Salted egg yolk croissant & hazelnut latte Richiamo
Kejadian ni tahun lepas , 3hb Disember 2024 yang lalu. Esok nya merupakan hari lahir suami kak ana . Kami bertiga sahaja bersama Adik Ika nak celebrate sambil minum-minum kopi sahaja sebelum esoknya nak raikan bersama Kak Long, Aiman dan baby HNH .
Kami pilih untuk ke Richiamo sahaja yang tak jauh dari kediaman. Richiamo Coffee ni boleh di kata kan port lepak kesukaan kami bertiga bila terasa nak mengopi. Macam-macam menu dan minuman pun semua kena dengan selera kami.
Salted egg yolk croissant & hazelnut latte Richiamo
![]() |
Salted egg yolk croissant & hazelnut latte Richiamo |
Kalau pilihan kak ana dan Adik Ika paling kami suka adalah salted egg yolk croissant ataupun croissant telur masin. Sangat lah sedap bila di panaskan kemudian di hidangkan untuk di makan. Ia adalah saduran telur kuning telur asin dalam tekstur serbuk.
Memang sedap sangat pada selera kami. Makan pula dengan hazelnut latte. Itulah pilihan kalau kak ana dan Adik Ika makan di Richiamo . Gabungan rasa croissant yang garing di luar dan lembut di bahagian dalam bersama rasa lemak masin dari taburan salted egg yolk tu sangat kena dengan selera kami.
Kami try juga pistachio croissant . Agak manis pada kak ana mungkin sebab saduran white chocolate tu agaknya dengan taburan kacang pistachio di atas croissant. Tapi okay sahaja cuma tak sesedap salted egg yolk tu. Ikut pada selera masing-masing lah kan.
Suami kak ana try makan roti paratha dengan kari Penang, katanya. Tiada yang istimewa pada menu ini, biasa-biasa sahaja . Tapi okay sahaja untuk di makan.
Sebab nak raikan birthday ayahnya, Adik Ika ambil lah sepotong kek. Tak ingat dah kak ana kek apa nih , kalau tak silap cheese cake. Suami kak ana suka makan cheese cake tu yang rasa ini adalah cheese cake agaknya hehe :)
Lepas makan kami borak-borak sekejap tiga beranak di dalam cafe Richiamo malam tu. Tak rami pengunjung mungkin dah agak lewat malam. Kak ana kongsikan pemandangan dalam ruang makan Richiamo di hadapan simpang Bandar Country Homes nih. Selesa dan tenang sahaja malam tu .
10 Comments
Sy pun suka lepak di Richiamo.
ReplyDeleteNanti nak pi try salted egg croissant tu. Pernah makan yg kosong je, set dgn kopi. Ada promo masa tu
Sedapnya croissant tu
ReplyDeletenak cuba juga la salted egg croissant,ramai yang review sedap
ReplyDeleteSuka juga makan-makan di Richiamo.
ReplyDeleteOk nanti nak cubalah salted egg croissant tu.
Sedapnya salted egg croissant tu.
ReplyDeleteSamalah pilihan kita kalau ke RC tu... SEC dan hazelnut latte😁
ReplyDeletenanti singah richiamo nak try juga laa salted egg croissant tu...
ReplyDeletesedapnye... Happy belated birthday 'ayah' semoga sentiasa sihat.. ameeennnn
ReplyDeleteDtg Richiamo ni tak sah kalau tak makan salthed egg dia huhuu :D
ReplyDeleteRichiamo saya blm coba. Waktu itu baru coba Zus saja. Nantilah , THN ini memang akan ke KL lagi, nak coba. Salted egg nya pun penasaran juga. 😍
ReplyDelete