Buah tembikai mini
Hari-hari duk bedek lanskap depan rumah kak ana , tak perasan pula ada pokok tembikai tumbuh dengan sendiri di laman. Agaknya benih di bawa burung yang hinggap atau pun duk buang biji tembikai bila makan di depan laman.
Sedar-sedar terpandang dalam pasu pokok bunga YTT kak ana adalah sebiji tembikai mini elok terletak. Mula perasan tu saiz diameter dalam 10 cm macam tu je. Kak ana cerita kan suami dan Adik Ika, depa kata biar je kita tengok besar mana nanti sudahnya. Tapi comel sangat..
Buah tembikai kuning comel
Adalah dalam sebulan macam tu ia bertahan dan saiz pun tak ada lah berkembang membesar, kak ana tengok ia dah mula layu daunnya yang menjalar, buahnya pun adalah dalam diameter 20 cm ia dah mula jatuh dari empulurnya..
Saja-saja kak ana ambil dan simpan. Suami kata cuba belah kita tengok isinya. Kak ana ambil pisau belah dua si comel nih. Masyaa Allah... masak ranum dah dalamnya tembikai kuning rupanya. Kak ana memang suka sangat makan tembikai kuning ni sebab rasa dia manis-manis buah jer kan.
Alhamdulillah di rezekikanNya juga kami bertiga merasai buah tembikai kuning mini nih. Sedap manis dan cukup masak ranum. Seronok sangat walaupun kecil sahaja buahnya tapi masak manis . Itulah namanya rezeki kan.. Kak ana simpan sini kisahnya untuk kenangan di masa hadapan ... Kisah tembikai kuning mini di laman #AJHomeGarden :)
12 Comments
Jiran Sy pun tanam, mmg berbuah saiz mini gini je Kak Ana, wpun benihnya dari buah besar. Mgkn sbb campak² je bijinya, tak properly semai, Baja dsbnya maka tak besarlah saiz buahnya.
ReplyDeleteApapun syukur dan seronok kan dapat merasa hasilnya :)
Boleh ambil bijinya dan semai
ReplyDeleteSedapnya nampak manis walaupun comel kecik.
ReplyDeletewaahhhh ini betul2 rezeki tak dibawa burung hehehe comelnyaaa tembikai kuning size kecik camtu! hehehe
ReplyDeleterezeki sgt2 tu!! cute sgt laaaa
ReplyDeletememang betul2 rezeki..rasanya benih dibawa burung ni kak..comel aje buahnya
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki tuhan datang tanpa di duga....
ReplyDeleteSalam kenal warga Blogger, jemput singgah di teratak yang tidak seberapa.
comelnya! first time tengok saiz mini
ReplyDeleteElok isinya kuning walaupun saiz nya comel sangat
ReplyDeleteDuluuuu zaman sekolah, saya pernah tanam biji semangka 🍉 di kebun papa. Iseng saja, dan ternyata tumbuh . Tapiiii memang tak bisa membesar 😄. Padahal buah yg saya makan sebelumnya besar.
ReplyDeleteAkhirnya saya potong, dan ternyata manis sangat. Cuma itulah tak bisa besar.
Apa ada cara khusus supaya semangka membesar yaa 😅
Itulah nama nya rezeki dari Allah.. kalau dah kata makan tembikai hari tu mmg dpt makan walau terjumpa tembikai mini.. comey nyer.... Jgn dibuang pokok nya.. mana tau nanti lgi byk buah keluar..
ReplyDeleteComel buahnya. Ni kongsi berapa ni? 😅
ReplyDelete