Ada kak ana tengok di status whatsapp jiran pii sarapan pagi kat Kedai Atok nih. Tertanya juga kat mana sebenarnya lokasi Kedai Atok ni di Rawang. Tak terfikir ada nya sebuah kedai makan berkonsepkan dalam taman yang hijau dan nampak luas sekitarnya. 

Kebetulan satu pagi , suami kak ana kena masuk kerja sebelah tengahari. Ada urusan kerjanya sampai ke malam, jadi suami ajak kak ana sarapan berdua di sini. Kiranya kami maii nih hari bekerja lah sebab tu dalam gambar dan video yang kak ana ambil ni tenang dan tak ramai pengunjung. 


Kedai Atok Legacy , Rawang


Kedai Atok Legacy , Rawang 


Kami ke sini berpandukan waze sahaja, taip Kedai Atok nanti keluarlah. Kalau ikut lokasinya adalah di sebuah perkampungan Melayu Rawang, belah belakang Giant Rawang tu sahaja. Ada pintu gerbang di laluan masuk. Tak ingat tulis apa kalau tak silap kak ana, Kampung Melayu, Rawang.. 


Kedai Atok Legacy Rawang


Ada di sediakan tempat parkir di bahagian dalam dan kelihatan masih diperbesarkan lagi dalam pembinaan. Suasana pagi tu nampak tenang dan mendamaikan dengan lanskap pokok-pokok hijau di tempatkan meja-meja makan yang berbumbung kanopi kanvas payung. 

Di hadapan ruang makan terdapat kedai yang menjual makanan dan minuman. Ada beberapa menu yang di jual pagi tu antaranya nasi lemak aneka pilihan lauk, soto, lontong, mee goreng, mihun goreng dan kuih muih. 



Kedai Atok Legasi Rawang


Mungkin lah sebab kami maii nih hari bekerja menu tak berapa banyak di jual pagi tu. Kak ana tak pasti. kerana tak begitu ramai pelanggan agaknya. Berbeza dalam video yang jiran kak ana makan hari cuti, sampai beratur juga orang ramai memilih menu hidangan. 

Pagi tu staff datang ke meja ambil order. Kak ana makan soto ayam dan suami order lontong kuah lodeh. Air kopi ais untuk kak ana dan kopi o suam untuk suami. Harga makanan dalam RM8 kalau tak silap, kak ana tak simpan lak resit untuk rujukan, tapi tidak lah sampai over priced. 


Kedai Atok Legacy , Rawang


Dua menu yang kami makan ni dari segi rasa, sedap-sedap keduanya. Tidak lah nak terlalu overclaimed tapi ia sesedap rasa dan mengenyangkan, Alhamdulillah.. Kuah soto dan lontong pun pekat dan banyak bahan. Depa buh telur sebiji untuk lontong tu. 

Soto pula kuah dengan kaki ayam. Kak ana tak berapa makan kaki ayam, mujur ada dak bulus duk mai kak ana asingkan dan beri pada dak bulus. Tapi sedap ajer kuah sotonya. Di makan dengan sambal kicap pun sesedap rasa tak terlalu pedas. 


Kedai Atok Legasi, Rawang


Sampai juga kak ana ke sini dan kak ana suka dengan environment kedai ni, tenang dan mendamaikan untuk makan sarapan pagi. Ada pelbagai pilihan untuk duduk makan termasuk lah ruang bersimen dan berumbung serta wakaf bersila pun ada.

Menarik sangat, ada juga tempat makan best di Rawang nih kan. Di bahagian hadapan Kedai Atok tu, ada nurseri komuniti menjual tanaman pokok seperti pokok cili, kobis, terung, bendi dan sebagainya. Kak ana dah nampak nurseri, memang wajib singgah. 

Suami beli sepohon pokok cili api kampung berharga RM12. Dan berbuah dah pokok nih saat entri ni kak ana terbitkan. Lebat pula tu, Alhamdulillah... Jadi kalau ampa berada di Rawang, boleh lah sarapan  pagi di Kedai Atok Legacy di Kampung Melayu , Rawang. Kedai ini milik orang kita, jadi makan lah tanpa was-was, In Syaa Allah.. 



10 Comments

  1. Ya la Kak Ana, kalau saya makan kat sini pun saya suka suasana kehijauan kat sini. Tenang je. Best la kalau makan tak payah nak beratur panjang.

    ReplyDelete
  2. Menariknya dalam kedai dia, ada masa bolehlah kami ke sana

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik...
    Ada pula jualan pokok² tu, bertambah menarik ni

    ReplyDelete
  4. Bestnya suasana situ. Lontong, sedapnya..

    ReplyDelete
  5. nampak tenang nyaman cozy! dan soto tu pun nampak sedap laaa

    ReplyDelete
  6. Ala-ala alami gitu... Sayang jauh dari uncle

    ReplyDelete
  7. tempat cantik, makanan itu pun nampak sedap kak... terliur

    ReplyDelete
  8. Mrs. A selalu jatuh cinta dengan suasana persekitaran yang menarik macam ni boleh datang ulang-ulang kali ditambah pula kalau foodnya sedap

    ReplyDelete
  9. Saya penasaran juga, lalu browsing lokasinya. Krn selalunya saya stay di KL kalo ke Malaysia, jadi nak tahu seberapa jauh. Ternyata kurang lebih 40 menit. Msh okelaah kalo nanti saya datangi 😄. Penasaran juga rasa makanannya

    ReplyDelete
  10. syoknyaaaa makan kat tempt macam ni. nak duduk lama2 pun best. rasa tenang je

    ReplyDelete