KTM i-card (Student)
Perhatian !!!
INFO TERKINI TENTANG KAD DISKAUN KTM i-CARD SILA KLIK : -> SINI
Kad diskaun KTM untuk pelajar IPT
Memandangkan kak long kini menuntut di Uitm Tapah, salah satu kemudahan pengangkutan awam yang boleh dinaikinya untuk balik ke Kuala Lumpur atau terus ke Rawang ialah KTM Intercity dan ETS. Pihak KTMB telah memberikan surat tawaran untuk pelajar memiliki kad diskaun KTM iCard yang memberikan potongan harga 50% untuk harga tiket bagi pemegang kad.Untuk mendapatkan kad KTM i-card ini, kami telah ke KL Sentral dan membuat permohonan di aras satu kaunter tiket KTMB.
Kaunter tiket KTMB di KL Sentral |
KTMB i-Card Student
1. Pelajar kolej/universiti di Malaysia.
2. Yuran tahunan RM30.00.
3. Surat pengesahan pelajar dari kolej/universiti mesti disertakan.
Dimana boleh memohon KTMB i-Card
Kaunter tiket KTMB
1. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Kad KTM i-Card.
2. Yuran keahlian mesti dibayar secara tunai atau menggunakan kad kredit (di kaunter tiket terpilih sahaja).
3. Resit bayaran akan dikeluarkan kepada setiap pelanggan .
4. Pemohon mesti memastikan semua maklumat dalam resit adalah betul dan lengkap.
5. Resit bayaran boleh digunakan oleh pemohon (dalam masa 30 hari dari tarikh dikeluarkan) untuk mendapatkan keistimewaan.
6. Pemohon mendapat kad KTM i-Card serta-merta bagi permohonan yang dibuat di Kaunter Kad Diskaun Sentral KL.
Bagi pelajar yang menuntut di IPT yang berhampiran dengan kemudahan KTMB bolehlah memiliki kad diskaun ini dengan yuran tahunan sebanyak RM30 setahun sementara dapat membeli tiket dengan separuh dari harga tiket untuk satu destinasi perjalanan.
~berkongsi info disini~
50 Comments
nanti nak suruh adik saya kira, RM 30 tu berbaloi ke tak..dia tu rajin balik gak
ReplyDeletekira betul-betul Sal, kalau untung baru aply ye hehe..kak ana tak tahu lah berbaloi ke idak anak buat sebab rasanya balik selalunya kak ana gi ambil,.. :)
Deletekalau selalu guna berbaloi
Deletehaah kalau guna selalu tu berbaloi lah Sal :)
DeleteAnak acik tak bole ana..jauh kakau nak ke stesen kereta api tu dari sana..kalau tak stesen sampai nya dekat je dengan rumah acik
ReplyDeletetu lah acik, macam masa k.long kat Pilah dulu kena ke seremban dapatkan komuter,ni kebetulan dari kampus ke stesen ktm Tapah dekat je, manalah tahu kalau ada kawannya boleh gak balik dgn ktm.. :)
DeleteTq kak Ana, nanti boleh saya suruh adik buatkan juga
ReplyDeleteMost Welcome Eny, aply lah di kaunter KTMB .. :)
Deleteuntungkan..saya dulu pernah naik keretapi ke kelantan, separuh harga, guyna kad dtudent
ReplyDeletemaksudnya dulu lagi dah ada lah Zila kad diskaun macam ni untuk student ye.. :)
Deletehaah, dari dulu lagi...masa tu tahun 1997..kalau tak silap 70% potongannya...bukan 50%
Deleteterima kasih Zila, anak ana belum lagi menggunakan kad ni, mungkin balik Rawang nanti kalau ada rakan yang sama destinasi bolehlah digunakan :)
Deleteberbaloi2...
ReplyDeleteamboi lia, berbaloi-baloi lak ye hehe :)
Deletealahai, utk student je ek, tak layak la nak apply kad ktm ni, hehehe...
ReplyDeleteerm kena jadi student balik lah eMme baru boleh aply hehe :)
Deletemungkin anak buah kat ukm boleh gunakan kemudahan ni...
ReplyDeleteboleh je SS kalau kampus berdekatan KTM kan :)
DeleteMenarik info ni.tp xada adik yg duk jauh.maybe leh bgtw kat kengkawan
ReplyDeleteYes nabila, mungkin berguna pada yang memerlukan info ni kan, tq so much :)
Deleteerm mudah untuk student yang berdekatan dengan perkhidmatan KTM Diana :)
ReplyDeleteKena calculate dulu untung ke tidak?
