Kak ana memang suka makan makanan berasaskan soya macam tempe dan tauhu atau belah utara kami panggil taukua. Hari tu kak ana bersama suami dan Adik Ika, pii lah jalan-jalan ke Tanjung Karang. Cadang nak minum coconut shake tetapi kedai yang jual tu macam dah terbiar pula walaupun sebelum ni agak viral. 

Harga coconut shake pun RM11 segelas macam tak berbaloi pula kan. Pekedai pun bukan Muslim jadi kami tak jadi , dan singgah pekena Cendol Borhan sahajalah. Kat sini lah pertama kali kak ana makan menu tauhu berlauk. Sedap lah pula. 


Resepi tauhu berlauk

Selang beberapa hari, kebetulan kak ana ada beli 3 keping tauhu lembut , kak ana carilah resepi dan cara nak buat tauhu berlauk ni di tiktok. Dapat lah satu resepi ni dan kak ana olah kepada bahan yang ada di rumah. Hasilnya sedap dan lebih kurang macam hat yang kami makan di Cendol Borhan tu. 

Meh kak ana kongsikan semula di sini untuk rujukan di masa hadapan. Walaupun trend hari ini mencari resepi di tiktok lebih mudah, namun blog masih lagi relevan sebagai rujukan sesetengah insan. Yang baik kita terbitkan sahaja , semoga memberi manfaat.. In Syaa Allah. 

Resepi tauhu berlauk 

Bahan-bahan tauhu berlauk dan cara masak tauhu berlauk 


3 ketul tauhu lembut ada juga orang menggunakan tauhu jepun 



cara masak tauhu berlauk


Tauhu lembut, isi ayam di cincang atau boleh juga gunakan daging ayam kisar bersama 2 biji telur, masukkan dalam blender dan kisar halus seperti adunan di bawah. 


cara masak tauhu berlauk


1/2 batang lobak merah
Garam


cara masak tauhu berlauk


Lobak merah kak ana parut atau boleh juga kalau korang nak hiris nipis-nipis. Dadukan bawang holland dan juga daun bawang. 


cara masak tauhu berlauk


Satukan bahan yang kita blend tadi bersama hirisan sayuran di dalam mangkuk adunan. Rasakan dengan garam, lada sulah, serbuk perasa atau kiub ayam.


 cara masak tauhu berlauk


Masukkan bahan ke dalam acuan. Kak ana gunakan pelbagai acuan untuk habiskan stok. Kak ana isi dalam acuan kuih lompang tu sebab dalam video tiktok depa buh dalam tu cantik kejadiannya. Tapi bekas acuan kuih lompang kak ana ada sedikit sahaja dan malas nak ulang kukus, kak ana isi kan dalam bekas tapau sahaja selebihnya. 


cara masak tauhu berlauk

Kukus dalam 20 minit dan bila adunan dah mengeras maknanya dah masak dah lah. Keluarkan dari kukus dan sejukkan sekejap sebelum keluarkan atau yang dalam tapau segiempat tu kak ana potong dadu besar tauhu berlauk . 





Celup dalam telur yang di dadar yang di perisakan kan dengan garam. Goreng dalam minyak yang panas. Balik-balikkan dan siaplah tauhu berlauk kita. Lebihan telur dadar tadi goreng dalam minyak dan kocakkan sehingga menjadi taburan garing di makan bersama tauhu berlauk, cicah dengan sos thai atau sambal kicap

Korang boleh tonton dalam video YTC kak ana di atas tu sebab tak adalah pula kak ana ambil foto tauhu yang di celup dan di goreng. Lupa lah tu.... Cuba naa :) 

9 Comments

  1. Ya Allah, kecur sy pagi² membayangkan betapa sedapnya Tauhu Berlauk Kak Ana ni.

    ReplyDelete
  2. Terus lapar... Bahan sayuran tak de. Yang lain semua ada dalam peti tu.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya 🤤 menu ni sesuai utk org berdiet sbb tinggi protein jadi rasa kenyang pun lama.

    ReplyDelete
  4. terliurnya kak..tapi nak buat sendiri rasa macam renyah plk hehe

    ReplyDelete
  5. wah masakan org rajin mesti sedap ni

    ReplyDelete
  6. Kena cari jugalah nampaknya ni... Hat org jual la sbb depa kat rumah ni tak makan tauhu, kecuali tauhu begedil pakat cuit la sorang sikit 🤭

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak...ni macam nak kena pergi Cendol Borhan lah ni hehhe... nak buat sendiri macam bercinta pulak.

    ReplyDelete