Tahun 2024 yang lepas , kak ana cadangkan sambut hari lahir dengan makan-makan sekeluarga di mana-mana cafe sahaja untuk meraikan. Bermula dengan bithday Adik Ika pada bulan September , kak ana booking untuk hi-tea buffet di Vivatel Hotel dan bulan November pula birthday kak long, kak ana reservation makan hi-tea di Tim's Tea House Cafe pula. 

Idea memilih Tim's Tea House cafe ni dari kak ana sendiri lah, sebab tertarik sangat dengan dekorasi cafe berciri cottage Inggeris nya. Ala-ala dalam siri Gilmore Girls gitu. Duk lalu kat fyp tiktok la kan. Macam best je , sebab kak ana memang lah peminat dekorasi gaya English Cottage .



Tim's Tea House , Taman Melawati 


Kak ana pun cari lah info tentang cafe ni di internet, ia adalah Muslim owned dan hari yang kami makan tu, terjumpa dengan owner yang kebetulan masuk ke cafe. Boleh sahaja walk-in tapi kak ana contact melalui whatsapp di Instagram depa dan buat reservation untuk 5 dewasa dan 1 baby.
 

Tim's Tea House , Taman Melawati


Bukan apa, senang kan nak dapatkan meja bila sampai nanti. Cafe ni pun selalu full-house nak-nak lagi hari cuti hujung minggu. Alhamdulillah dalam pukul 3 lebih kami sampai dan dah ada meja yang di reservation kan di ruang yang cukup selesa . 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Cafe ni terletak di bersebelahan sahaja dengan Melawati Mall. Parkir banyak di luar sekitar lorong dan hari tu hari Ahad percuma sahaja kami parkir di sebelah belakang cafe. Melangkah masuk ke cafe, terus kak ana teruja sangat dengan dekorasi ruang gaya Inggeris cottage . 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Staff di pintu masuk bawa kami ke meja yang di sediakan, kami diberikan menu dan kemudian Kak ana dan Adik Ika ke kaunter untuk membuat pesanan dan bayaran. Kami pun lepak semula ke meja sementara menunggu hidangan sampai ke meja. 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Pelanggan agak ramai juga di dalam dan suasana tidaklah begitu formal atau sunyi sepi. Meriah sahaja dengan gelak tawa dan bualan pelanggan yang makan. Okay lah sangat, kami pun ada baby HNH bersama jadi tak lah rasa macam kena behave jer kan hehe :) 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Cuma kena pantau lah anak-anak kecil bila makan di cafe yang cozy macam nih. Sama lah kaedahnya kalau bawa anak ke rumah orang, kita sebagai tetamu perlu sangat pantau pergerakan anak dan didik tentang adab berkunjung, In Syaa Allah tak jadi sebarang keburukan.. 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Dekorasi gaya Inggeris cottage ni banyak bermain dengan porselin dan kaca, paduan warna hijau dan perabot kayu serta kusyen yang menepati ciri tema gaya Inggeris klasik. Wajib ada bunga-bunga hiasan khasnya aneka lily dan roses. Memang sangat elegan menikmati hi-tea di sini. Kak ana puji sangat konsep dekorasi cafe ni. 


Menu di Tim's Tea House , Taman Melawati 


Menu di Tim's Tea House , Taman Melawati


Kak ana sempat photo kan menu-menu yang ada petang tu di Tim's Tea House , Taman Melawati . Boleh lah korang nak bajet kan kalau bercadang nak makan di sini nanti. 

Apapun harga menu adalah pada waktu kunjungan kami bulan November 2024 yang lepas. Sebarang pertukaran harga kena lah rujuk di laman sosial depa, naa... 



Tim's Tea House , Taman Melawati


Kebanyakan menu adalah bertemakan English hi-tea. Tetapi ada juga gabungan rasa menu Malaysia dan di padukan dengan sajian barat. Antaranya yang kak ana try petang tu spaghetti daging salai. Pelbagai kek , pastri, cookies dan dessert  ada di kaunter hadapan untuk korang pilih. Ia tidak ada dalam dalam menu utama nih. 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Tim's Tea House , Taman Melawati


Jom kak ana nak share apa menu yang kami makan untuk sambutan hari lahir kak long petang tu di Tim's Tea House , Taman Melawati . Kak ana tak ada nak review sangat menu yang kami makan, sebab semuanya sedap pada selera kami. Rasa premium home cooked cafe setanding lah dengan harganya. 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Menu pilihan adik Ika ni kalau tak silap kak ana Linguine Coriander Carbonara. Pasta linguine bersama sos creamy carbonara dengan hirisan daging, cendawan dan taburan daun ketumbar. Kak ana tak ingat sangat tulis berpandukan menu di atas sahaja hehe :) Harga untuk menu ini adalah RM26 . 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Hat ni kak ana ingat sebab kak ana yang makan menu ni, Spaghetti Daging Salai Masak Lomak. Adunan rasa masakan barat pasta spaghetti dengan kuah masak lomak daging salai. Daging salai banyak dalam hidangan ini, tak kedekut. 

