sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 8 Ogos 2015

Majlis Hari Raya dan Potluck Komuniti 3/1


Majlis Hari Raya dan Potluck Komuniti 3/1

 


Malam tadi 7hb Ogos bersamaan 22 Syawal 1436H berlangsungnya satu majlis sambutan Hari Raya di kawasan kejiranan ana. Majlis anjuran Komuniti 3/1,Taman Desa Mas di adakan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan saling mengenali antara sesama jiran tetangga.Untuk menambah kemeriahan selain juadah yang disedia oleh pihak penganjur, kami anggota ahli Group Suri Anggun bersetuju untuk menambah beberapa menu secara potluck.Jom ana kongsikan antara corat coret kisah malam semalam dan antara juadah yang sempat ana rakamkan sebelum majlis bermula.


Kenapa sebelum majlis bermula, sebab kalau nak rakamkan gambar selepas majlis faham-faham saja lah kan. Acara malam semalam di mulakan dengan bacaan doa dan ucapan pengerusi majlis, kemudian sessi menjamu selera sambil bermesra di antara kejiranan yang hadir.Diselitkan juga acara yang dinantikan oleh kanak-kanak iaitu bab duit raya.Murah rezeki anak-anak kecil yang hadir malam tadi.Antara menu yang terhidang antaranya satay, mihun sup,beraneka pencuci mulut,rendang,kari daging,lemang,nasi impit dan macam-macam lagi.


















puding koktail
Ini sahaja menu potluck yang sempat ana sajikan ,puding koktail

Gambar di bawah pula ialah ahli-ahli komuniti 3/1 yang hadir pada malam itu.Semoga jalinan ukhwah dan silaturrahim sesama jira tetangga akan terus erat. Secara tak langsung sama-sama dapat menjaga keharmonian hidup berjiran dan memantau keselamatan lorong kita.#LorongKitaKitaJaga .






Acara penutup ialah persembahan bunga api yang tak kurang hebatnyaMeletop indah menyeri malam kami.Alhamdulillah.



Sebelum Ramadan dahulu, komuniti 3/1 juga pernah mengadakan majlis sebegini dan perkongsiannya di SINI .

20 ulasan:

  1. sedap2 juadah yang disediakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok kan mai bila potluck ni macam2 menu ada :)

      Padam
  2. wahhh meraiahnya !!! lapooo tengok makanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hamboi acik nampak makanan je ye :)

      Padam
  3. selamat hari raya..sedap nye juadah..sorry baru trace

    BalasPadam
  4. salam aidilfitri ..
    terus rasa lapar tgk juadah2 tu..hihii

    BalasPadam
  5. Meriahnya..sedap tgk puding yang kak ana buat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. meriah gak lah CP, menu paling simple nak buat sebenarnya haha :)

      Padam
  6. salam kak ana.. wah nampak meriah
    potluck... aktiviti mrapatkan silaraturahim :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu SY, saling mengeratkan silaturrahim sesama jiran :)

      Padam
  7. amboii terliur kita tgk juadah tu :)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. meriah nani kalau adakan secara potluck ni k an :)

      Padam
  9. Meriah memang seronok ada kejiranan macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah macam ni kami kat sini setakad ni aRz :)

      Padam