Mr Cendol
Kalau kita singgah di bandar Lumut,Perak ni,pasti banyak terjumpa kiosk Mr Cendol samada di shopping mall atau gerai-gerainya. Berkesempatan singgah di salah satu cawangan Mr Cendol di tengah-tengah bandar Lumut berhampiran jetti ke Pulau Pangkor ini ada kelainan dan keunikannya.Disini,kita boleh d.i.y cendol kita sendiri.

DIY Cendol di Mr Cendol

Restoran Mr Cendol,DIY cendol sendiri
Bila masuk sahaja ke Restoran Mr Cendol ini aroma cendol yang sedang di kacau dan di masak menusuk kalbu.Sangat segar bau wangi daun pandannya dan di pintu masuk kelihatan mesin yang sedang mengacau cendol secara 'live demo'.

Demo masak cendol
Disini jika berminat kita boleh DIY cendol kita sendiri,harganya cuma RM5 semangkuk namun kita akan dapat pengalaman mengisar ais,letak santan,cendol dan bahan sampingan lainnya.

langkah-langkah diy mr cendol

Ruang dalam Mr Cendol,Lumut,Perak

Sekiranya malas nak DIY cendol kita boleh 'order' sahaja yang siap,macam-macam perisa ada di tawarkan dari harga serendah RM3 semangkuk.Walaubagaimanapun di meja restoran ini disediakan air gula merah yang kita perlu tambah sendiri mengikut citarasa tahap kemanisan yang diingini.

Senarai harga di Mr Cendol,Lumut,Perak

Cendol aiskrim dengan isian gula merah dimeja

Oleh itu kalau singgah ke Lumut,jangan lupa mencuba kelainan di Mr Cendol ini.Sekadar berkongsi tempat-tempat makan yang menarik disini.