Unik sungguh kaum baba & nyonya Di tanahair kita ini.Mereka merupakan satu kaum yang wujud dikalangan masyarakat Cina di Tanah Melayu khasnya di Neger-negeri Selat iaitu Melaka,Pulau Pinang & Singapura.Mereka merupakan kaum resapan melalui budaya sosial dikalangan orang Melayu dan Cina menerusi perkahwinan campur pada zaman penjajahan British dahulu.

Mereka masih mengekalkan anutan agama Cina seperti Buddha dan Kristian namun mengamalkan sosial budaya lebih mirip kepada kaum Melayu terutama dari segi pakaian,masakan dan dialek.Selebihnya mereka masih menjalani amalan agama asal seperti dalam acara perkahwinan dan sistem kekeluargaan.

Ana menulis entri ini berinspirasikan dari sebuah siri drama di NTV7 tidak lama dahulu iaitu Little Nyonya.Sangat menarik jalan ceritanya berlatar belakangkan keunikan budaya kaum Baba & Nyonya.Dari situ, ana dapat mempelajari ciri-ciri keistimewaan kaum ini.Disini ana coretkan serba sedikit info dari kaca mata ana dan pemahaman ana sendiri.....






Pelakon Drama Bersiri Little Nyonya
Pakaian tradisi kaum Baba dan Nyonya banyak diadaptasi dari pakaian wanita Melayu.Ini dapat dilihat pada pakain wanitanya dimana mereka memakai kain sarung batik sebagai pakaian utama.Untuk peringkat wanita yang berusia, mereka memakai baju panjang dan kain sarung manakala golongan yang lebih muda gemar memakai baju kebaya nyonya yang disulam cantik.

pakaian pengantin kaum Baba & Nyonya
Baju Panjang kaum Baba & Nyonya
Baju Kebaya Nyonya & Kain Sarung
Selain daripada pakaian tradisional di atas wanita-wanita Nyonya juga memakai pelbagai aksesori seperti kasut manik,kerongsang,sapu tangan sulam ,cucuk sanggul dan lain-lain lagi.Manakala pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri.

Walaubagaimanapun semua keserian pada pakaian mereka adalah hasil sulaman tangan mereka sendiri khasnya pada baju kebaya dan kasut manik yang amat cantik dan halus buatannya.

Antara kecantikan sulaman kebaya nyonya
kasut manik
contoh kerongsang yang dipakai dengan kebaya Nyonya
Seterusnya kita lihat pula masakan-masakan tradisi kaum Baba & Nyonya yang banyak diambil dari pengaruh masakan Melayu seperti ayam pongteh,kari kapitan,kuih talam,sambal belacan yang kebanyakannya menggunakan bahan-bahan dan rempah ratus masyarakat Melayu dari zaman silam.
ayam pongteh,kuih talam & kari kapitan
Mereka mempunyai keunikan juga dari segi penyagian masakan dengan pinggan mangkuk yang cantik diperbuat daripada tembikar serta sebuah tempat bekas makanan yang di panggil sia' yang diperbuat daripada buluh dan kertas keras yang mempunyai nilai yang tersendiri.
Sia' Baba & Nyonya
tembikar Baba & Nyonya
Dari segi senibina rumah kaum Baba & Nyonya lebih mirip kepada tradisi rumah lama masyarakat Cina dari negara asal mereka namun diselitkan serba sedikit elemen ukiran-ukiran tempatan.Di tanahair kita ini terdapat beberapa tinggalan kaum Baba & Nyonya yang juga dikenali dengan nama kaum Peranakan khasnya di Pulau Pinang dan Melaka.Malah terdapat sebuah Muzium Baba & Nyonya di Melaka dan Muzium Peranakan di Singapura.Bolehlah melayari laman-laman wed rasmi mereka untuk keterangan lanjut.
Blue Mansion di Pulau Pinang
Rumah Peranakan Pulau Pinang
Muzium Baba & Nyonya Melaka
Muzium Peranakan Singapura
Akhir sekali ana nak kongsikan disini satu lagi kesinambungan budaya masyarakat Melayu didalam sosial kehidupan Baba & Nyonya ialah Dondang Sayang. Lagu rakyat ini dimainkan didalam acara-acara rasmi seperti majlis keraian dan perkahwinan mereka.Dinyanyikan dalam rangkap-rangkap pantun secara bersoal jawab diiring alunan biola, gendang dan gong.Mereka menggunakan dialek Baba yang sama sekali dalam bahasa melayu dengan slanga tersendiri.Amat unik dan menarik.
Dondang Sayang

Rujukan : Wikipedia Baba & Nyonya, melaka.gov.my ,peranakan-kl.org
Foto-foto: dari Google Image.

6 Comments

  1. entry yang menarik,,,
    oyye pon tertarik dengan keistimewaan masy, baba& nyonya yg sudah lama bertapak di ngara kita....teruskan dgn kupasan yg terbaik,,,salam perkenalan juga dari oyye dari bumi tanjung malim..

    ReplyDelete
  2. terima kasih oyye_gibbous91:ana akan cuba mencari material utk di kongsi bersama... tqvm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asslammualaikum Anajingga,

      Saya student dari USM.saya ada nak tanya Ana tentang entry ni.boleh tak kalau sy dapatkan email Ana?

      Delete
  3. just in case, ini email sy: aqidah.aziz@hotmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam aqidah aziz: apa yang ana tahu ttg entri ini berdasarkan pengalaman dan dari research di laman-laman blog dan website sahaja kerana minat ana yang begitu mendalam tentang keunikan kaum baba dan nyonya ini...setakad itu sahaja yang dapat ana kongsikan di blog ini..terima kasih atas kunjugan saudari..

      Delete
  4. Assalamualaikum, sya Nurul merupakan seorang pelajar UiTM dan sedang menjalankan FYP tentang kasut manek Baba Nyonya. jadi, sy nak tny, saudara ada tak rujukan mana-mana informan yang arif tentang kasut manek Baba Nyona. Di sini, sy sertakan email sy.kot2 pihak saudari boleh membantu. Maceh :)
    Yuyunnurul@rocketmail.com

    ReplyDelete