ReplyDeleteAnak saudara Mrs. A rajin gak balik ke Seremban naik komuter ni dari Ipoh, dia study kat PUO.
Mrs A, kad ni rasanya komuter tak valid diskaun hanya untuk ETS dan Intercity sahaja :)
DeletePatutla tiket KTMB selalu habis. Nak pi KL minggu ni pun kena naik bas. Bagus untuk student ada diskaun dari KTMB
ReplyDeleteHaha, student pulun habih tiket ye CP.. ok jugalah ada kad diskaun ni,jimat sikit kos nak balik kan :)
DeleteDah lama sangat teringin nak naik keretapi. Seumur hidup baru sekali naik dari pekan kecil pergi kebandar. Tambang 30 sen. Rasanya 37 tahun yang lalu....hehee..
ReplyDeleteKak Mala, ana pun sama tak pernah hayat naik keretapi ni, setakad komuter tu biasa dah hehe :)
DeleteUntung ada student card ni. Saya dulu guna untuk main bowling...heheeh
ReplyDeletehaha pun boleh kan mama, janji dapat diskaun hehe :)
DeleteBaru je apply dkt ktm ipoh. malangnya resit tu dah termisplaced. huarrgghh T_T
ReplyDeletealahai sayangnya CK...
ReplyDeletekad diskaun ni utk ktm je ke?boleh guna utk klia transit x?
ReplyDeletedifahamkan hanya untuk intercity dan ets sahaja, komuter pun tak valid.
DeleteMaaf Benn : entri terkini tentang kad diskaun ktm ni di link http://www.arzmoha.com/2015/12/cara-memohon-kad-diskaun-ktm-i-card-student.html , mungkin boleh menjawan persoalan nya kerana entri disini diterbitkan awal Januari lalu.
Deletesalam,nak tnya kad stdnt ni boleh guna masa nak beli online tak?
ReplyDeletepembelian di kaunter sahaja rasanya, sebab anak AJ membeli tiket secara online tidak mendapat diskaun, untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi KTM ye nur ezzatie :)
Deleteterima kasih k long
ReplyDeletesama-sama abdullah azam :)
DeleteHari ahad kaunter bukak tak?
ReplyDeletetak pasti, kena call KTM tanya ye fatin Nad :)
DeleteTumpang tanya, kalau dah dapat kad diskaun ni, masih perlu ke kaunter utk beli ticket ktm setiap kali nak naik atau hanya perlu tag mcm touch n go ye?
ReplyDeleteeikha kena beli di kaunter tiket ktm untuk mendapatkan diskaunnya. untuk lebih tepat informasinya silalah hubungi KTMB sendiri :)
DeleteSaya suka naik KTM tp yg tak tahan nya penguuna ber mentaliliti kelas ketiga mcm jakun seperti dlm blog ni http://www.naeldaily.com/2015/12/taking-train-while-pregnant-lament-to.html
ReplyDeletekesian ibu2 mengandung
dan jugak penumpang2 jakun yg tanak bagi org keluar dulu
ReplyDeletehttp://www.naeldaily.com/2015/11/a-non-existent-public-transport.html
penumpang mcm ni patut di sula je
law nak beli tiket just tunjuk kad diskaun tu je ke??
ReplyDeleteyup, difahamkan cuma dapat diskaun menerusi pembelian di kaunter sahaja tidak termasuk pembelian online .
DeleteAssalamualaikum kalau dari penang ke kl discount ada tak? Atau dlm Bandar Kuala Lumpur sahaja ada discount
ReplyDeleteWaalaikumsalam Irfan, Ya diskaun untuk semua perjalanan dengan ktm kecuali komuter. Walaubagaimana pun Irfan dapatkan info terkini dari ktm keranan entri ini diterbitkan pada tahun 2015. Mungkin ada perubahan di dalam terma dan syaratnya. Sila hubungi mana-mana kaunter ktm atau ke laman web rasmi mereka..semoga mendapat penjelasan yang lebih tepat ya.. :)
Deletenak tanyalah? tunang sye masih student dan saya dh berkerja..dia ade i-card tuk student tu, msih dpt tk discount beli tiket tuk saya ni?
ReplyDeleteCubalah kat kaunter KTM atau online dik, sebab yang beli kena ada id kad student tu sebagai bukti, atau boleh je rujuk ke hotline KTM untuk pertanyaan lanjut kay :)
Delete