22hb September lepas, hari lahir anak kak ana Kika . Masa tu dia agak busy dengan urusan kerja sempena MAHA 2024 di Maeps Serdang. Mujur juga dapat pelepasan dari majikan untuk  cuti Sabtu dan Ahad dari bertugas di sana. 

Kak ana plan awal lagi nak celebrate birthdaynya dengan makan hi-tea buffet di mana-mana hotel. Kami berlima semua tak termasuk cucu kak ana dak HNH . Cari punya cari dapatlah yang harga mampu makan untuk kami berlima di Vivatel Hotel, Cheras KL. 



hitea buffet di Vivatel Hotel, KL


Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL 

Puas juga kak ana survey dan kebanyakannya harga seratus ringgit ke atas untuk satu pax. Kak ana jumpa di FB senarai harga hi-tea buffet dan Vivatel baharu sahaja buka untuk hi-tea buffet dan masih pada harga promosi RM50 nett . * Harga telah berubah selepas tamat promosi dan boleh rujuk ke laman web Vivatel * 




Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL


Kak ana terus dapatkan contact number dan hubungi pihak Vivatel dan buat reservation untuk kami berlima. Comfirm reservation dan bayaran akan di buat di Retro Cafe bila kami sampai di sana nanti. 



Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL


Hi-tea buffet kebanyakan hotel di KL ni adalah untuk hujung minggu, Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja. Bermula pukul 12.30 hingga 4 petang. Kalau di Vivatel ni di Retro Cafe yang terletak bersebelahan kaunter receptionist. 




Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL


Kak ana, suami dan Kika sampai dalam jam 1.00 tengahari dan Kak Long, Aiman dan Baby HNH sampai awal sikit dari Bangi. Kami jumpa di lobby hotel dan terus buat bayaran dan ke meja yang dah di reserved kan. 



Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL


Waktu kami sampai memang agak penuh dah cafe dan meja. Makanan pun masih banyak tetapi dah tak cantik presentation sebab orang dah mula ambil. Menu adalah menu hi-tea dan bukan lunch tetapi ada nasi goreng, lauk kambing, ayam, udang dan sayuran. 



Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL

Selain itu menu-menu hi-tea biasa lah aneka pilihan mee, pasta, pastri, pizza, desserts, gorengan dan sebagainya. Banyak juga pilihan menu pada harga tersebut, dan staff akan refill semula menu yang dah berkurangan. 

Tapi jangan maii lewat sangat memang selalunya kalau full house macam ni sekali dua sahaja akan refill. Lepas tu tinggallah apa yang ada sahaja. Tips dia kena mai awal naa.. 


Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL

Kak ana pilih untuk makan hi-tea buffet ni sebab dapat lah makan dan duduk lama dengan selesa sekeluarga. Tambahan lagi bawa budak kecil ni kan, di sini surau , tandas, baby room pun ada. 

Sempat kami makan sampai dekat jam 4 petang juga baru gerak ke destinasi seterusnya . Kami solat Zohor di sini dan suraunya sangat selesa dan bersih di aras atas. 


Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL


Kak ana kongsikan di sini beberapa menu yang ada waktu tu, walaupun bukan foto kak ana sebab dah tak cantik nak ambil gambar bila dan terusik, kak ana pinjam dari FB Vivatel KL. Tapi menu-menu ni semua ada waktu kami makan hari tu. 


Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL



Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL


Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL

Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL


Ini merupakan kali ke tiga kak ana ke sini, dua kali sebelumnya adalah atas jemputan untuk Ramadan Preview beberapa tahun yang lalu. Kalau media event memang seronok lah kan tak campur public dan food presentation pun kemas dan cantik selalunya. 



Hi-tea buffet di Vivatel Hotel, KL

 Kali ni bukan paid review tapi memang pii sendiri jadi tak de la gambar lawa-lawa macam selalu hehe :) Lagipun sibuk layan cucu , kan. Apapun satu pilihan untuk korang yang tercari-cari hi-tea buffet yang agak murah pada kak ana di Kuala Lumpur nih kan. 

Retro Cafe Vivatel juga mempunyai pensijilan Halal oleh Jakim dan boleh kita menikmati hidangan tanpa was-was. Staff pun baik-baik semua petang tu dan sangat berbaloi dengan harga. Harga tu harga promosi sebab depa baru sahaja launch weekend hi-tea buffet, harga terkini ampa kena check di FB atau laman web Vivatel, Kl, naa.. Semoga bermanfaat. 

11 Comments

  1. berbaloi sangat kak...kira murah sangat dah harga buffet tu dengan menu yang banyak nampak semua menarik

    ReplyDelete
  2. sanah helwah ana sht sjhtra wah sambut besday dgn menu istimewa meriah

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Kika. Wahh bestnya, banyak menu, harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  4. Meriah menu nya.
    Harga pun berpatutan sangat.

    ReplyDelete
  5. Lama tak makan buffet kat hotel... Nanti boleh recce. Anniversary tak lama dah ni :D

    ReplyDelete
  6. Tak sabar plak SA nak pi Breakfast buffet kat JB next week..hehehe..ye la kak ana..SA pun dah lama x dapat jemputan dari mana- mana hotel dah..dh pencen dah rasanya ni

    ReplyDelete
  7. sgt berbaloi lah rate tu! memang average rate hotel2 kat KL ni above RM100 utk hi tea

    ReplyDelete
  8. Nampak mewah okla kalau nak sekali sekala.. Makanan banyak mmg berbaloi la dgn harga :D

    ReplyDelete
  9. Nampak sedaaap semua menu 😍😍. Saya dah lama tak makan buffet. Sebenarnya lebih prefer ala carte Krn lebih sesuai dengan kapasitas lambung 😅.

    Tapi kalo ada bufet yg tak terlalu mahal, saya oke sangat, jadi tak merasa rugi kalau makan hanya sedikit 😄.

    Teringin juga nak coba sesekali high tea kalo nanti balik ke KL

    ReplyDelete
  10. wahhhh murah sgt dah tu harga utk hi tea mcm ni
    mknn pun semua nampak best best belaka

    ReplyDelete