sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 5 Februari 2014

Mr Cendol - Lumut,Perak


Mr Cendol
Kalau kita singgah di bandar Lumut,Perak ni,pasti banyak terjumpa kiosk Mr Cendol samada di shopping mall atau gerai-gerainya. Berkesempatan singgah di salah satu cawangan Mr Cendol di tengah-tengah bandar Lumut berhampiran jetti ke Pulau Pangkor ini ada kelainan dan keunikannya.Disini,kita boleh d.i.y cendol kita sendiri.

DIY Cendol di Mr Cendol

Restoran Mr Cendol,DIY cendol sendiri
Bila masuk sahaja ke Restoran Mr Cendol ini aroma cendol yang sedang di kacau dan di masak menusuk kalbu.Sangat segar bau wangi daun pandannya dan di pintu masuk kelihatan mesin yang sedang mengacau cendol secara 'live demo'.

Demo masak cendol
Disini jika berminat kita boleh DIY cendol kita sendiri,harganya cuma RM5 semangkuk namun kita akan dapat pengalaman mengisar ais,letak santan,cendol dan bahan sampingan lainnya.

langkah-langkah diy mr cendol

Haris & Adik Ika sempat berposing di kaunter DIY Mr Cendol

Ruang dalam Mr Cendol,Lumut,Perak

Sekiranya malas nak DIY cendol kita boleh 'order' sahaja yang siap,macam-macam perisa ada di tawarkan dari harga serendah RM3 semangkuk.Walaubagaimanapun di meja restoran ini disediakan air gula merah yang kita perlu tambah sendiri mengikut citarasa tahap kemanisan yang diingini.

Senarai harga di Mr Cendol,Lumut,Perak

Cendol aiskrim dengan isian gula merah dimeja

Oleh itu kalau singgah ke Lumut,jangan lupa mencuba kelainan di Mr Cendol ini.Sekadar berkongsi tempat-tempat makan yang menarik disini.

18 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak, macam sedap tapi sheila tak reti makan cendol. heheh tak suka hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. la ye ke... ikut selera masing2 dik sheila ada yang suka makan ada yang tak kan..

      Padam
  2. Wahhh.. macam best je tempat tu rase nak jugak pegi sane.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau berkesempatan gi cuba ye Dina Ibrahim..

      Padam
  3. best ni..boleh DIY guna mesin tu...cendol kalau guna gula melaka/kabung lagi sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm bolehlah cuba guna mesin kisar ais tu..betul gula melaka lagi sedapkan,kurang sikit manisnya..

      Padam
  4. sedapnyaaa cendol ais krim gula merah tuuu... bestjugak kalo try2 diy sendiri. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian kat nina..kak ana asyik posting pasal makan je kan..makan cepat2 dik apa yang teringin sebelum masuk era berpantang larang..hehe

      Padam
  5. Kak pernah makan on the way balik pangkor (cawangannya)? Santannya pekat. Tapi kalau DIY...sure terangkat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oklah kan rasanya.lemak manis..nanti ada peluang cuba diy pula kay ANIM..

      Padam
  6. mcm sedap jek ni...belum pernah sampai lagi kt sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana tahu satu hari linda bercuti ke sini boleh try kay.

      Padam
  7. alamak menarik jer...huhu...baru tahu....minggu lepas baru jer pegi lumut...kalo tau awal2 bleh cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok next trip Ida singgah cuba pulak :)

      Padam
  8. Belum pernah ke Lumut lagi, tapi nampak cendolnya memang menarik kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana tahu ada rezeki zila sampai lumut boleh singgah minum cendol DIY ni :)

      Padam
  9. Tak pernah try...tp paling dekat ngn rumah saya...
    kat Billion Seri Iskandar,Perak....mcm kena try nii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seri Iskandar dengan Lumut tak jauh sangat rasanya Shalimar,nanti cuba try kay..

      Padam