Cara pembatalan pinjaman PTPTN
Pagi ni ana selesai uruskan satu urusan Adik Ika dengan PTPTN. Alhamdulillah, Adik Ika menerima tajaan biasiswa JPA mulai dari semesta tiga ini hingga tamat pengajiannya nanti, In Shaa Allah. Namun sebelum ini, Adik merupakan peminjam PTPTN untuk 3 sem kerana keputusan penerimaan biasiswa JPA hanya diketahui awal sem 3 yang lalu. Selepas mendapat keputusan JPA dan bersetuju untuk menerima tajaan, Adik Ika melengkapkan kesemua borang dan pihak JPA telah hadir ke kampus pada satu tarikh yang ditetapkan untuk penyerahan borang yang lengkap.
Kemudiannya dalam masa 2 minggu jugalah baru boleh mengakses ke portal MySelf untuk update akaun JPA pelajar. Dan dalam masa dua minggu selepas itu baharulah biasiswa di kreditkan ke bank. Tapi bukan bermakna wang telah pun di masukkan ke akaun bank, pelajar perlu menunggu sehingga 5 hari bekerja baharulah ia di kreditkan ke dalam akaun bank masing-masing, mengikut terma bank dan juga IPTA masing-masing. Dah confirm masuk ke dalam akaun bank, baharu lah ana bawa Adik Ika ke Pejabat PTPTN untuk menghentikan atau membatalkan pinjaman sebelum ini.
Cara pembatalan pinjaman PTPTN
Kita perlu membatalkan pinjaman kerana jika tidak akan ada pertindihan untuk pembayaran nanti. Ini bermakna PTPTN Adik nanti akan terhenti sehingga sem ini sahaja dan tidak akan di masukkan lagi pada sem hadapan. Bermakna pembayaran pinjaman hanya setakad sem 3 sahaja lah. Ana sempat juga bertanya kepada pegawai yang bertugas tentang pembayaran semula kerana risau juga kalau perlu membayar balik selepas pembatalan pinjaman. Menurut pegawai bertugas, pembayaran hanya akan di wajibkan selepas tamat pengajian kelak.
contoh borang pembatalan pinjaman PTPTN |
Mudah sangat untuk membuat pembatalan pinjaman PTPTN ni. Peminjam atau pelajar hanya perlu ke pejabat PTPTN berdekatan dan mengisi borang pembatalan dengan melengkapkan butiran yang di perlukan. Ataupun download borang pembatalan secara online di SINI serta lengkapkan awal-awal sebelum ke Pejabat PTPTN berhampiran untuk penyerahan. Jangan lupa bawa bersama surat tawaran biasiswa JPA atau pun dokumen berkaitan yang menyebabkan kenapa kita ingin membatalkan pinjaman. Itu sahaja. Tak sampai 15 minit dah selesai. Alhamdulillah.
36 Comments
hmm ptptn kita pulak belum habis bayar lagi huhuhu. salam kenal .Kita baru aktiv balik berblog harap sudi singgah dan follow.tqqqq
ReplyDeletein shaa allah pelan2 lama2 selesai nanti CB kann :)
Deletebestnya dpt biasiswa..
ReplyDeletesy xabs bayar lg ptptn.. hihi
hehe tak lama habis laa tu ezy :)
DeleteMudah je ye..
ReplyDeletehaah Sha mudah je rupanya :)
DeleteAlhamdullilah.. good sharing Ana..
ReplyDeletetq Sue :)
DeleteTahniah adik ika dapat biasiswa jpa. Bukan mudah nak dapat tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih Kinah :)
DeleteTahniah.. adik sy pun dapat biasiswa juga.. rezeki dia dapat biasiswa dr semester 1 .. hari tu nak buat entry ni juga sbb dia minta tolong buatkan pembatalan ptptn.. tp x jadi sbb pihak Uni dah uruskan.. Tahniah sekali lagi.. smoga dimurahkan rezeki buat keluarga akak.. ^^
ReplyDeleteaamiin terima kasih Nurul dan tahniah juga buat adik Nurul :)
Deletehai nak tanya, lepas dah batalkan ptptn ,kita akan dpt borang sah pembatalan ke? bentuknya mcm mana ye
ReplyDeletetak ada terima pula surat sampai, tapi kena call semula ptptn untuk pengesahan
DeleteAssalamualaikum Ana..... kalau isi borg siap2, blh ke wakilkan orang lain utk hantarkan ke pjbt ptptn tu?
ReplyDeletewaalaikumsalam, boleh sahaja sebab tiada apa2 yang perlu di isi selain borang tersebut sahaja, ada juga yang kata boleh pos kan sahaja. Pagawai yang bertugas hanya ambil borang tersebut untuk diproses katanya.
DeleteAssalam.. saya nak tanya.. baru2 ni saya pun mendapat tajaan dr pihak JPA .. apa yg bermain difikiran saya adalah.. bilakah masa untuk membuat pembatalan ptptn ini.. adakah sebelum menerima tajaan JPA dikreditkan ataupun Selepas tajaan JPA dikreditkan? Terima kasih
ReplyDeletewaalaikumsalam, tahniah ya. Boleh sahaja membuat pembatalan sebelum atau selepas wang di masukkan ke akaun adik. jangan sampai masuk sem baharu sudahlah nanti bimbang masuk pula bertindih wang dari ptptn yang membuatkan kita kena bayar pula nanti. Kalau dah dapat surat tawaran bolehlah batalkan ptptn sebelum masuk sem baharu. Semoga bermanfaat, in shaa allah. Macam anak saya, kami batalkan selepas wang di kreditkan ke akuan nya.
