Haa... mana lebih sedap antara durian kampung atau durian musang king pada ampa ? Ceritanya macam nih, minggu lepas abah kak ana maii rumah, untuk celebrate birthday pertama cucu kami , Dak Kimi . Alhamdulillah dah setahun dah dia, In Syaa Allah ada kesempatan kak ana akan sharekan majlis birthdaynya nanti.

Sambung cerita durian... Abah bawa dua bekas isi durian dari kampung, pemberian mak saudara kak ana, wancu dan wan Mit. Di keliling rumah arwah tok kak ana ada beberapa pokok durian dan bila musim tu dapatlah merasa sedikit sebanyak. 

Jadi dapatlah rezeki kami sekeluarga makan durian kampung. Jenis apa durian ni tak yah tanya kak ana lah ye, tahu makan je kak ana nih. Lagipun kak ana tak makan banyak , ada lah seulas dua selebihnya suami, anak menantu yang makan. 


durian kampung & durian musang king


Semalam pula, suami bawa satu bekas tapau tu durian musang king. Katanya pemberian dari kawan di pejabat duk beri lah dia dan boss nya sebekas seorang. Bukan main dalam seal lagi tapau pek tu. Rasanya memang beli siap-siap dah buka isi macam ni kut, timbang gram. 

Entah berapa ringgit sebekas tu , Waallahu a'lam... Dah pemberian orang kan, tak de la dia nak bagitau harga lak hehe :) Kak ana rasa lah seulas dua, selebihnya macam biasa antu durian rumah ni Adik Ika dan ayahnya laa.. 

Durian kampung atau durian musang king




durian musang king


Jadi, kak ana nak tanya ampa lah kan, antara durian kampung dan durian musang king , mana ampa lebih suka atau mana yang lebih sedap ? Pada kak ana yang bukan peminat tegar durian nih, rasa durian macam sama jer .. Hehe :) Rasa durian lah kan.. 

Kak ana suka durian yang ada rasa pahit-pahit sikit, rasa tu macam ada pada durian musang king kat atas tu. Tapi durian kampung yang abah bawa tu pun ada juga rasa gitu, ahhh sudah ? Comfius hakak :) 


Durian kampung

Kak ana rasa lah kan, durian kampung kami nih pun jenis durian kawin juga kut, cuma tak tahu nama jenis apa. Sebab isi dia pun tebal, ulas pun gemoks. Rasa ada pahit-pahit sikit. Beza dengan durian dari kampung belah suami di Pahang, isi nya macam bersabut sikit, hat ni memang lembut berkrim je durian kampung Perak nih. 

Dah.. memandai je kan.. Mestilah ada beza antara durian kampung dan durian musang king. Tengok harga pun tahu dah yang mana lebih sedap dan digemari . Pada yang kurang berkemampuan, durian kampung dah sedap dah , yang mampu tu boleh lah makan durian mahal, syukur sentiasa. 

Kedua-duanya adalah ciptaan Allah swt yang memberi kenikmatan kepada hamba-hambaNya. Cuma tu lah, zaman laa nih, durian tak kira jenis di jual timbang kilo, tak macam dulu, kalau musim durian di Teluk Intan, kampung halaman kak ana, durian depa jual kira bakul. Nostalgia sangat masa tu. 


Beza durian kampung dan durian musang king 


Kak ana ada terjumpa posting ni di FB yang memberikan perbezaan antara durian kampung dan durian musang king, posting ni dari si penjual durian hehe :) Katanya : 

Durian kahwin ni jenis dia D24, IOI, UDANG MERAH , MUSANG KING DAN SEBAGAINYA

✅ ISI KUNING 

✅ RASA MANIS BERGAS

✅ HARGA DIA LAGI MAHAL DARI DURIAN KAMPONG laaa 😂

✅ ISI TEBAL 

DURIAN KAMPONG

✅ISI PUTIH / KUNING AIR

✅ RASA MANIS BERLEMAK

✅ LAGI MURAH BERBANDING YANG LAIN

✅ ISI TEBAL / KADANG-KADANG NIPIS (ikut nasib laa awak) hahaha


Korang setuju tak ? 

13 Comments

  1. Kalau ikut rasa, dua-dua ada keunikan rasa tersendiri. Saya suka makan semua jenis sebab rasa berbeza. Tapi kalau tengok warna, musang king-lah menang sebab lebih menggoda 😁

    Kat rumah saya ni ada beberapa jenis durian simpan dalam freezer. Bila nak makan, keluarkan sebekas letak dalam fridge. Saya dapati, semua jenis durian rasa jadi lebih sedap selepas disejukkan.

    ReplyDelete
  2. Musang King ada keunikkan dia sendiri...SA suka tapi cepat kenyang, 2 ulas jer dah kenyang tapi kalau durian kampung makan berbiji2 pun tak puas..kan kak...

    ReplyDelete
  3. kalau saya antu durian ni kak ana,dua2 pun sedap..hehe
    tapi 2,3bulan ni tak berani nak makan sangat setakat cuit2 je,nikmat makan durian dah hilang sikit

    ReplyDelete
  4. Kedua jenis ada keistimewaan masing2 tapi saya tak berapa suka musang king sebab ada pahit sikit. Durian kampung ni betul ada isi nipis je. Saya kalau kampung ni makan juga. Makan pun tak la banyak.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa durian, terliur tengok...dah lama tak makan durian. Ana, saya suka durian kampung.

    ReplyDelete
  6. tiap jenis durian rasanya beza tapi semua sedap

    ReplyDelete
  7. Uncle tak berhak nak bagi pandangan... sebab bukan pemakan durian...

    ReplyDelete
  8. Tak kiralah durian yang mana, yang sedap semua dimakan.

    ReplyDelete
  9. Bagi hantu durian mcm saya ni, asalkan namanya durian semua sedappppp! Kecuali durian belanda ahahaha 😁
    Hat tu species lain :p

    ReplyDelete
  10. jujur cakap x penah mkn lg durian musang king. kalau durian kg tu selalu juga laa... sy prefer durian yg ada sedikit rasa pahit2 isi tak terlalu lembik. just nice...

    ReplyDelete
  11. Durian kampng la.. kdg2 manis kdg2 tawar tapi sedap.. Musang king pahit.. isi tebal boleh makan seulas dua je.. Durian Kg makan sampai 4 5 biji hihii

    ReplyDelete
  12. Hahahahaha saya pun tak bisa bedakan sbnrnya kak. Mungkin beda hanya di tekstur, tp rasa biasanya sama.

    Macam kemarin, saya beli black Thorne di Penang, sedap, tapi biji agak besar. Lalu beli musangking, biji kecil. Sedap juga.

    Trus coba durian kampung, rasa pun lemak2 manis. Biji agak besar. Lalu bedanya dimana 🤣🤣. Kalo rasa sama saja, better pilih kampung kan 😅

    ReplyDelete