Hujung minggu lepas, kak ana dan suami macam selalu jalan-jalan cari port sarapan pagi. Kami nak ke Kedai Atok Legasi yang selalu kami sarapan dan pernah kak ana terbitkan entrinya di SINI , tapi bila sampai di lokasi tu, kawasan telah pun di bersihkan dan kedai serta wakaf-wakaf nya dah di roboh kan. Entah kenapa , kami pun tak tahu . Sedih tengok sebelum ni agak viral juga di sekitar Rawang, port makan pagi di sini.
Kami patah balik dan kak ana teringat ada satu cafe baru yang kak ana lihat di tiktok terletak di Bandar Tasik Puteri. Kak ana dan suami waze ke Noreh & Ngopi cafe. Kami sampai dan parkir pun senang nak dapat depan kedai sahaja.

Cafe Noreh & Ngopi , Bandar Tasik Puteri

Cafe Noreh & Ngopi ni luas juga kerana depa ambil dua lot kedai bersebelahan. Mengajikan menu masakan Melayu dan minuman beraneka pilihan masa kini. Yang buat dia jadi viral kak ana rasa adalah tarikan dari dekorasi interior nya yang bertema kan nostalgia zaman dahulu sekitar tahun 1960-1970an.
Banyak peralatan lama di pamerkan di ruang makan seperti peralatan memasak dapur minyak tanah tu, nostalgia pada kak ana kerana pernah berada di zamannya. Ada pelbagai alat muzik, peralatan memasak, hiasan dinding dan sebagainya.
Satu lagi yang agak menggamit memori kak ana adalah suiz lampu dinding bulat hitam yang di lekatkan pada papan. Suiz itulah yang masih ada hingga hari ini di rumah arwah tok kak ana di kampung, Teluk Intan.
Rumah tu ada dua bahagian di tingkat atas masih mengekalkan binaan rumah papan yang lama, jadi masih ada suiz lampu bulat hitam sebegitu.
Televisyen lama ni juga pernah kak ana gunakan waktu kecil dahulu. Sebelum ada bekalan letrik di kampung, televisyen begini menggunakan kuasa bateri untuk di pasang. Bila habis bateri, abah kak ana akan hantar ke kedai untuk di caj semula. Masa tu tak dapat lah kami menonton tv kena tunggu dapat semula bateri baru boleh on.
Sambil makan dan minum di dalam cafe ni, kita akan di hiburkan dengan alunan lagu-lagu lama nostlagia yang kena sungguh dengan tema kedai ni. Pagi tu berkumandang lagu-lagu Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Di bawah kaunter cashier tu adalah mesin getah . Sesuai lah kan nama cafe pun Noreh & Ngopi. Mesin getah ni juga ada di belakang rumah arwah tok dahulu. Satu mesin berbunga dan satu lagi mesin licin. Tapi waktu kak ana kecil di larang dari menghampiri pondok mesin getah ni kerana faktor keselamatan.
Syukur Alhamdulillah di sepanjang usia kak ana ni, pelbagai era telah kak ana rasai dalam perjalanan usia. Segalanya adalah kenangan terindah yang kadang-kadang tersenyum sendiri bila terkenang.
Pagi tu kak ana makan mee rebus dan air sirap . Cafe ni ada banyak pilihan menu untuk sarapan. Saja lah nak cuba makan mee rebus ni. Dari segi rasa kak ana boleh bagi rate 3 star sahaja. Agak tak kena dengan selera kak ana pagi tu.
Mungkin sebab dah biasa dengan ranking mee rebus Mastan Ghani di Teluk Intan, jadi agak susah untuk kak ana dapat yang setanding dengan nya. Apapun sedap sahaja boleh di makan. Selera kita kan berbeza. Sepinggan mee rebus ni harganya RM10 kalau tak silap.

Suami pula makan lontong goreng. Hat ni okay sangat rasanya. Kak ana pun pertama kali cuba makan dan sedap lah pada selera kak ana. Lontong goreng pun harganya sepinggan RM10 sahaja. Yang unik di Cafe Noreh & Ngopi ni adalah kopi tenggek. Sebenarnya kopi tenggek yang suami kak ana minum ni ada lapisan cup di atasnya yang di isi serbuk kopi.
Tak ada pula kak ana ambil gambarnya. Bila dah turun semua kopi ke dalam cawan yang berisi air panas dan susu kita angkat cup bertapis tu dan dapatlah kopi tenggek atau kopi susu lah sebenarnya. Sedap sangat rasa kopi tenggek ni pada selera kami berdua.
Kak ana rasa sehirup sahaja kerana kak ana berpantang kaffein selepas rawatan endoscopy baru-baru ni. Nanti kak ana ceritakan di entri akan detang, In Syaa Allah...
12 Comments
Terliur pula tengok mee rebus tu. Nak cari la nanti hehe
ReplyDeletecie suka kedai vibes camni, deco dah cantik tu sayang la kalau rasa tak memenuhi citarasa cust.
ReplyDeleteSekarang banyak cafe ambil vibe dulu² kan Kak Ana. Kita yg pernah lalu zaman 80-an, 90-an tu mmg teringatlah zaman tu kan.
ReplyDeleteSy belum jumpa lagi lontong goreng yang sedap. Pernah makan tapi rasanya biasa² je. Nak try yg legit belum jumpa :)
sedap nampak mee rebus tu kakAna
ReplyDeleteSuka tengok perhiasan barang2 klasik di kedai ni. Pinggan dan cawan yang digunakan pun klasik jugak. Sayang pulak mee rebus tu tak kena dgn tekak kak Ana ye.
ReplyDeletecantiknya cafe, makanan pun nampak sedap
ReplyDeleteAla sedihnya. Bila saya klik entry lama tu tengok cantik tempatnya. Sayang betul bila dah takde dan dirobohkan.
ReplyDeleteTak ingat dah suasana Bandar Tasik Puteri sekarang dah banyak perubahan. Padahal dulu lama juga duduk BTP tu.
Sangat menggamit memori cafe ni. Banyak betul barang lama. Suis tu memang legend lah. Rumah mak mentua saya masih ada suis tu. Rasnya tak berfungsi dah.
Tableware pun legend tu. Terasa macam menjamu selera di warung-warung kampung je kan.
owner memang suka kumpul barang2 lama yaaa...
Deletethen jadikan deko restorannya
menarik
dan menu yg dijual kena dgn konsep yg diketengahkan
sedap menu cafe deko mengimbau nostalgia
ReplyDeleteBestnya vibes retro Noreh & Ngopi ni, auto menggamit kenangan! By the way, Mee Rebus Mastan Ghani mmg unbeatable, Kak Ana ada mana-mana cafe hopping spot lain tak?
ReplyDeleteTempat makan dengan suasana vintage memang banyak disuka kak. Sayapun jugaaaa. Sebab langsung ingat masa kecil 😄.
ReplyDeleteKdg saya tunjukkan ke anak2 peralatan yg digunakan masa dulu 😅.
Sayang pula mie rebusnya kurang sedap yaaa. Tp syukurlah kalau lontong goreng enak. Blm pernah coba saya kalau lontong goreng
terliur mee rebus tu...bandar tasik puteri ni rumah kakak MZ...zmn2 dulu, kerap betul MZ ke sini...now kakak dh retired, kdg2 jer dia balik BTP tu
ReplyDelete