Sarang Burung Tempua
Sarang burung Tempua:
Sarang burung Tempua |
Masakan Tempua bersarang rendah, salah satu peribahasa Melayu yang membawa maksud setiap sesuatu itu ada makna dan tujuannya yang tersendiri,jika tidak ia tidak berlaku sedemikian.Namun kita tidak tahu kenapa burung Tempua membuat sarangnya rendah, apakah yang tersirat disebalik sarang burung Tempua yang sangat tersendiri dan unik ini.
Dari pengamatan ana, sarang burung Tempua mempunyai keistimewaannya yang amat tersendiri.Begitu besar kuasa Allah swt yang memberi keupayaan kepada seekor burung kecil mencipta sarangnya dari rerumput kering dengan bentuk yang begitu istimewa sekali.Malah sarang burung Tempua jantan adalah berbeza dengan sarang burung Tempua betina.Maha Suci Allah.
Melalui pembacaan dari blog Animhosnan.blogspot.com, sarang burung Tempua jantan mempunyai lubang dari bahagian bawah dan mempunyai tempat bertenggek untuknya memikat burung Tempua betina.Berbeza pula kejadian sarang burung Tempua betina dengan pintu masuk yang berbeza dan mempunyai tempat melengkuk untuk menyimpan telur.
Dari gambar di atas ana dapat rasakan sarang burung Tempua jantan yang berada dihadapan manakala sarang burung Tempua betina ialah yang dibelakang.Foto tersebut ana rakamkan di salah sebuah kedai makan di Janda Baik,Pahang.
Burung Tempua akan menganyam sehelai demi sehelai daun rerumput kering dengan penuh kesabaran dan kelebihan yang dikurniakan olehNya sehingga siap sebuah sarang yang cantik dan kemas.Pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah sarang dan ketika cuaca panas lebih memudahkannya menyiapkan habitat.
Di negara kita, burung Tempua dilindungi dibawah Akta Hidupan Liar dan menjadi satu kesalahan sekiranya memelihara atau menangkap burung Tempua.Biarkanlah burung-burung ini bebas bertebaran di ruang angkasa di bumi Allah yang luas ini.Mereka juga berhak untuk hidup di dunia ini.
~berkongsi kisah sarang burung Tempua disini~
38 Comments
salams kak ana,
ReplyDeletebetul akak cakap, penuh sabar menganyam sarangnya sehingga menjadi cantik dan boleh didiami:)
suka sangat dengan sarang burung tempua, dekat kebun sawait saya banyak dia buat sarang....
kan Mieja, kesian kalau kita fikirkan sehelai demi sehelai, wah ada kebun sawit ni, kak ana jarang jumpa sarang burung tempua ni sebenarnya.. :)
DeleteSubhanallah. .hebat kuasa Allah kan kak ana..burung sekecil itu diberi kepintaran dan kecekalan yang tinggi. Sifat yang harus kita contohi
ReplyDeletekak ana kagumi kekuasaanNya Sal...kecil2 sebegitu mampu menghasilkan habitatnya dgn cukup sempurna :)
DeleteOh..mcm tu rupa datang burung tempah ni.wana 1st time tengok..bagus info ni :)
ReplyDeletesekarang dah kenal ye Wana :)
DeleteIngat masa kat kampung kecil2 dulu. Suka kutip sarang burung ni yang jatuh ketanah. Nostalgia betul. Sekarang orang dah jual sarang burung ni..
ReplyDeletebanyak lah ye Kak Mala.. kg ana tak ada pulak jumpa sarang burung ni ,mengimbau kenangan ye Kak :)
DeleteSarang burung ni ramai yang jual..kesian burung nak buat lain..
ReplyDeletekan CP, depa ni main ambil dan jual je :)
Deleteassalamualaikum ana...memang ada jual sarang burung tempua ni...suka tengok burung kalau dia nak membuat sarangnya...satu persatu diangkat dan dijadikan sarang hingga siap...tekun sungguh membuatnya...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, ketekunan yang ada pada burunh ni kan mama sangat kita kagumi..:)
Deletesusah dah nak cari skrg kan
ReplyDeletekan Suki, sangat 'rare' untuk jumpa dah :)
Deletesubhanallah... ciptaan Allah yang sangat menarik... ini semua penyebab agar kita berfikir akan kekuasaan Allah...
ReplyDeleteMaha Suci Allah yang maha berkuasa :)
Deletekt rumah akak ni ada 3 biji...amik kat kg satu....dah bertahun2 dah..elok ja..
ReplyDeletekak Kamsiah buat hiasan ye... boleh tahan lama lah ye... :)
Deletebese pegi kelantan baru nmpk nii
ReplyDeleteKat Kelantan banyak ye Sha :)
DeleteTeringat waktu Mrs. A kanak-kanak dulu umur dalam 10 ke 12 tahun kot. Burung tempua suka jer... bersarang kat pokok kelapa (pelepahnya) yang agak tinggi jugaklah di tepi sawah kat rumah jiran. Tak pasti sekarang pokok kelapa tu masih ada lagi ke tidak.
ReplyDeleteseronok mengimbau kenangan lalu ye Mrs A :)
Deletelaa...sarang ni banyak orang buat hiasan landskap rumah diorang..rupanya tuan sarang ni namanya burung tempua..ingatkan manusia buat-buat macam sarang huhuhu
ReplyDeleteheehee tuan sarangnya seekor burung Tempua Annur Syuhada :)
Deleteohhh baru ni saya tau burung tempua betina pun buat sarang... saya ingat yg jantan jer untuk tujuan memikat burung betina
ReplyDeleteitulah Najib Ariyan, kak ana pun cari info dari blog yang pakat tentang burung supaya tak tersalah informasi :)
DeleteThanks kak
ReplyDeleteBaru tau ni
most welcome dear Fuza :)
DeleteAs'salam..terbaik erbkig Enrty..teruskan usaha berblog
ReplyDeletewaalaikumsalam EE: terima kasih :)
Deletesuka baca entry kak Ana ni... banyak info lah... sarang burung tu mmg Eny suka dr kecik2 mesti kutip dari bawah pokok kelapa....
ReplyDeleteAlhamdulillah kak ana berkongsi info disini, seronok juga Eny ada kisah lalu dgn sarang burung ni :)
DeleteSelalu orang gantung depan rumah buat hiasan..nampak natural gituuu :)
ReplyDeletebetul kan aishah nin, dijadikan hiasa depan rumah :)
DeleteSelalu jumpa dan kutip bawak balik rumah. Siap gantung buat hiasan.
ReplyDeletebestnya sebab kak ana memang tak pernah jumpa sarang burung tempua ni mama :)
DeleteSedang mula buat sarang dkt lampu luar rumah.
ReplyDeleteAdoii...
Nak halau tak sampai hati.
Jadi nya,biarkan shj.
Yg best tu bunyinya.
Setiap kali dia bawak rumput,setiap kali dia berbunyi.bagai mengira berapa jumlah di hitungnya.
wah ye ke, erm kalau tidak mengganggu tak apa lah kan allem, betul tu kagum sekali dengan kegigihannya mengumpul rerumput sehelai demi sehelai
Delete