Terima Kasih Sahabat Kesayangan

by - Friday, February 03, 2017


Sukaaaa nyaaaa!! Sampai juga BFF ana ke teratak kami petang Sabtu yang lalu. Heppi sangat tau Nie sekeluarga sudi singgah. Nie datang bersama suami dan anak-anak hencemnya, Is, Eim dan Rayyan. Tuhan sahaja yang tahu betapa syukur sangat dan terima kasih atas kunjunganmu BFF. Kalau korang pernah baca entri ana yang lepas-lepas, banyak yang ana kongsikan kisah persahabatan ana bersama dua sahabat yang paling akrab ni kan..Nie dan Ida. Kawan lama kan, kawan dari darjah satu dedulu tu, terpisah bila kami ke sekolah menengah, sampailah masing-masing berumah tangga dan akhirnya dua tahun lepas kami dipertemukan semula. 💖💖

Bila dah bersua semula ni, memang kembali akrab dan rindu sangat kalau lama tak bersua wajah. Malah ana kalau balik Teluk Intan jer, mesti mencari ruang dan peluang untuk jumpa, borak-borak dan minum petang antara kami bertiga ni. rindu kata ko 😊😊 Inilah girl friend kesayangan ana. Kebetulan Nie on the way nak ke KL, kami dah set nak jumpa dan singgah ke rumah ana petang tu. 




Ana ni kalau ada tetamu nak singgah mesti duk fikir nak masak apa nak jamu kat tetamu. Bukan apa, ada ketika nya nak masuk ke BCH ni jem ya amat. Tambah lagi tetamu datang dari jauhkan, selagi tak jamu makan tak sedap hati sangat. Pagi lagi ana dah prepare nak masak mee kari dan spagetti belognesse. Sebab tahu dah anak-anak agak kurang minat nak makan mee kari, jadi ana sedia kan dua menu. Senang je pun nak masak menu-menu ni, dua jam dah settle. Kebetulan juga Kak Long dan Adik Ika ada dirumah,ada lah assistant di dapur.





Menu desert petang tu, ana siapkan sebiji kek karot bersama walnut dan cream cheese. Kek ni pun special untuk Nie sebab sebelum Nie request nak makan bila ana posting kat group whatsapp.Sempat juga lah membaking sehari sebelumnya. Alhamdulillah menjadi juga. Nanti ana share resepi nya kay. In shaa Allah.

Terima kasih Nie, terima kasih Abang Zul sudi bawakan BFF ana ke rumah kami. Maaf atas segala kekurangan dan semoga persahabatan kita kekal terjalin hingga ke akhir hayat. 

Persabahatan tanpa alasan,
 tiada paksaan, tanpa sangsi dan keraguan, 
persahabatan yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan, 
In Shaa Allah,
 akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya.

Jauh perjalanan yang telah kita lalui,
 masing-masing ada kisah hidup, 
masing-masing ada ujian dan cabaran dalam meneruskan perjalanan usia, 
masing-masing ada hala tuju yang harus dilalui. 
Nilai persahabatan kita semoga kekal mewangi selamanya kerana disitu ada kemanisannya. 

Semoga Dia sentiasa melimpahkan Rahmat dan RestuNya, 
semoga jiwa kita sentiasa tenang dalam menyusuri detik-detik usia dan semoga kebahagiaan menjadi milik kita selamanya,
 Aamiin.
Sayang sangat Nie
 hingga hujung nyawa ...
💗💗



You May Also Like

0 comments