Resepi ayam percik buat sendiri di rumah ni dah banyak kali kak ana ulang masak bila rasa nak makan ayam percik. Tak tunggu bulan puasa bila-bila pun boleh sebab ia mudah dan rasanya, Alhamdulillah sedap pada selera kami sekeluarga. 

Resepi ni kak ana belajar dari kawan baik kak ana, kawan dari sekolah rendah , Ida Megat. Dia lah yang ajar kak ana buat ayam percik kat rumah. Resepi masakannya sama sahaja macam ayam percik tradisional, cuma beza teknik masakan sahaja.

Tak boleh nak kata ayam percik sebab kak ana tak percik-percik pun masa bakar ayam tu sebaliknya bakar di dalam oven. Dan kemudian kuah percik tu, di curah ke atas ayam yang dah di bakar. Tapi dari segi rasa, lebih kurang sahaja, sedap cukup lemak pedas dan manisnya.. 


ayam percik resepi mudah


Resepi ayam percik mudah guna oven 


Jom kita tengok bahan-bahannya :

Ayam ( kalau nak sekor-sekor pun boleh, kak ana  potong-potongkan dahulu supaya cepat masak )

Bahan blender *

*Bawang besar
*Bawang putih
*Halia
*Lengkuas
*Serai

Gula
Cili blender/cili boh
Cili sos
Santan pekat 
Garam

Anggaran sukatan mengikut kuantiti ayam masing-masing. 


resepi ayam percik mudah

Cara masak ayam percik :

~ Satukan bahan blender dengan cili giling, cili sos, gula dan santan di dalam periuk serta rasakan dengan garam.

~ Kacau di dalam periuk sehingga sebati dan mendidih.

~ Masukkan ayam.

~ Masakkan seketika sehingga ayam separuh masak.

~ Lebih kurang masak rendang juga lah kan. Kemudian bila dah separuh masak, asingkan ayam-ayam ke dalam bekas lain. 

~ Kuah percik, teruskan kacau sehingga pekat dan boleh dijadikan sos untuk makan bersama ayam yang di bakar.

~ Panaskan oven dan susun di dalam dulang serta bakarkannya pada suhu 200' dengan api atas bawah. Jika yang menggunakan pembakar arang, bakar seperti biasa di atas besi jaringan di atas bara. 

~ Bagi yang masak di dalam oven macam kak ana , bila dah separuh masa masak tu, angkat satu-satu dan celupkan semula ke dalam kuah percik dan sambung bakar semula. 

~ Bolehlah jiruskan sos percik ke atas ayam bakar atau jadikan sos pencicah untuk di makan bersama. Selamat mencuba kay :) 


2 Comments

  1. Menarik ni boleh cuba nanti. Kat rumah ni ramai peminat ayam. Terima kasih Ana share resipi.

    ReplyDelete
  2. Saya save duluuuu kak ana 😍😍😍😍. Memang sukaaa kalo ayam percik. Kadang kalo ke KL ada yg jual, saya pasti beli. Suka laaah. Tp tak pernah buat sendiri. Nampak tak susah buatnya 😄👍

    ReplyDelete