Bandung Tarik Teluk Intan

Bandung tarik di Teluk Intan,Perak

Setiap kali balik kampung halaman ana di Teluk Intan, salah satu yang dicari ialah bandung tarik ni.Dijual di pasar malam dan pasar pagi (Sabtu malam dan Ahad pagi) atau hari-hari biasa boleh dibeli di simpang Kampung Bahagia,Teluk Intan.

Kenapa bandung tarik ni sangat istimewa dan berbeza dengan air bandung lain ? Sebab paling utama pastinya kenakan rasanya.Pekat,lemak,manis dan sejuk hingga ke tekak.Menggunakan santan sebagai bahan asas dan tidak bercampur ketulan ais batu menjadikannya sangat pekat dan lazat.Kepekatannya akan kekalwalau selepas dibawa balik ke rumah.

Selain daripada itu, teknik bekas isian dan menarik melalui corong panjang ni juga mengekalkan kesedapan rasanya, seolah-olah campurannya lebih sebati setiap kali ditarik ketika mengisi ke dalam cawan atau bungkusan plastik.

Bandung tarik ini telah tersohor di Teluk Intan sejak puluhan tahun yang lalu.Sewaktu ana masih di sekolah menengah lagi kami menikmati segelas bandung tarik ketika menunggu bas di hadapan menara condong Teluk Intan dan resepi keluarga ini masih dikekalkan hingga ke hari ini.


Bandung Tarik Teluk Intan

Harganya tak banyak berubah,jika dahulu segelas kaca untuk diminum disitu berharga RM1 kini untuk secawan tapau cuma RM1.20 manakala satu bungkusan plastik yang panjang tu pula beharga RM2.50 dan boleh di isi semula untuk satu jug kecil.

Sekiranya berkesempatan singgah ke Teluk Intan, jangan lupa mencuba merasai keenakkan bandung tarik.Tak rugi mencuba kerana ianya sangat sedap dan segar pada pendapat peribadi ana.


~berkongsi selera disini~