sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 20 Julai 2014

Kerabu Perut Air Asam


Resepi Kerabu Perut Air Asam


Kerabu perut air asam

Memikirkan menu yang dapat membuka selera sewaktu iftar setiap hari membuatkan kami ibu-ibu atau surirumah ni pening kepala juga.Kadang-kadang dari tengahari dah fikir apa nak masak untuk juadah iftar atau harian biasa.Begitulah kelazimannya.Sesekali ingin menukar selera dan kali ini ana kongsikan resepi perut lembu dengan air asam atau kerabu perut lembu yang mudah.

Bahan-bahan:

 Beberapa keping perut lembu yang telah dibersihkan hingga putih - rebus empuk dan hiris nipis-nipis.
 Bawang merah di mayang halus
 Cili api ikut kepedasan rasa masing-masing - di mayang halus
 Dua batang serai - dihiris halus
Dua biji tomato - dipotong dadu
 Sedikit belacan - ikut suka 
 Perahan air asam limau
 Bancuhan air asam jawa 
 Garam
 Gula 
 Daun sup atau ketumbar

 Caranya:

 Gaulkan kesemua bahan bersama hirisan perut tadi.Masukkan air asam jawa dan sedikit perahan limau.Rasakan dengan garam dan gula serta taburkan daun sup atau daun ketumbar sebagai penambah rasa.

~berkongsi resepi mudah disini~

28 ulasan:

  1. Sedapnya..lama tak makan..sams la sampai kekdg google tgk resepi apa bagai..alhamdulillah sepanjang puasa ni dpt memasak utk family w/pn bekerja..sekali skala jer bli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah Alhamdulillah izzeyda, dah hampir akhir Ramadan berjaya masak sendiri untuk famili walaupun bekerjaya..

      Padam
  2. mcm sedap jerrr . ishhh terkecur

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap juga lah Miss Rin, tukar2 selera..

      Padam
  3. Adhui2..pepagi jejaln sini dh kecur air liur niiii...perut mang kegemarn SHa...tp bulan puasa ni xjmpa perut lg...ipoh kena g pasar besar laa baru ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana pun suka perut ni Sha, satay perut pun sedap kan..tapi kak ana beli yang dah dibersihkan sebab rumit juga nak cuci hingga putih,selalunya di pasar tani..

      Padam
    2. Aah biasa beli yg dh siap cuci..klu kt kmpg biasa g tempt sembelih...ayah yg cucikn..ihihi..yg pentg..mang sedap kan kak..

      Padam
    3. Sha nak cuci bersih tu kena ada kepakarannya gak, kak ana tak pandai lagi hehe

      Padam
  4. sedapnya..makan lak dengan nasi daging memang terbaik..

    BalasPadam
  5. wahhhh perut... sedap nyer...

    BalasPadam
  6. sis byk share resepi unik..bagus ler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kak ana share berdasarkan pengalaman Suki..

      Padam
  7. Balasan
    1. ada pelbagai versi kan kakyon, yang ni versi sempoi dan malas punya..hehe

      Padam
  8. ini mmg favourite saya dari kecik lagi tapi sejak kawin dah jarang makan dan buat sbb husband x suka hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang-kadang memang terjadi sebegitu Linda, bila tak ada orang nak makan kita jadi malas nak buat dah kan..

      Padam
  9. Tak berapa reti makan perut

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak-anak kak ana pun tak pandai makan..hehe.

      Padam
  10. Tapi Kak ana kalau dapat kat orang yang pandai makan memang superb la

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kena dengan selera baru ngam kan aRz..biasalah lain orang lain seleranya..

      Padam
  11. nampak sedap tp sy xmkn perut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai gak mimi yang tak biasa makan organ2 ni..

      Padam
  12. haha.. memula baca title berbunyi begini, "kerabu parut?", rupanya perut. rabun mata nih. heheee.. wahh, mesti sedap kan.. nak rasa gk ;)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerabu perut dear, boleh dapat kat pasar2 tani dari orang2 Kelantan yang jual nasi kerabu tu selalunya ada jual..:)

      Padam