DeleteHai, maaf menggangu, kiranya, kita kna hntr borg dgn surt tawarn jpa ja kan utk pmbtln? Tapi, masa search prosedur pmbatalan tu,y dia tulis surt pmbtln rasmi pinjmn pndidikn tu kan, apa mksud dia eh? Thanks in advance
ReplyDeleteHai yaya
Deletetak perlu apa-apa surat masa kami buat pembatalan tempoh hari, cuma isi kan borang dan lampir kan surat tawaran JPA sahaja dan hantar ke kaunter. Tak pasti lah pula kalau ada prosedur baharu sekarang ni, cuba call PTPTN untuk maklumat lanjut ye. semoga bermanfaat.
Maksudnya bila kita batalkn msa sem 3, pmbayaran balik tu akan dibuat lps kita habis belajar la mcm tu?? Walaupn kita batalkan pinjaman msa sem 3??
ReplyDeleteYa dik, macam tu lah yang di beritahu oleh pihak PTPTN masa kami buat pembatalan masa tu. Bayar lepas habis belajar atau untuk keterangan lanjut boleh call terus ke PTPTN ya :)
DeleteHi sy baru dpt biasiswa ni, nak tanya lepas batalkan ptptn, tempoh untuk membayarkan pinjaman sebelum ni berapa lama ye? Kena bayar semua sekarang ke atau lepas sy graduate?
ReplyDeletelepas tamat pengajian nanti dik :)
Deleteassalamualaikum dan salam sejahtera, saya dah serahkan dokumen tajaan jpa dan duit ptptn pula akan masuk pada 7/10 ini. Patutkah saya perlu tunggu duit jpa masuk dulu dan batalkan ptptn atau batalkan ptptn dahulu sebelum mendapat duit tajaan tersebut? saya memerlukan pendapat. Terima kasih.
ReplyDeletewaalaikumusalam,
Deletedari pengalaman saya, pembatalan ptptn dilakukan setelah menerima wang dari ptptn kerana pemberian wang tajaan jpa mengambil masa yang agak lama untuk permohonan baru. dalam situasi ini, bermakna saya perlu membayar ptptn sehingga semester yang diterima dan pembatalan dilakukan selepas menerima wang tersebut.
Hai, saya nak tanya,
ReplyDeletepembayaran ptptn yang bertindih dengan jpa tu perlu bayar dengan segera ke?
tidak, bayar bila habis belajar nanti tapi perlu buat pembatalan ptptn naa :)
DeleteSaya sudah buat pembatalan ptptn, tapi pihak ptptn kata saya perlu bayar duit ptptn yang bertindih dengan jpa pidn, sebab saya sudah dapat duit ptptn untuk sem 5 dan sudah digunakan untuk membayar yuran u, dalam masa yang sama jpa pidn belum kredit lagi (baru dapat tahun ni), jadi bolehkah duit pertindih tersebut dibayar apabila duit jpa sudah masuk? Takut ptptn tidak membatalkan permohonan saya..
DeleteMohon pencerahan...😅
pembayaran memang perlu dibuat kepada pihak ptptn tetapi saya diberi penjelesan bahawa pinjaman tersebut perlu dibayar selepas tamat pembelajaran dan bukan pada kadar segera. berdasarkan pengalaman, pembatalan dibuat selepas menerima wang ptptn dan pidn masih belum dikreditkan sewaktu semester 3. ini bermakna saya masih perlu membayar pertindihan tersebut tetapi selepas tamat pengajian. namun itu hanya berdasaran pengalaman dan pemahaman. untuk maklumat lanjut boleh bertanya dengan pihak ptptn sendiri.
DeleteHi, saya mendapat tawaran jpa dan dokumen tajaan perlu diserahkan pada hari sabtu ini. Tetapi pada masa yang sama saya telah menerima pinjaman ptptn sepanjang 3 sem. Bolehkah saya membatalkan ptptn selepas sesi penyerahan dokumen tajaan jpa atau perlu membatalkan ptptn terlebih dahalu sebelum menyerahkan dokumen tajaan jpa
ReplyDeleteboleh batal bila2 masa tapi pinjaman kita di kira sehingga sem terakhir yang kita terima tu nanti perlu di bayar selepas habis pengajian. :)
DeleteAssalamualaikum.. Nak tanya. Saya dah hantar borang pembatalan ptptn dan surat tawaran.. Cuma saya nak tahu ada dapat x surat official dari ptptn yg mengesahkan pembatalan ptptn nie. Sebab saya nak kena submit surat pembatalan ptptn. Ada dapat x..? Sekian
ReplyDeletewaalaikumsalam.. tak dapat surat rasmi, tapi dah call PT tanya status PT kata dah batal dan sem lepas batal tu dah tak terima wang dah. Boleh call PT untuk keterangan lanjut :)
DeleteTerima kasih awak. Saya baru nak batalkan ptptn harini sebab alhamdulillah dapat JPA jugak.
ReplyDeletealhamdulillah tahniah Hida :)
Delete