Kak ana sebenarnya sangat lah pelik kenapa susah sangat nak dapatkan minyak masak dalam paket di pasaran. Kalau kedai runcit Acheh , memang dah lama sungguh tak nampak bayang dah.. Di pasaraya Speedmart dulu ada lah juga dapat seorang beli 3 pek laa nih pun dah tak jumpa. 

Sama juga pasaraya lain, kadang-kadang di Lotus dan Segi belah pagi ada tapi ni pun jarang dah nak bersua. Sedang kan minyak dalam botol sentiasa ada sahaja di pasaran. Mungkin kah sebab ia di jual dengan harga subsidi yang murah untuk se kilogram, jadi pengeluar menghadkan pengeluaran ? Agaknya lah, kan ??? 


Minyak masak kampit


Beberapa minggu lepas, kak ana ke pasaraya Segi di kawasan kediaman dan ada jualan Rahmah kat luar premis di bawah khemah. Nampaklah berkotak juga minyak masak kampit ni, dan kak ana tanya lah kat staff boleh beli ke minyak paket ni ?

Boleh katanya, bagi kat dia IC untuk depa rekod. Sebelum ni ada kak ana tonton di tiktok yang laa nih kalau nak beli minyak paket ni kena download apps Ecoss KPDN, terlebih dahulu. Isi maklumat personal dan upload IC bagai untuk dapat kan minyak kampit 3 pek kalau tak silap kak ana. 

Punyalah banyak apps laa nih kat dalam handphone, sampai nak beli minyak masak pun kena ada apps. Kak ana rasa kan lebih baik tunjuk IC sahaja untuk pastikan minyak paket ni di jual pada warganegara sahaja. 

Macam laa nih, baru ni kak ana bertanya di kaunter Klinik Pergigian KKM, nak buat pemeriksaan gigi, kata jururawat bertugas kalau nak datang Klinik Pergigian KKM perlu dapatkan temujanji melalui apps MySejahtera terlebih dahulu . 

Berapa banyak MY lah kena ada kat handphone ye ? Adoi inilah harga yang perlu di bayar rakyat marhein macam kita nak dapatkan apa sahaja servis dan produk keperluan masa kini. Balik pada cerita minyak kampit kat atas tadi, kak ana bagi IC kat staff, depa salin lah dalam kerta rekod, nama, nombor IC, alamat dan dapatlah kak ana beli 3 pek bayar di kaunter. 

Apps Ecoss tu kak ana tak download pun lagi , kalau terpaksa beli ajer lah minyak botol nampaknya. Ermm... minyak oh minyak masak kampit, susahnya nak bersua dengan mu... 


9 Comments

  1. Di kampung pun susah dapat minyak paket. Kalau pergi Econsave kena tanya di kaunter.

    ReplyDelete
  2. sepanjang 4 tahun duduk dekat Selayang nie, pernah nampak sekali je minyak paket tu dekat Lotus Rawang... lepas tu takde dah..
    kalau my Sejahtera tu, selalunya KK memang guna lagi untuk buat App, lagi2 klinik gigi.. sebab servis pergigian terhad..

    ReplyDelete
  3. Sy ada beli minyak paket bbrp bulan lepas, kena isi form. Tulis no IC dekat kertas tu...list nama & no IC.
    Sy prefer tulis/tunjuk ic, apps ni Sy kurang gemar nak install. Pening banyak sangat :(

    ReplyDelete
  4. ooo kena tunjuk ic plak ye.. kena standby ic la kalau nak beli nanti.. memang minyak paket susah sangat nak dapat sekarang.

    ReplyDelete
  5. Hmmm mungkin ada yang ambil kesempatan menyorok minyak ni. Pernah juga tengok kat Tik Tok. Sampai ada pegawai penguatkuasa serbu kedai tu. Kalau minyak botol tu memang selalu je saya nampak.

    ReplyDelete
  6. nak beli minyak paket pun kena tunjuk ic macm2 masalah hidup la ni ya

    ReplyDelete
  7. Sekarang ini semua begitu kan kak. Apa apa pakai aplikasi 😄😄. Sama juga disini. Kadang memang memudahkan , tp terkadang juga menyulitkan. Kasian dengan rakyat kecil yg hp nya terbatas memory, susah nak download.

    ReplyDelete
  8. Nak beli minyak pun kena guna ic ye tahun 2025 ni. Kadang2 mereka sorok & jual sikit2.

    ReplyDelete
  9. Dah tak dapat beli minyak peket lagi sebab belum download apps dia

    ReplyDelete