Puncak Kinabalu Sebelum dan Selepas Gempa Bumi


5hb Jun 2015,pagi Jumaat lalu,gempa bumi 6 skala Richter mengegarkan bumi Ranau.Suatu kejadian alam yang jarang dan tidak pernah berlaku telahpun terjadi dengan IzinNya jua. Yakin lah bahawa setiap suatu kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan sesuatu yang telah mengubah struktur alam buat selama-lamanya ialah apabila satu dari puncak tertinggi Gunung Kinabalu telah berubah.Puncak Donkey Ears Peak yang merupakan salah satu puncak tertinggi Gunung Kinabalu selain daripada Low's Peak dan St John Peak telah berubah rupa bentuknya sama sekali.


gambar donkey ears peak, gunung kinabalu
kredit foto : Google Image

Ada juga yang mengaitkan gempa bumi pagi Jumaat itu ada kaitan dengan kisah beberapa orang pendaki yang sebelum ini berkelakuan tidak senonoh di puncak Gunung Kinabalu pada 30hb Mei 2015 yang lalu.Menurut masyarakat setempat, mereka percaya tindakan tersebut ada kaitan dengan kejadian gempa.Namun kita sebagai hambaNya perlu yakin bahawa setiap sesuatu yang telah terjadi hanya dengan Izin dariNya jua.Yang baik semua datangnya dari Allah swt dan yang buruk adalah dari kesilapan kita sebagai hambaNya yang kerdil dan alpa.


Semoga tanahair kita yang tercinta ini akan terus terhindar dari malapetaka dunia dan dijauhkan dari segala keburukan.In Shaa Allah. Aminn.





22 Comments

  1. macam2 kan sekarang ni, takut pula jadinya =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Dayah, semoga bersama kita perbaiki diri hari demi hari agar menjadi hambaNya yang bertakwa, amin.

      Delete
    2. sama2 la kita muhasabah diri

      Delete
    3. setiap kejadian pasti ada sebab dan puncanya.

      Delete
  2. Buka mata..buka minda..tapi jangan buka aurat..moga setiap yang berlaku memberi impak yang terbaik untuk kita semua..

    ReplyDelete
  3. takziah kpd mangsa korban gempa bumi ini.

    ReplyDelete
  4. tahziah kepada keluarga mangsa yang terlibat, semoga rakyat sabah tabah hadapi dugaan

    ReplyDelete
  5. ngeri pulak bila tengok gambar ni kak ana...
    apapun berbaliklah kita pada Yang Esa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama, Hanya Dia yang Maha Mengetahui :)

      Delete
  6. dunia semakin tua..tanda-tanda akhir zaman ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ami, banyak tanda2nya dah semakin nyata .

      Delete
  7. tanda kekuasaannya untuk turunkan rahmat mahupun malapetaka..peringatan buat manusia..

    ReplyDelete
  8. allahuakbar...semoga Malaysia dilindungi Allah..

    ReplyDelete