Kak ana masih aktif menulis dan bercerita di blog. Apa sahaja yang kak ana rasakan ada manfaat untuk di kongsikan, kak ana akan terbitkannya. Entri personal kebanyakannya berkisah tentang makanan, kerana kak ana memilih niche ' food blogger ' . 

Selalunya selepas terbitkan entri baharu, kak ana akan ambil masa untuk blog walking ke blog rakan-rakan blogger yang aktif. Dari situ lah menjalinkan kemanisan ukhuwah dan mendapat pelbagai perkongsian info lagi.


queen pot


Sambil blog walking, adalah kak ana join satu giveaway di blog www.roziahmuhammadnor.com/ , pemiliknya di kenali dengan panggilan Cie . Cie buat satu giveaway sempena anniversary nya bersama suami.

Kak ana pun komen lah sambil memberikan ucapan untuk mereka berdua. Rupa-rupanya, komen kak ana terpilih sebagai pemenang GA Cie. Pilihan Cie dan suami katanya. Tapiiiiiiii.... kak ana tak perasan pun dah memang, sampai dua kali Cie komen di entri-entri terbaharu kak ana barulah terbaca haha!

Kak ana carilah semula entri pemenang GA tersebut di blog Cie dan jumpalah cara nak hubungi Cie di pautan yang diberi. Kak ana hubungi Cie melalui whatsapp dan berikan detail yang di perlukan untuk pengeposan hadiah.

Khamis lepas, sampai lah hadiah Cie. Masyaa Allah... cantik sangat queen pot Swiss Thomas kiriman Cie. Warna emarald green. Saiz pun sedang molek sangat untuk kegunaan kak ana. Ia boleh di jadikan periuk atau pan ataupun pengkukus. Sangat ideal. 

Terima kasih Cie di atas hadiah indah ini. In Syaa Allah kak ana akan gunakan ia untuk masak-masak di rumah, dan sebahagian dari content niche blog dan socmed kak ana. Kak ana doakan semoga perkahwinan Cie dan suami kekal bahagia hingga syurga dan dimurahkan rezeki serta ganjaran pahala yang berpanjangan, Aamiin... 


0 Comments