sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 15 April 2016

Koleksi Buku Dato Ustaz Kazim Elias


Buku-buku Ustaz Kazim Elias (DUKE)



Alhamdulillah sehingga hari ini, ana telah memiliki tiga naskah dari buku-buku tulisan pendakwah serta penceramah hebat Dato' Ustaz Kazim Elias. Mula meminati program beliau dari kaca tv khasnya Kalau Dah Jodoh serta lain-lain program ilmiahnya. Tambah menjadi kan sebagai ustaz pilihan nombor satu ialah kerana penyampaiannya yang bersahaja lebih-lebih dalam bahasa kampung teman, bahasa Perak Darul Ridzuan. Dan kini sebagai koleksi peribadi, ana mula membeli satu demi satu buku tulisan Ustaz Kazim untuk bacaan di waktu lapang, In Shaa Allah.


Gaya penyampaian dari tulisan Ustaz Kazim tersangatlah santai, mudah difahami seolah-olah kita sedang berada di majlis-majlis ceramah beliau. Kisah tentang kehidupan, biografi serta perjalanan hidupnya malah sekitar kisah masyarakat yang hari-hari dilalui oleh kita semua. Jadikan sebagai pedoman dan penyembuh minda untuk terus menjadi umat yang istimewa disisi Pencipta. Banyak garapan yang terjadi disekitar dunia kehidupan insaniah masa kini di kupas dalam bab demi bab yang menarik. Tiga buku yang menjadi koleksi ana sehingga hari ini ialah Tuhan Sedang Menguji Kita, Cukup Hanya Allah dan Dari Denai Kampung ke Pentas Dakwah.

Tuhan Sedang Menguji Kita - Ustaz Kazim Elias



Petikan dari buku ini :

Ujian, bahasanya bisu.Hadirnya tidak di duga.Adakala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa.Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa.Ya...terlupa siapakah kita disisiNya.Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa.Apakah masih ingin menderhaka padaNya.

Pengisian menarik :

~ manisnya ujian Allah
~ kala Allah mengujimu
~ kita lupa kita senang
~ iktibar dari musibah
~ cinta itu menyedarkanku
~ salahkah berkahwin muda
~ antara cinta dan kenangan
~ anakku...siapa sahabatmu
~ Tuhan..berkatilah rezekiku
~ sabarlah melaksanakan dakwah

Cukup Hanya Allah - Ustaz Kazim Elias



Petikan dari buku :

Lupakah kita bahawa hanya Allah tempat sandaran?Andai Allah di abai, ke mana harapan harus dituju? Allah itu dekat.Tidak pernah menjauh.Kita pula sering melupakanNya dan mengingati saat kesusahan bertamu.Lalu...munajatlah tanpa henti.Dia akan membantu kita dalam mendidik hati dan jiwa.Pasti...kita menjadi sebaik-baik insan.Yakinlah...cukup hanya Dia di hati.

Kandungan menarik :

~ bila kita ada ayah,ibu
~ sayang isteriku sayang
~ suami...cintailah isteri
~ isteri..taatilah suamimu
~ tujuh wasiat Rasullullah saw
~ rajinlah bersedekah
~ tinggalkan perkara sia-sia
~ kita saling bersaudara
~ jaga mulutmu itu
~ sombong, sifat paling jahat


Dari Denai Kampung ke Pentas Dakwah - Ustaz Kazim Elias



Buku ini merupakan travelog kehidupan Ustaz Kazim Elias sedari kecil sehingga beliau menjadi seorang yang dikenali hari ini.Pengalaman perjalanan sepanjang tempuh membesar di kampung kelahiran beliau di Batu Kurau dan kemudian di Felda Besout, di kongsi secara ekslusif dengan gaya bahasa yang cukup bersahaja.Kisah-kisah mencuit hati mengenai kenakalan beliau semasa kecil dan awal remaja turut di muatkan.

Pembaca akan mengenali kehidupan Ustaz Kazim di kampung yang banyak mencorak sifat kepimpinan dan nalurinya sebagai pendakwah pada masa kini. Melalui buku ini juga, pembaca di bawa menyusuri kembara dakwah Ustaz Kazim yang menginsafkan, menghiburkan, menggelikan hati dan tidak kurang juga yang menyayat hati malah meremangkan bulu roma.

Bagi yang berminat untuk membaca pelbagai tulisan Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE) bolehlah  mendapatkannya di kedai-kedai buku terdekat. Tak rugi memiliki buku-buku indah ini kerana pengisiannya amat mendamaikan minda dan jiwa insaniah.In Shaa Allah.

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. lepas ni boleh lah tambah laaagi Mar :)

      Padam
  2. terima kasih ana..in syaa Allah.ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama acik, lama tak muncul :)rindu acik:)

      Padam
  3. suka dgr ceramah duke ni...
    nnti blh terjah kedai buku ni...

    BalasPadam
  4. Saya pun salah seorang peminat DUKE ni.

    BalasPadam