Patin Tempoyak Temerloh Yang Sedap Dan Murah

by - Friday, January 27, 2017


Lama benar bertangguh nak mencari patin tempoyak original di Temerloh. Walaupun keluarga suami ana tinggal di negeri Pahang Darul Makmur, namun ke Temerloh ni baru kali kedua ana jejakkan kaki. Pertama dahulu ketika melawat abang ipar di Hospital Temerloh dan kali kedua inilah baru diizinNya merasai sendiri keenakkan masak tempoyak ikan patin sangkar Temerloh yang asli. Sebenarnya sempena sambutan hari lahir ana yang lalu, suami mengajak jiran kami Man dan Ida untuk turut sama ke Temerloh dalam misi menjejak patin tempoyak.

Perjalanan dari Rawang ke Temerloh boleh tahan jugalah jauhnya. Kami naik satu kereta bersama dan lebih kurang dua jam setengah juga perjalanan untuk sampai ke bandar Temerloh. Dalam perjalanan Man telah pun menghubungi kawan dari group Grand Livina mereka. Sampai sahaja di tol masuk ke Temerloh, kawan Man menanti dan membawa kami ke sebuah kedai makan di Kampung Bangau, Temerloh, Pahang.




Tuu diaa aiihh!! Tengok gambar ni terliur balik nak pii makan patin tempoyak kat Temerloh. Sebelum ni ana pernah terbaca ada yang kena 'cekik darah' bila makan patin di Temerloh ni. Sampaikan ribuan ringgit pernah terbaca diviralkan beberapa tahun dahulu. Jadi kena tanya harga dahulu sebelum mengambil masakan patin di sini. Tapi tempat yang kawan Man bawa kami ni, memang murah dan sedap.Ialah orang tempatan yang bawa kan, tentu mereka lebih arif kawasan mereka.Kami di bawa ke kedai Selera Patin Bangau, di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh.

Selera Patin Bangau, Temerloh




Jalan menuju ke Selera Patin Bangau ni benar-benar melalui jalan kampung dan di tepi sungai Temerloh. Boleh kelihatan sangkar-sangkar ikan patin di sepanjang perjalanan.Kedainya pun di dalam kampung dan di antara rumah-rumah penduduk ni sahaja. Amat tenang dan mendamaikan sambil makan hidangan ikan patin masak tempoyak bersama ulam-ulaman. Benar, untuk kita menikmati keenakkan sesuatu masakan tu jangan makan dengan pelbagai lauk lain. Cukup masakah ikan patin tempoyak bersama nasi putih dan ulam-ulaman serta sambal belacan.






Yang penting harga semangkuk ikan patin masak tempoyak di sini sangat murah dan berbaloi dengan rasanya yang sedap. Pada ketika kami makan hari tu, semangkuk atau sepotong ikan patin isi cuma RM 7 manakala untuk kepala dan ekor pula RM 9. Dari segi rasa, mula-mula makan terasa pedas, mungkin kerana ia nya dihidang panas-panas tapi bila dah sejuk Adik Ika dan ayahnya siap hirup kuahnya lagi. Ida ambil juga sambal hitam Pahang berharga RM 10 satu cawan plastik tu. Ermm itu memang heaven sangat lah sedap.




Masa kami sampai tu, hanya tinggal patin masak tempoyak sahaja, kerana selain masak tempoyak Selera Patin Bangau turut ada signature dish mereka satu lagi iaitu Pais Patin Bakar Tempoyak. Tak merasa lah kami sebab dah habis. Man ambil bahagian kepala ikan patin tempoyak ni. Memang lah best, banyak lemak-lemak kat bahagian ni kan. 




Terus terang bagi ana yang pertama kali makan ikan patin sangkar sungai ni, memang berbeza sungguh rasanya dari makan ikan patin di pasar atau kedai runcit yang sering kami beli di Rawang ni. Subhanallah, rasa isi nya segar,manis dan tak berbau langsung. Lemaknya pun tak melekat pada tangan bila kita makan. Ya ampunnnn... teringin laa nak makan sekali lagi. Tak puas sungguh rasanya. Menurut kawan Man tu, ikan-ikan patin ni memang dibela didalam sangkar di sungai oleh pemilik kedai ni sendiri. Mungkin ini salah satu faktor ianya murah berbanding dengan makan di kedai di sekitar bandar Temerloh itu sendiri. 




So, kalau korang bercadang nak jalan-jalan cari makan ikan patin di Temerloh ni, ana fully recommended datang makan di Selera Patin Bangau. Korang bolehlah try waze lokasinya atau hubungi sahaja no tel di dalam gambar tu (013-996 4100) atau carilah info-info di Facebook Selera Patin Bangau kay.. 

You May Also Like

15 comments

  1. Sedapnyaaa kak Ana. Terliur tengok. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani boleh je pi sini tak jauh pun kan hihi :)

      Delete
  2. MasyaAllah kak Ana oii...dah la favorite Sally ni!hahahha

    ReplyDelete
  3. ya Allah sedapnyee kalau dpt hirup kuah diaa...ratah2 je isi ikan tuu...fuhhh..kasi pedas masam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Sha, isi ikan patin yang kak ana makan ni memang sedap dan segar sangat tak berbau langsung

      Delete
  4. Rajinnya k.Ana jalan-jalan cari makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kak ana dan suami ni suka food hunt Mrs A :)

      Delete
  5. nampak sedap tapi xpernah makan ikan patin hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tahu cik ash, ada yang tak makan ikan patin ni :)

      Delete
  6. pergh sedap betul. kawan Ajim ada yang sanggup ke Temerloh sebab nak pakai ikan patin sana! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa AJIM, memang ramai yang konvoi dengan motor kalau ke sini cari patin :)

      Delete
  7. Meleleh air liur... Kak oiii... sedapnye minggu depan nak carilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari Bonde jangan tak cari cepatt kay :)

      Delete