Plan awal kami nak bercuti ke Port Dickson atau Melaka , tapi lepas bincang balik dengan adik ana, Lan, kami cuba usya-usya lokasi yang tak sesak dengan orang ramai dan dalam jarak yang tak jauh kerana kami nak bawa mak dan abah. Mak tak berapa sihat sangat kakinya kalau duk lama dalam kereta. Alhamdulillah, adik dapatkan booking di Philea Mines Resort yang terletak di Seri Kembangan sahaja. Waktu pendamik macam ni, kalau boleh nak bercuti pun di lokasi yang bukan tumpuan ramai. Yang penting kami nak rehat-rehat dengan aman dan tenang. 


philea mines resort
Philea Mines Resort, Seri Kembangan 


Kenapa kami pilih Philea Mines Resort ni ialah ianya ada kolam renang yang unik kerana ada pantai buatan di hadapannya. Philea Mines Resort juga mempunyai pemandangan yang cantik menghadap tasik. Kami booking secara online di Agoda dan Alhamdulillah dapat 5 bilik pada harga yang menarik . Mak abah satu bilik yang connection room dengan ana dn suami, adik dan adik ipar pun ambil connection room dengan anak mereka dan Kak Long dan Adik satu bilik. Selesa lah kan semua ada bilik sendiri.  

Philea Mines Resort, Seri Kembangan




Kami sampai awal dalam jam 2 petang dan Alhamdulillah dapat check in awal. Angkut barang masuk bilik dan rehat-rehat dahulu, solat Zohor dan kemudian order food panda je hantar makan tengahari di bilik. Sebenarnya Philea Mines Resort ni link sahaja ke Mines Shopping Mall, jadi senang lah kan kalau nak pi makan di mall atau shopping apa yang patut. Cuma kami tak keluar sangat sebab mak kena berkerusi roda, dia pun tak berapa sihat jadi kami pilih untuk lepak di resort sahaja. Lepas Asar baharu kami turun ronda-ronda resort di bawah. 








Bilik kami menghadap pemandangan kolam renang dan tasik. Di sekitar kolam renang memang cantik lanskap yang ada. Banyak props untuk berposing di sediakan kat sini. Korang kena pusing keliling pool boleh jumpa macam-macam props dan paling best juga ada taman avatar. Waktu malam akan di nyalakan lampu-lampu led cuma malam tu hujan jadi kami tak dapat turun dan lampu pun tak di nyalakan. 






Anak-anak , anak buah ana Haris , suami dan adik ana, Lan turun ke kolam renang untuk basahkan badan. Tak lah dalam sangat pool kat sini. Ada juga slide untuk kanak-kanak. Tetamu pun tak lah ramai jadi selesa untuk kami lepak dan mandi-mandi dengan penjarakkan sosial. Kat sini korang boleh je mandi dengan pakaian biasa tanpa perlu memakai swimming attire. Cuma kena daftar ketika masuk kolam tu dan di berikan masa se jam. 




Lupa nak cerita bilik-bilik kami ni semuanya besar sangat, Ada dua katil single , bath tab dan peralatan lain yang biasa lah seperti LCD, peti ais, tapi memang luas sebab kami lepak kat bilik mak abah pun masih luas lagi ruang rehat dan setiap bilik ada balconi . Paling menarik minat ana adalah dekorasi perabot dengan tema klasik ukiran kayu . 




Malam tu kami ke Kajang dan makan sate Haji Samuri. Ramai juga pengunjung tapi dapat jugalah tempat duduk dan sate pun sampai cepat tak perlu menunggu lama. Balik resort kami lepak-lepak kat lobi dan bilik mak abah sahaja sebab hujan renyai-renyai kan. 






Lepas sarapan, kali ni bawa mak ronda-ronda sekitar resort sampai ke depan tasik menikmati udara pagi yang damai. Resort ni juga ada unit-unit vila untuk di sewa . Nampak mewah juga deretan vila kat sini betul-betul berhdapan tasik. Kalau korang nak try stay kat vila boleh lah hubungi pihak resort atau cari di internet, tapi pastikan di laman yang di percayai naa. Kami check out jam 11 pagi dan terus ke Putrajaya untuk bawa mak abah makan angin. 








