Citarasa makanan Yemen di Restoran Balqis, Shaftsbury Avenue, Putrajaya
Bila suami kak ana request nak makan nasi Arab untuk birthday di bulan Disember 2024 yang lalu, puaslah kak ana mencari restoran Nasi Arab cantik interiornya kat tiktok. Nak celebrate birthday kan, biarlah di tempat yang istimewa menu dan dekorasi ruang yang nampak elegan.
Sebelum ni kami celebrate birthday kak long dalam cafe bertemakan Inggeris di Tim's Teahouse Melawati , jadi kali ni kak ana nak juga celebrate di cafe atau restoran yang cun untuk suami dan keluarga kecil kami.
![]() |
menu Yaman di Restoran Balqis, Putrajaya |
Restoran Balqis, Putrajaya
Skrol punya skrol nampaklah restoran Balqis yang terletak di Shaftsbury Avenue, Precinct 1, Putrajaya. Nampak memang cantik interior bertemakan bunga-bunga dan bercirikan dekorasi timur tengah. Survey gak menu-menu yang di tawarkan, masih dalam bajet kak ana nak belanja keluarga makan di sini. Alhamdulillah..
Lagipun tak jauh dari rumah kak long untuk datang ke Putrajaya dan tempat ni pun bukan tumpuan ramai. Ada budak kecil nih, kak ana lebih suka makan di tempat yang bukan sesak dan ramai untuk keselesaan kami.
Pagi tu lepas sarapan ringan-ringan di rumah, kami ke rumah kak long dahulu dan kemudian waze ke Shaftsbury Avenue di Putrajaya. Ia merupakan sebuah mall bersebelahan sahaja dengan kompleks Alamanda. Senang juga nak dapat parkir kerana macam kak ana cerita awal tadi ia bukan mall yang tumpuan orang ramai sangat.
Awalnya kak ana nak reservation dahulu tapi admin IG depa lambat sungguh nak reply, jadi kami walk-in sahaja . Alhamdulillah ada banyak meja kosong dan kami masuk dan order beberapa menu makan tengahari untuk berlima.
Kami mulakan dengan menu appetizer iaitu platter Mix Balqis Appetizer yang berharga RM35. Dalam set ni ada beberapa menu appetizer timur tengah bersama kepingan roti untuk di makan bersamanya. Kak ana tak pasti sangat apa nama menu-menu dalam platter ni tapi semuanya sedap pada selera kak ana sekeluarga.
Memang berbaloi untuk starter makan tengahari . Kalau tak silap ada hummus , arabia salad 2 jenis, roti pita dan springrolls. Semua nya sedap sangat .
Suami ( birthday boy ) pilih chicken mandi quarter dan sama juga dengan Adik Ika . Nasi mandi dia sangat authentic timur tengah dan ayam pun cukup rasa rempah ratusnya, isi lembut. Kak ana kalau nak makan nasi arab selalunya akan ke kedai nasi arab orang timur tengah kerana memang beza dengan makan nasi arab tempatan nih. Set nasi Arab ni harganya RM18 sahaja.
Aiman dan kak long makan nasi mandi lamb regular berharga RM38 . Depa nak makan kambing pula dan sajian ni memang berbaloi banyak boleh kongsi-kongsi makan rasa sama-sama.
Sebab semua dah makan nasi arab, kak ana pilih nak makan wantan noodle with dumpling soup. Menu chinesse pula. Restoran Balqis ni bukan sahaja menawarkan menu timur tengah tetapi ada juga menu bbq, chinesse dan sebagainya. Korang boleh pilih di menu depa kalau ke sini.
Sedap juga mee wantan bersama dumpling soup ni berharga cuma RM14.95. Banyak dan mengenyangkan untuk kak ana yang tak makan banyak nih. Baby HNH makan nasi Arab , mummy dia suap kan. Suka dak tecik tu makan nasi Arab.
Sebab tak banyak pilihan kek di display kabinet di restoran, kami pilih kunafa cheese untuk meraikan birthday tok wan dan sebagai dessert. Hat ni paling sedap yang kak ana pernah makan kunafa khisneh with chees berharga RM23.95.
Tak terlalu manis dan cheese dia lembut cair dalam mulut. Memang kalau ada rezeki nak ulang lagi makan kunafa kat sini sebab sebelah restoran ni adalah outlet restoran kunafanya sahaja. Kira macam dessert cafe dia lah..
Sebelum balik kami ambil pula satu tray set aneka baklava yang berharga RM30 kalau tak silap , sebab harga menu di atas kak ana ambil dari laman web depa tapi hat baklava tak ada laa pula hehe :) Boleh lah buat kudap-kudap di rumah.
Tapi baklava ni agak manis dan ambil masa sungguh kami nak habiskan sekotak ni. Berhari juga lah, makan sebiji sehari dah cukup gitu. Untuk semua menu yang kami makan bersama minuman teh o ais lemon sekitar RM250 lebih kurang untuk makan berlima termasuk baby HNH.
Agak berbaloi pada kak ana sebab menu semuanya sedap dan tempat pun cozy serta selesa . Kalau korang nak cuba menu makanan timur tengah khasnya dari Yaman boleh lah ke Restoran Balqis di Shaftsbury Avenue, Putrajaya. Semoga bermanfaat..
8 Comments
senang hati kan kak bila dah dapat celebrate..sama macam saya selagi tak belanja makan rasa tak puas
ReplyDeleteSedapnya menu semua. Banyak kali lalu nampak signboard Restoran Balqis di Shaftesbury ni.
ReplyDeleteFuh siap bertema.. tahun ni arab tahun lepas english.. kalau minta Kazakhstan macam mana hahaha... Mmg cantik design dlmn.. makanan pun sedap :D
ReplyDeleteboleh tahan regenya tp berpatutan lah sbb menunya special dan tempat pun cantik selesa
ReplyDeletesemua sedap menunya
ReplyDeleteNampak menyelerakan semua menunya tu.
ReplyDeleteSetuju, saya kalo nak makanan timur tengah yg sedap, LBH suka ke resto yg memang khusus menjual itu dan biasa chef nya pun dr sana. Pernah makan di tempat org lokal, rasanya sudah dimodifikasi, JD tak terlalu otentik.
ReplyDeleteBaklava ini saja yg saya sampai skr tak bisa makannya. Dah beli beberapa kali, memang manis dia tak kuat lah. Pernah beli sekotak di Azerbaijan , sampai pulang pun tak habis. Akhirnya terpaksa kami buang. Memang ga sanggub dengan manisnya
Baklava memang menarik tapi tu lah.. awat manisan depa manih sungguh 😁
ReplyDelete