri di rumah..
Cara buat ikan lengat / ikan rebus
Bahan-bahan buat ikan lengat / ikan rebus :
Ikan pelaling / kembung
Garam
Asam keping
Air dan pengukus
Cara buat ikan lengat / ikan rebus :
1. Mestilah korang kena siang dan bersihkan ikan seperti biasa. Kemudian toskan airnya dalam penapis.
2. Taburkan garam secukupnya dan juga asam keping dalam 5-7 keping ikut banyak mana ikan.
3. Perapkan seketika sekitar 1 jam atau kalau tak pun boleh sahaja terus mengukusnya.
4. Panaskan air kukusan dan alas lengat dengan daun pisang supaya ikan tak melekat waktu kukus dan juga memberikan aroma tradisional pada ikan lengat. Ikan lengat ni di namakan sebab kita duk kukus dalam lengat atau pun loyang waktu mengukusnya.
5. Kukus sehingga masak dalam masa 15-20 minit bergantung kepada jumlah ikan yang korang kukus. Petua nak tahu ikan dan masak atau tak, menurut arwah mak kak ana, tengok mata ikan tu kalau dah putih tu masak dah la ikannya hehe..
6. Bila dah masak ikan akan berair dalam lengat, jadi korang angkat seekor demi seekor dan toskan sekali lagi dalam tapis biarkan kering. Angkat sekali dengan asam keping nya naa.. Akan beri rasa pada ikan nanti.
7. Boleh lah korang nak goreng ikan lengat tu segar-segar sedap makan dengan nasi goreng. Jadilah nasi goreng ikan rebus. Mahal juga hari tu kak ana makan di Lapako, Tanjung Malim. RM10 sepinggan. Kalau ada kat rumah stok ikan lengat nanti boleh buat sendiri kan..
Hat lebih kak ana simpan dalam bekas aiskrim untuk di goreng lain kali pula sebab kami kat rumah ni tinggal bertiga sahaja. Bolehlah buat stok ikan rebus. Senang dah kan pandai buat sendiri. Kalau tak selalu nak makan ikan rebus segar dan lemak-lemak ni kena balik kampung kak ana di Teluk Intan. Kat pasar besar Teluk Intan tu banyak jual ikan rebus memang sedap lemak dan segar.
Kali ini dah boleh lah buat sendiri di rumah dan simpan sebagai stok. Cuma kena dapatkan ikan pelaling atau orang Perak panggil ikan temenung atau pun ikan kembung yang fresh baru sedap nak jadikan ikan lengat atau ikan rebus. Selamat mencuba naa..
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
4 Comments
Oh.. sedap ni kak... sy suka lauk simple ala kpg mcm ni.. mkn dgn nasi panas je dh cukup
ReplyDeletetak pernah buat kak, ahhahhaha... sejenis orang malas kih3
ReplyDeleteFavorite ni Kak... Arwah mak dulu kalau bulan puasa inilah lauk sahurnya :)
ReplyDeleteoo gitu caranya.. goreng sikit lepas tu mmg berselra makan
ReplyDelete