Di usia-usia kak ana nih, menu makan orang kampung dah jadi selera sangat untuk makan tengahari. Beza sangat dengan muda remaja dahulu, kalau mak masak lauk-lauk kampung, kerabu ulam yang pahit-pahit memang tak de la nak makan sangat, sanggup goreng telur ayam kampung waktu tu, arwah tok ada bela ayam kampung di rumah. 

Tapi sekarang lain pula, masuk usia 50 tahun je lauk-lauk kampung selera sungguh makan. Termasuklah kerabu dan ulam walau pahit dah jadi sedap. Itulah perubahan mood kerana faktor usia nih kan, apapun syukur masih diberikanNya kesempatan dan selera untuk makan. Alhamdulillah.. 


Ikan siakap bakar , kerabu bunga betik


Dalam entri yang lepas , kak ana ada cerita, kak ana suka sangat kalau ada permintaan menu makanan dari suami dan anak-anak di rumah. Senang rasa tak perlu nak fikir nak masak apa untuk depa. Kali ni permintaan suami pula nak makan ikan siakap bakar sambal. 

Kebetulan jiran tebang pokok betik depan rumah, pokok jantan katanya, sebab hanya lebat berbunga tak jadi buah. Kak ana pungut lah bunga betik nak jadikan kerabu. Dulu arwah mak selalu buat kerabu bunga betik bila pokok betik belakang rumah tu banyak berbunga. Laa nih kena lah belajar buat sendiri buat pertama kalinya. 



resepi kerabu bunga betik


Resepi kerabu bunga betik 


Kak ana nak share cara buat kerabu bunga betik yang pertama kali kak ana buat hari tu. Resepi ni kak ana ikut dari tiktok juga. Senang sekarang, ramai buat content masakan di tiktok untuk kita belajar dan kongsikan semula ilmunya di sini. 

Bila kak ana tengok semula cara arwah mak buat kerabu bunga betik ni lebih mudah dan basic berbanding dengan yang kak ana buat dari resepi orang di tiktok. Namun keduanya sedap dan tak banyak beza pun rasanya. Tetap ada rasa pahit-pahit dan paduan dengan bahan kerabu yang memberi kesedapan.




Resepi kerabu bunga betik
tips kurangkan rasa pahit bunga betik 

Bahan-bahan kerabu bunga betik 

Bunga betik 
asam keping
belacan 
bawang merah
cili merah / cili api 
serai
kerisik 
santan pekat
gula
garam
limau nipis 





Resepi kerabu bunga betik


Cara buat kerabu bunga betik 

1. Celur bunga betik bersama asam keping hingga lembut. Toskan dan hiris halus-halus bunga betik. Kalau ada pucuk daun betik pun boleh masukkan sekali. 

2. Hiris nipis bawang merah, cili api dan cili merah serta serai. 

3. Dalam mangkuk satukan bunga betik, hirisan bawang merah, serai dan cili. 

4. Masukkan belacan yang dah di bakar, kerisik , garam gula secukupnya.

5. Masukkan santan pekat dan gaul semua bahan sebati dan adjust rasanya. Dah jadikan kerabu bunga betik yang sedap di makan. 



Resepi ikan siakap bakar sambal 

Permintaan suami pula ikan siakap sambal belah tengah ala-ala kedai ikan bakar, kak ana olah sendiri sahaja bahan-bahannya dan alhamdulillah sedap pada selera kami. Kak ana kongsikan juga di sini. 

Bahan-bahan ikan siakap bakar 


1 ekor ikan siakap 
garam
kunyit
cili pes
bawang merah
bawang putih
air asam jawa
daun limau purut 




Resepi ikan siakap bakar sambal


Cara buat ikan siakap bakar bersambal 


1. Bersihkan ikan siakap dan belah tengah tanpa putuskan bahagian tengah tu. Sapukan garam dan kunyit pada belakang ikan. 

2. Blend bawang merah, bawang putih. Tumiskan bahan blend dan masukkan cili pes. 

3. Masukkan air asam jawa sedikit dan tumis hingga pecah minyak. Rasakan garam secukupnya. 

4. Alas ikan siakap di atas daun pisang atau aluminium foil dan tuang kan sambal ke atas ikan. Letakkan daun limau purut yang di carik jika suka. 

5. Bakarlah hingga masak dan pusingkan kedua permukaan ikan. 




Resepi ikan siakap bakar sambal


Kalau ikan siakap bakar dah bersambal macam ni, kak ana suka makan dengan air asam kicap sahaja. Untuk air asam kicap, potong bawang merah dan cili api , tuangkan kicap pekat manis dan perahkan air limau nipis atau limau kasturi. 

Memang selera sungguh dah dan jauh lebih jimat dari makan di kedai ikan bakar kerana ikan siakap selalunya masih murah di pasaraya atau kedai runcit. Cuma kalau dapat yang masih segar tu lagi bonus lah kan.. Selamat mencuba naa, semoga bermanfaat.. 


14 Comments

  1. semua menu kayangan nie;) dapp nyer kerabu bunga betikk

    ReplyDelete
  2. sedapya siakap tu!! menu2 gini majority healthy insya Allah :)

    ReplyDelete
  3. SA pun prefer buat sendiri kak Ana..murah sikit berbanding makan kat luar kan..tapi sesekali makan gak kat luar bila muak makan masakan sendiri..nampak sedap kerabu bunga betik tu..SA x pernah makan lagi...

    ReplyDelete
  4. Aduhai..Sedapnya ikan siakap bakar tu =q

    ReplyDelete
  5. Sy pulak dari muda sampai ke tua suka aje lauk-pauk kampung ni, Kak Ana. Eh, dah tua ke saya? huwaaaaaa!!

    ReplyDelete
  6. sedapnya makan nasi ikan bakar gu dgn kerabu bunga betik

    ReplyDelete
  7. Sedapnya ikan bakar dengan kerabu bunga betik tu, thanks kongsi resepi Kak Ana.

    ReplyDelete
  8. Memang lauk kampung ni selera paling padu, tambah pula dengan ikan siakap bakar sambal dan kerabu bunga betik. Nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  9. Sama la kita Kak Ana... Sy kecik² dulu petai pun tak makan. Dah tua² ni baru pandai makan. Ulam² pun sama hihi....
    Tapi kerabu betik ni Sy pernah makan lama dulu, mmg sedap. Sampai skrg Sy suka 👍🏻

    ReplyDelete
  10. sedapnya ikan bakar siakap tu kak... tp sayur bunga betik tu tak pahit ke kak? mak dana suka celur gitu je tapi pahit nya yg amat

    ReplyDelete
  11. Tak pernah cuba lagi kerabu bunga betik ni. Boleh cuba nanti. Samalah kita, sekarang ni lebih suka menu-menu orang kampung dulu-dulu.

    ReplyDelete
  12. First time dengar kerabu bunga betik tu :D

    ReplyDelete
  13. Bunga pepaya itu saya suka sangaaat kak ana. Krn memang dah dibiasakan mama makan sayur sejak sekolah, JD dah terbiasa dengan sayuran pahit. Apalagi makan pakai sambal terasi biasanya.

    Selain di kerabu kayak di atas biasanya ditumis pedas. 2-2 nya saya suka 🤤

    ReplyDelete
  14. Sedap tengok kerabu bunga betik tu. Lenkali nak try jugalah. Rumah mak ada pokok betik dan biasanya bunga betik terbiar gitu je sebab kat rumah mak ambil pucuk je.

    ReplyDelete