Pada ana, sangat recommended sangat untuk korang bercuti di sini. Ia sangat tenang dan damai jauh dari segala kesibukan bandar. Menghadap tasik yang luas dan untuk anak-anak boleh bermain di pantai buatan sambil turun ke kolam renang. Bilik yang luas , selesa dan bersih dan banyak props untuk bergambar di sekitar resort termasuklah taman avatar Harga bilik pun amat reasonable ikut season sama ada weekdays, PH atau weekend.



Dan sesuatu yang perlu ana kredit kan di sini ialah staff resort sangat friendly terutamanya saudara bellboy di pintu masuk. Jadi bagi yang tercari-cari resort atau hotel yang nak cuti-cuti di Selangor ni boleh lah ke Philea Mines Resort, Seri Kembangan. Jom tengok keliling resort secara visual di video youtube di bawah : 






33 Comments

  1. Boleh sayang di mana sebab masa saya belajar di universiti selalu pergi Mines. Sekarang memang tiada peluang jejak sana lagi.
    Hotel memang nampak pentingkan unsur kayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kak AJ suka tema dekorasi dalaman dan lobi hotel ni cantik sangat :)

      Delete
  2. wow nicenya! sy yg dekat putrajaya ni pun tak pernah g sini. huhu. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ok sangat kami ambil 5 bilik tempahan secara online di agoda Syaz :)

      Delete
  4. Cantiknya pemandangan di Philea Mines Resort. Bilik pun nampak sangat selesa. Memang sesuailah datang sini untuk rehatkan minda.

    ReplyDelete
  5. hey lawa...nanti plan nak mai laa..mur kannn

    ReplyDelete
  6. cantik pemandangan dkt situ...bilik pun oklah besar juga...
    murah harga dia...

    ReplyDelete
  7. Nampak tenang je, dekat pun dekat nak berfamily day kan sis ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari yang dekat dan tak tumpuan ramai Juju waktu2 pendamik ni kan :(

      Delete
  8. MESTI SERONOK BERCUTI KAT SINI VIEWNYA CANTIK PENGINAPAN SELESA

    ReplyDelete
  9. Menarik resort ni kak ana.. Tapi tak pernah tahu kewujudannya. Mujur kak ana share info, boleh usha :)

    ReplyDelete
  10. Menarik bilik dan suasana resort ni. Sesuai sangat untuk bawa mak abah bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sebab bawa warga ems kena pilih yang selesa untuk mereka kan Ujie :)

      Delete
  11. x sangka ada tmpt cntik kwsn sini.. blh la g...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pii laa fara kakak aimi dengan adik amira mesti suka ni :)

      Delete
  12. hotel ni cantik, ada banyak spot untuk ambik OOTD. Saya pergi sini last year. Tapi saya tak suka dengan pool dia, sebba ala-ala macam beach - berpasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul pool dia dasar berpasir sebab kan ada pantai buatan di depan tu DP :)

      Delete
  13. Best bila di tempat penginapan tak ramai orang. Lama tak makan satay kat kedai Haji Samuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu TK kalau bercuti crowded memang rimas kan kita nak releks tenang-tenang gituew :)

      Delete
  14. wah kat seri kembangan je ye.. ingatkan philea kat melaka.. mmg cantik ;a kat sini siap ada taman avatar.. boleh consider la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah melaka pun ada kan, lepas ni boleh pii melaka pula hehe :)

      Delete
  15. bersih dan selesa D alhamdulillah, hotel 4 star lagipun ia di sanitasi setiap hari , waktu2 pendamik ni nak duk homestay pun kena cari yang betul-betul hygiene kan , risau je lebih baik pilih hotel yang besar2 macam ni hehe :)

    ReplyDelete