Resepi kek coklat moist kukus sukatan cawan
Lalu lalang dekat tiktok kak ana tengok orang duk jual kek coklat moist jenis ceduk letak topping tu. Beratur orang beli, tapi tak lah mahal harga depa jual, berpatutan dah pada kak ana , ada yang RM10 dan RM15 sebekas.
Nak buat pun pakai modal juga kan, dan ambil masa juga. Kalau tak sempat boleh je beli asalkan sedap. Kak ana terliur pula nak makan tapi rasa macam nak buat sendiri di rumah sebab bahan-bahan ada. Dan bila sampai seru maka terhasillah kek coklat moist kukus , resepi kak ana ambil dari tiktok. Mudah dan sedap, Alhamdulillah.. ampa boleh cuba sendiri..
Resepi kek coklat moist kukus
Jom kak ana kongsikan resepi mudah sukatan cawan nak buat kek coklat moist versi kukus bersama topping nya. Mula-mula kita masakkan kek coklat kukus terlebih dahulu.
Bahan-bahan dan cara buat kek coklat moist kukus
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak ( minyak jagung pun boleh )
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat ( kak ana kurangkan 1/2 cawan sahaja )
3 biji telur
Kesemua bahan di atas masukkan dalam blender dan blend sebati seperti adunan di dalam gambar kat atas ni dah tuangkan ke dalam mangkuk adunan yang besar. Ketepikan sekejap sementara kita satu kan bahan kering .
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Ayak sebati semua bahan tepung di atas dan campurkan ke dalam mangkuk adunan berisi bahan coklat yang di blend tadi. Gaul sebatikan semua bahan .
Masukkan ke dalam acuan bekas plastik. Boleh sahaja guna jenis tapau segi empat atau bekas kecil bulat macam kak ana guna ni. Ikutlah pada acuan masing-masing. Kukus selama 15-20 minit.
Gambar bawah ni hasil selepas kukus. Kak ana tak ada lah ambil gambar yang dah siap jadi blur tu sebab gambar dari video. Faktor usia sungguh lah kakak nih, kan.. Nak jelas korang boleh je tonton di video bawah tu .
Bahan dan cara buat topping kek coklat moist
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
Masak semua bahan di atas api perlahan dan whisk sepanjang proses memasak sehingga sebati dan berkilat. Tak perlu masak mendidih cukup bahan panas dan beruap sahaja. Sejukkan dan tuangkan ke atas kek yang dah di sejukkan tadi.
Mudah sangat kan. Kalau ada bahan boleh lah buat di rumah bersama anak-anak. Puas hati dapat makan sekeluarga. Kalau nak banyak ganda kan sahaja sukatan resepi di atas. Selamat mencuba naa..






7 Comments
terima kasih share resepi ') lama tak buat kek coklat ... selalu cikbunga bakau jew .... kalau kukus tak berapa pandai sangat
ReplyDeleteTentu sedapnyer kek kukus
ReplyDeletekek kalau kukus sedap sebab dia tak muak
ReplyDeletekek choc ni fav my ariff. MZ suka kek butter or kek carrot ajer
ReplyDeletenampak helok cantik je kejadiannya
ReplyDeleteCantik kejadiannya. Buat peminat kek coklat boleh la buat. Kami tiga beranak tak makan kek coklat. Kami makan butter cake.
ReplyDeleteKegemaran saya ni. Saya suka, saya suka
ReplyDelete