sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 23 Januari 2015

Mee Rebus Mastan Ghani di Teluk Intan



mastan ghani teluk intan perak
Mee Rebus, Mastan Ghani

Mastan Ghani ni memang tak asing lagi bagi penduduk Teluk Intan.Dari kecil sehinggalah ke hari ini, mee rebus Mastan Ghani adalah yang paling best yang pernah ana makan. Tak tahulah apa sebabnya namun kalau ikut secara logik akal, kuahnya yang pekat dan lazat itulah daya tarikan utamanya.Selain daripada itu, cucur udang yang dihidangkan bersama mee atau rojaknya juga memang ada udang bukan setakad tepung seperti yang banyak dijual di restoran-restoran lain.

Rojak Mastan Ghani

Selain daripada mee rebus, Mastan Ghani juga ada menyediakan menu lain seperti rojak,mee rojak dan laksa. Semuanya memang sedap -sedap dan kena dengan selera ana.Memang kalau orang luar yang singgah ke Teluk Intan ni, pasti akan merasa keenakkan makanan di Mastan Ghani.Ia kini mempunyai banyak cawangan di sekitar Teluk Intan.Restoran yang asal dan paling lama terdapat di deretan kedai berhadapan menara condong.Harga pada masa ana menjamu selera minggu lepas ialah RM4 sepinggan.


Untuk pencuci mulutnya , ana memilih ABC , sejukkan tekak di tengahari yang panas ketika itu.Jadi apalagi, kalau kebetulan singgah berselfie di menara condong Teluk Intan, carilah Restoran Mastan Ghani dan mencuba sendiri mee rebus atau rojaknya yang popular seantero negeri....


~berkongsi selera disini~

28 ulasan:

  1. Ya Allah! Terliur tengok mee rebus tu. Nampak sedap!

    BalasPadam
  2. Kak Ana, saya dh rasa mmg sedap mee rebus mastan ghani.. laksa situ pun sedap! Dah tu murah pulak. Kebetulan husband pun sll outstation di telok intan, dia ckp makanan sana mmg murah. Nanti Chinese New Year nak kesana nak merasa lagi mee rebus ni hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana tak pasti lagi balik ke tidak CNY ni, kalau Eny ke TI pi lah cari semula mee rebus mastan ghani ye :)

      Padam
  3. assalamualaikum ana...wah !! nampak sedap jer ni kalau dekat nak juga rasanya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, mana tahu ada rezki mama ke Teluk Intan meh cari mee rebus Mastan Ghani ye :)

      Padam
  4. Dah lama xmakan mee rebus.. teringin pulak nak makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepat-cepat Zizie, gi cari mee rebus ptg ni hehe :)

      Padam
  5. nampak macam sedap tapi belum rasa belum tahu... mee rebus yg paling sedap saya pernah rasa di JB lama dulu... (entah ada lagi ke tidak orang nya) tapi kuah dia coklat pekat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain orang lain tastenya kan Najib, maybe satu hari Najib singgah Teluk Intan dan cuba mee rebus Mastan Ghani pula :)

      Padam
  6. tadi jalan jalan tengok mee udang. singgah sini pulak nampak mee rebus. terliur nya lahaii :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe kesian kat Nur Inani, jalan-jalan terliur je ye :)

      Padam
  7. Sedapnya... Next time kalau dtg sini. Nk cari la mee rebus ni.

    Done follow back thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq so much Redscarz :) jom ajak BA jjcm ke Teluk Intan pula :)

      Padam
  8. sedapnya ...sedapnya...tgk mee dan ais kacang tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kak Kamsiah, jom pi mkan angin ke Perak pula :)

      Padam
  9. assslamualikum, tengok mee rebus ni dua pinggan pun boleh habis ni hehe sangat sedappp dari gambar tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Nooriah, erm kalau tengah lapartu boleh lah kut, tapi ana ni jenis cepat kenyang so sepinggan pun cukup dah hehe :)

      Padam
  10. Balasan
    1. hehe hye tiga lalat,memang sedap tau hehe :)

      Padam
  11. cam sedap je bile tgok mee dgn telo..lama xmkn tuu..umm >,<

    BalasPadam
  12. fuhh dh la tengahari nie..huhu...mncabar tengoknye...fuhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha... sorry lah anizz, salah masuk blog lah ni time2 lapar macam ni :)

      Padam
  13. Balasan
    1. adoi kesiannya adikku Sha, jom ajak abang turun Teluk Intan makan kay, tak jauh dari seri iskandar tu hehe :)

      Padam
  14. Moh mengkome semua ke teluk intan merasa mee rebus mastan Ghana tterrrbaikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom nalik Teluk Intan, makan mee Mastan Ghani kan FAS :)

      Padam