Kadang-kadang memang jemu nak makan lauk yang sama, Buntu duk fikir nak masak apa hari-hari untuk keluarga kita makan , kan. Tapi apapun kena lah juga makan setiap hari. Tapi pusing punya pusing sudahnya lauk yang sama juga lah. Syukur banyak-banyak atas setiap suapan yang kita makan setiap hari, paling tidak ada makanan untuk di nikmati. 

Kak ana selalunya akan beli stok bahan basah dan kering untuk bekalan lauk di rumah. Kalau lauk dan sayur basah paling tak seminggu sekali kak ana top-up. Antara yang kak ana beli buat stok lauk kali ni adalah telur puyuh.


Masak lemak putih suhun dan telur puyuh

Masak lemak putih suhun dan telur puyuh 


Tapi suami kak ana tak makan pula telur puyuh ni. Kesian katanya sebab saiznya yang kecil-kecil. Kak ana juga sentiasa simpan stok kering suhun dan fucuk. Senang bila emergency tak ada bahan masak dengan ikan bilis pun sedap buat sup . 

Kalau dulu arwah mak kak ana suka masak sayur lemak suhun dengan fucuk ni bersama telur ayam kampung. Memang sedap telur ayam kampung ni lain rasa dia kuningnya pun oren pekat. Inilah antara menu masakan arwah mak untuk bangun sahur kami kecil-kecil dahulu.

Kali ni kak ana ambil sedikit suhun , rendam dalam air sejuk bagi dia lembut dahulu. Dalam periuk campurkan hirisan bawang merah dan cili merah. Masukkan suhun yang dah lembut tu bersama beberapa biji telur puyuh yang dah di rebus. Tuangkan santan dan perasa kan dengan garam bila dah mendidih. 

Sedialah satu menu sayuran untuk tengahari tu. Makan dengan ayam masak merah. Kenalah kan lemak-lemak dan pedas dari ayam masak merah. Syukuri sahaja setiap rezeki yang Allah swt kurniakan buat kita hambaNya menjalani kehidupan seharian. Alhamdulillah... 


7 Comments

  1. Alhamdulillah. Syukur setiap suapan itu rezeki Allah.

    ReplyDelete
  2. samalah dirumah ammi, suhun & fucuk mmg sentiasa ada stok. lagi satu ammi suka simpan black fungus tu. Bila2 takde idea nak masak buat je sup letak ubi, black fungus pecahkan telur. buat pula sambal gesek. selesai masalah

    ReplyDelete
  3. Sedap jugak masak lemak fucuk dan suhun. Selalu buat masak sup je. Anak2 suka suhun.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. nmpk sedap tu! ni memang salah satu menu yg sama yg saya selalu rotate2 bila masak2 sbb senang dan sedap ;)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Kak Ana! Arwah mak suka masak lemak putih telur ayam & tauge.
    Betul, yang pedas² tu lawan dgn masak lemak gini memang ngam sangatttt.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah masak lemak fucuk dgn suun mmg sedap tambah telur burung puyuh lagi

    ReplyDelete
  7. sedap ni kak oi.... ini kalau dana buat mesti aiyan ingat tu bebola hehhhehe

    ReplyDelete