sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 27 Mei 2014

Bandung Tarik Teluk Intan


Bandung Tarik Teluk Intan

Bandung tarik di Teluk Intan,Perak

Setiap kali balik kampung halaman ana di Teluk Intan, salah satu yang dicari ialah bandung tarik ni.Dijual di pasar malam dan pasar pagi (Sabtu malam dan Ahad pagi) atau hari-hari biasa boleh dibeli di simpang Kampung Bahagia,Teluk Intan.

Kenapa bandung tarik ni sangat istimewa dan berbeza dengan air bandung lain ? Sebab paling utama pastinya kenakan rasanya.Pekat,lemak,manis dan sejuk hingga ke tekak.Menggunakan santan sebagai bahan asas dan tidak bercampur ketulan ais batu menjadikannya sangat pekat dan lazat.Kepekatannya akan kekalwalau selepas dibawa balik ke rumah.

Selain daripada itu, teknik bekas isian dan menarik melalui corong panjang ni juga mengekalkan kesedapan rasanya, seolah-olah campurannya lebih sebati setiap kali ditarik ketika mengisi ke dalam cawan atau bungkusan plastik.

Bandung tarik ini telah tersohor di Teluk Intan sejak puluhan tahun yang lalu.Sewaktu ana masih di sekolah menengah lagi kami menikmati segelas bandung tarik ketika menunggu bas di hadapan menara condong Teluk Intan dan resepi keluarga ini masih dikekalkan hingga ke hari ini.


Bandung Tarik Teluk Intan

Harganya tak banyak berubah,jika dahulu segelas kaca untuk diminum disitu berharga RM1 kini untuk secawan tapau cuma RM1.20 manakala satu bungkusan plastik yang panjang tu pula beharga RM2.50 dan boleh di isi semula untuk satu jug kecil.

Sekiranya berkesempatan singgah ke Teluk Intan, jangan lupa mencuba merasai keenakkan bandung tarik.Tak rugi mencuba kerana ianya sangat sedap dan segar pada pendapat peribadi ana.


~berkongsi selera disini~

21 ulasan:

  1. Teluk Intan ni kampung mama tau, masih ada atok lagi mama... walaupun cuma atok sedara. Belum pernah makan menu yang akak cakap tu, nanti raya balik sana carik lah.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke mama, belah mana tu kampung atok sedaranya, kak ana kampung dekat hospital daerah tu, taman nenas..hehe

      Padam
  2. Kak Ana....Sha dah try.....mang sedap...walaupun masa tu sha singgh yg tepi jalan punye...air dah nak abes.,..huuu...Suami Sha la cakap sedap....g teluk Intan mesti cri Bandung tarik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedapkan Sha...tak puas minum, yang tepi jalan tu kat kampung bahagia, memang cepat habis kalau lambat..hehe

      Padam
    2. mang dh abes k.ana.... tinggal kt dasar

      Padam
  3. macam sedap dan terliur je ni.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap Ija, ada rezeki nanti singgah bolehlah rasa pula.. :)

      Padam
  4. sedapnya..buat minuman untuk berbuka puasa memang terbaikla kak Ana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang benar CP, di Teluk Intan bila bulan Ramadan ada dijual di bazarnya, kena cepat sebelum jam 6 petang dah habis..

      Padam
  5. Wahhh macam sedap je bandung tarik ni.. bila lah nak sampai ke teluk intan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah mana tahu satu hari nanti ada rezeki nak merasa bandung tarik di Teluk Intan ....

      Padam
  6. alamak! terliur pulak lah kak oi. selalunya telan bandung sirap je, heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada kak ana yang ni lain rasanya dari bandung sirap biasa tu cik lisa..hehe

      Padam
  7. first time dengar pasal bandung tarik ni. nak try, tapi kemain jauhnya sampai ke Perak :(
    nanti kot2 tersampai sana, boleh cuba XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana tahu ada rezeki tesinggah ke Teluk Intan boleh lah mencubanya Nur haziqah..

      Padam
  8. tambah ais krim soda tak??kalau Klebang famous ngan coconut shake, Teluk Intan famous ngan Bandung tarik rupanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak Sal, memang santan pekat sahaja, jadi rasa manis lemak dari santannya yang menggoda, memang betul klebang kalau tak minum coconut shake, menyesal punyalah..hehe

      Padam
  9. wahhh...balik kampung hubby nanti nak cubalah...

    BalasPadam