Kuah lomak sesedap rasa, tidak terlalu pedas kerana ia menggabungkan menu tempatan dan pasta. Secukup rasa semuanya dan menu ini berharga RM26 juga untuk kebanyakan main dish di sini. 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Kak long dan Aiman pilih untuk makan Chicken Lasagna sebab depa kongsikan juga dengan baby HNH yang suka sangat makan menu-menu western. Bukan main cucu wann nih, suka makan western walau baru masuk setahun lebih. Ikut Kika dia la tu :) 

Hidangan ni agak besar saiz nya dan cukup makan untuk seorang bersama potato chip dan salad serta dressing. Harga satu set chicken lasagna adalah RM30 . 


Tim's Tea House Melawati


Dan ini pula Mac and Cheese untuk suami kak ana. Memang dia suka makan pasta macaroni dan nak nak lagi di masak mac and cheese lagilah kesukaan tok wan. Side dish depa adalah potato chips tu dan ia memang sedap. 

Kami siap beli sebelum balik 2 paket untuk kudapan makan dalam kereta potato chips Tim's Tea House nih. Harga untuk Mac and Cheese pula adalah RM22 dengan set bersama salad. 


Tim's Tea House , Taman Melawati


Dessert petang tu, sepotong birthday cake Victoria Sandwich cake. Kak ana pilih Victoria Sandwich sebab boleh lah kak long suapkan baby HNH merasa. Kami belum lagi beri baby HNH makan chocolate pada usia nya waktu tu. Tunggu sikit masa lagi , In Syaa Allah baru try bagi. 




Tim's Tea House , Taman Melawati


Dessert kedua ni kak ana tak ingat tapi rasanya tiramisu, kalau tak silap. Dan di bawah tu pula sepotong crepe cake pistachio . Harga untuk dessert dan kek kak ana memang tak ingat sebab kami order kemudian selepas menu utama habis di makan. Dan ianya tiada dalam menu kena pilih di kaunter. 



Tim's Tea House , Taman Melawati


Untuk minuman kami pilih Iced Tea Lemon, Apple dan Peach segelas RM9 dan kak ana pilih juga nak merasai Whittard Tea pilihan kak ana English Rose Tea yang di hidangkan dalam teapot set berharga RM12. Barulah sesuai dengan tema English Hi-tea ye dak :) 



Tim's Tea House , Taman Melawati


Secara keseluruhannya, kak ana sangat berpuas hati dengan semua menu yang kami makan petang tu, sesedap rasa. Dari segi harga, memang standard harga makan cafe masa kini tetapi jika menu yang sedap terasa berbaloi . Untuk makan semua di atas, lima orang dewasa jumlah petang itu RM250 lebih kurang. Alhamdulillah rezeki anak-anak dan cucu. 

Suasana sangat selesa dan relax sangat. Kami lepak makan dalam cafe ni hampir dua jam juga. Dari mendung , hujan dan kemudian cerah semula di Taman Melawati ni, masih ada dalam cafe. Tidak terganggu dengan sesiapa kerana di luar tak nampak pun ada orang queue nak masuk dan masih ada sahaja meja kosong. Tak lah rasa bersalah kan duk lama sambil makan-makan. 

Kak ana suka sangat melihat orang kita berjaya dalam perniagaan makanan dan cafe yang mewah sebegini. Alhamdulillah, kalau bukan kita yang support, siapa lagi kan. Senang bila cafe milik Muslim ni untuk kita menikmati hidangannya tanpa rasa was-was. Semoga bermanfaat.. 























13 Comments

  1. cantik betul interior deko nya. dlm byk2 tu, MZ terliur crepe pistachio tuuu

    ReplyDelete
  2. Nampak premium semua menunya kak... kalau sedap mmg berbaloi sgt dah... tmpt pun cozy je

    ReplyDelete
  3. crepe cake pistacio nie nmpk sedap.

    ReplyDelete
  4. waaahhhh cantiknyaaaa english style dia! Ana pun suka sangaaaat jenis english style cmni kak ana! terliur tengok semua menu sedapnyaaaaa hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedap² ye menu semuanya. Alang² Kak Ana dah review ni bolehlah terjah :)
    Tahu lokasinya sbb selalu juga ke Melawati, tapi x pernah singgah pulak kafe ni 😁

    ReplyDelete
  6. cantiknye decorasi cafe ni... bila kak ana nak jemput kami sekeluarga join? :D hihi

    ReplyDelete
  7. Wow dekonya! Dah macam makan dalam rumah pulak

    ReplyDelete
  8. nieyl rasa, pernah google cafe ni...
    tapi tak pernah sampai lagi sini...
    nanti lah , free-free nanti boleh try jugakk

    ReplyDelete
  9. Cantiknya cafe ni. Pernah nampak juga ada yang review. Tenang je bila masuk dalam cafe. Instagrammable la dalam ni.

    ReplyDelete
  10. dah makin lawa dah tmpt ni. ms dok melawati dulu, rajin jg laa sy lepak kat sini... lps pkp sy belum.jejak lg ke sana

    ReplyDelete
  11. Pernah baca review cafe ini. Saya masukkan dulu dalam list kuliner saya 😍😍. Kalo ingat tea time, saya jadi ingat cerita di buku2 Enid Blyton, di mana Orang2 sana selalu ada tea time di sore hari.

    Menu pun nampak sedap, apalagi aneka sandwich 😍😍. Memang harus saya coba nanti

    ReplyDelete
  12. Menu nampak sedap dan menarik. Deko pun cantik. Pernah husband nak bawa celebrate birthday disini, tapi sy yang tak berani.. Sebab anak2 jenis melasak, risau pula kalau ada yng terlanggar, terpecah 😅

    ReplyDelete