sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 18 Januari 2016

Terima Kasih Sahabat Blogger


Dalam minggu lepas tiga kali ana menerima kiriman dari encik posmen. Satu parcel melalui poslaju, dua lagi kiriman pos biasa. Seronok sangat sebab di sampul tertulis nama ana, bukan nama suami sebab kalau nama suami tak lain tak bukan bil-bil bulanan lah kan , ermm abaikan. Sebenarnya ana menerima tiga hadiah istimewa menjelang hari lahir pada 15hb Januari yang lepas. Dan pastinya tak lain lagi dari sahabat-sahabat atau lebih seronok ana panggil adik-adik blogger yang amat rajin memberi pelbagai cenderahati. Jom ana tayang sikit kat sini satu persatu...bukan nak menunjuk-nunjuk , nanti tak jadi macam Rashid pula kan, sekadar menghargai pemberian orang..






Cenderahati pertama datangnya dari blogger yang gemar melancung dan mengembara ke serata dunia, pasti ramai yang mengenali beliau tak lain tak bukan Travel blogger - Scdha Sein dengan blognya scdhaseinphoto.blogspot.my. Ianya sebuah kalender fridge magnet designnya sendiri. Cantik sangat sekeping foto gambar salah sebuah masjid di Xian. Alhamdulillah.. 

Dikesempatan ini juga ana ingin mendoakan agar Scdha Sein kembali sihat sedia kala dan teruskan perkongsiannya di blog dan instagram, Aamiin. 




Ini pula beberapa keping lagi fridge magnet juga dari beberapa negara di dunia. Dan siapa pula pengirimnya?? Inilah hadiah yang ana terima dari Giveaway seorang lagi travel blogger iaitu Azyyatiliah dari blognya azyyatiliah.blogspot.my  . Menarik kan.. dah lah ana memang peminat atau pengumpul tegar fridge magnet kemudian rezeki pula menang giveaway dari beliau, bukan satu bukan dua malah empat keping dan disertakan juga sebuah kotak kecil yang comel. Boleh dijadikan jewellary box .Alhamdulillah, terima kasih Azyyatiliah. Semoga Azyyatiliah terus dimurahkanNya rezeki, In Shaa Allah.



Dan hari Sabtu yang lepas, ana terima pula sekeping diy poskad dari adik blogger yang suka makan angin dan makan-makan yang sedap-sedap tak lain tak bukan cik Sally kita dari blog www.sallysamsaiman.com . Cantik kan?? Pandai Sally design, seronok dapat poskad ni sebagai hadiah hari jadi. Alhamdulillah. 

Semua hadiah dan kiriman yang ana terima dari ramai adik-adik serta sahabat blogger akan ana simpan sebagai kenang-kenangan sepanjang bergelar penulis blog di www.anajingga.com. Selain daripada menjalin ukhuwah dan bertukar-tukar kisah kita panjangkan lagi silaturrahim dengan pelbagai kiriman cenderahati kenang-kenangan. In shaa Allah, mudah-mudahan Allah swt merahmati kita semua dalam jalinan persahabatan tanpa bersua dan bicara ini. Dan yang baik itu semuanya dari Dia manakala yang kurang adalah kerana kita hambaNya yang amat kerdil ini. Waallahu a'lam.. 

28 ulasan:

  1. happy belated birthday kak ana. Semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Cik T, Aamiin Ya Rabb .

      Padam
  2. Happy belated birthday.Rezeki mencurah2 alhamdulillah ramai yang ingat dan sayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Kak Zai :) Alhamdulillah

      Padam
  3. alhamdulillah. banyak kiriman untuk ibu ye. hehehehe. tengokkan, even kita x brjumpa pun, persaudaraan boleh terjalin dari sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. In shaa Allah macam kasih sayang ibu buat anaknya Amy J kan..:)

      Padam
  4. wahhh..banyak hadiah kak ana..semoga kak ana hepy selalu bersama family tersayang.. luv u..mmmuahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Zatie sayang... aamiin :) sayang zatie juga :)

      Padam
  5. Bertuah sungguh dapat banyak hadiah..:)

    BalasPadam
  6. Untungnya Ana dapat kawan blogger yang rajin beri hadiah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Kak Mala, kemanisan ukhuwah :)

      Padam
  7. selamat hari lahir.moga hari-hari yang mendatang menjanjikan sejuta harapan

    BalasPadam
  8. Adehhh jeleesssssss.... Kak ana nak juga hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ececeh.. arz pun dah dapat gak kan hihi :)

      Padam
  9. alhamdulillah...murah rezeki akak...betol tu kak saya pon terharu campor happy bila dapat hadiah kiriman kawan2 di alam maya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Malinda, seronok sebenarnya jalinan ukhwah ni ,alhamdulillah

      Padam
  10. Balasan
    1. rezeki dari sahabat maya kan cik La :)

      Padam
  11. Insyallah... Ada rezeki lebih SS bagi lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin, alhamdulillah terima kasih SS :)

      Padam