Bila Kabel TM Terbakar

by - Saturday, July 08, 2017


Internet dan blogger berpisah tiada. Sehari tanpa internet bagi seorang blogger bermakna tiada apa yang dapat dilakukan. Andai waktu itu ada dateline untuk submit advertorial nak-nak lagi paid job, pasti satu masalah besar buat kami blogger ni. Dateline untuk posting, dateline untuk hantar invoice, peluang offer yang masuk dan macam-macam lagi lah memerlukan internet sepanjang hari. 

Inilah yang terjadi pada ana dua hari lepas, nasib baik entri dah terbit, namun masih perlu nak ping dan hantar invoice pada client. Tengahari tu kami keluar seketika, balik rumah petangnya on wifi sekali internet tak berfungsi, offline. Bila angkat telefon talian tetap...tiada nada dering..matiii daa!!Bila ana keluar ke belakang rumah..mak aii..kabel TM sambungan dari tiang ke rumah terbakar..hangus lebur dah. Puncanyaa..... terbakar kerana ada pembakaran longgokan dahan pokok yang ditebang jiran. Ermmmmm... angin satu badan, mula lah rasa nak meletop dah nii..



Mulanya ana bengang sangat dan ikut kan hati nak report polis je.. bukan apa dari nak syak dan tuduh takut jadi fitnah je. Lepas tu suami macam dah dapat agak siapa yang bakar dan cuba hubungi nya. Ya betullah dia yang bakar longgokan dahan tu, dan tak tunggu pula kerana nak ambil anaknya balik sekolah. Bila difikirkan semula dan bersangka baik lah, tujuannya bakar pun sebab timbunan dahan pokok tu memang merimbun selonggok sejak dari bulan puasa dulu lagi. Dan yang longgok pula jiran lain, bukan si pembakar ni. Niatnya baik laa kan nak bersihkan laman belakang rumah di kejiranan. Dan tak sengaja api marak menjulang sehingga terbakar sekali kabel penyambung TM dari tiang ke rumah ana.


Benda dah jadi pun nak marah pun tak guna kan. Tapi cuma tu la kan, bila tak menghormati hak sesama jiran beginilah jadinya. Tebang pokok untuk bersihkan laman sendiri, longgok di laman jiran pastu lepas tangan. Tak elok lah kan, laman dia bersih laman jiran jadi tempat pembuangan sampah pokok. Kalau tak di bakar, mahu jadi sarang ular atau binatang berbisa yang lain pula sudahnya. 




Eh! Ter emo pula, entri ni ana tulis bukan lah nak mengkritik jiran tapi nak berkongsi pengalaman apa yang perlu kita lakukan jika talian TM kita terganggu seperti terputus, terbakar dan sebagainya sehingga menyebabkan gangguan talian telefon dan internet terputus langsung. Langkah pertama yang perlu di ambil ialah hubungi talian 100 .  Memandangkan talian tetap dah terputus, ana hubungi sahaja dari handphone. Cumanya bila kita berhubung dengan pusat khidmat TM ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Ambil masa kadang-kadang sehingga 5 minit baru di dapat bercakap dengan operator bertugas. Tapi jangan risau, mereka semuanya professional dan akan melayan kita dengan sebaik mungkin. 

Laporkanlah jenis kerosakan yang kita alami dan mereka akan memberikan nombor rujukan report kepada kita sebagai semakan.Catat nombor rujukan ini untuk kita merujuk semula sekiranya tindakan masih belum di lakukan sehingga masalah gangguan dapat di atasi. Tempoh masa yang diberi untuk proses baik pulih bergantung kepada situasi masalah sama ada teknikal atau pun juruteknik TM akan datang sendiri ke rumah untuk mengenalpasti jenis kerosakan. Selalunya jika gangguan teknikal diselesaikan secara online sahaja. Dijelaskan juga oleh operator TM bahawa sebarang bayaran yang jika ada dikenakan, tidak dibayar kepada juru teknik yang datang tetapi akan di caj ke dalam bil bulanan yang akan datang. Jadi pastikan kita tidak membayar sebarang bayaran kepada juruteknik yang datang kay. 


Berbeza dengan kes yang ana alami kali ini, keesokkan paginya, ana dihubungi oleh juruteknik dari daerah tempat tinggal kami. Setelah mempastikan ada orang di rumah, tidak lama kemudian, ana dikunjungi dua orang juruteknik TM beruniform penuh dengan pengenalan diri serta menaiki kenderaan rasmi TM. Mereka memeriksa sambungan kabel dan sah-sah lah terbakar kan. Dalam beberapa minit sahaja, dengan kepakaran mereka yang terlatih, kabel sambungan dari tiang ke rumah telah ditukar baharu. Dan serta merta juga talian telefon telah berjaya dihidupkan semula. Dan selang beberapa minit internet juga telah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.

Ana bertanyakan jika ada sebarang bayaran akan dikenakan untuk kerja penyambungan dan penukaran kabel baharu ini? Dan ana dimaklumkan bahawa sebarang proses pembaikan di luar rumah maksudnya dari tiang ke luar rumah adalah di bawah penyelenggaraan TM dan tiada sebarang caj akan dikenakan kepada pengguna. Namun sekiranya ada sebarang kerosakan alatan di dalam rumah seperti set telefon atau modem ada lah menjadi tanggungan pengguna dan akan dikenakan bayaran. Ok, jelas kan. Alhamdulillah.Teirma kasih Telekom Malaysia (TM).

Jadi sebagai perkongsian bersama yang mungkin bermanfaat buat insan lain, jika berlakunya sebarang gangguan talian internet atau telefon, segera laporkan kepada pihak TM di nombor 100 sahaja. Dan untuk renungan bersama, pembakaran secara terbuka tanpa kawalan adalah sangat berbahaya dan boleh mendatangkan keburukan yang pelbagai. Nauzubillahi min zalik. Sentiasalah kita berwaspada dan peka pada persekitaran untuk menggelakkan dari sebarang malapetaka, paling tidak pun jangan sampai kita menyukarkan urusan orang lain. Waallahu a'lam.

You May Also Like

8 comments

  1. alhamdulillah dengan kerja yang berkualiti dari pihak TM telah membantu blogger untuk memastikan kerja dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan..

    jiran perlu menjaga hak jiran yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah arz, lebih-lebih lagi tiada caj yang dikenakan buat kak ana lega sangat.

      Delete
  2. Syukurlah cepat TM. apa yang penting kita peka dan buat kol.. harap org lain sampai bila x solve

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu NH, kena tahu apa yang kena buat bila berhadapan situasi macam ni :)

      Delete
  3. Macam cousin sy yg balik rumah lepas beraya di kampung. Terkujat dia nampak longgokan barang depan rumah. Rupanya barang si jiran sebelah 😱

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruu kan dapat jiran macam ni , adoiyai bertabahlah

      Delete
  4. Jiran Mrs. A pulak yang bahagian depan seberang jalan sesuka je longgok pokok pisang dia yang dah tebang tu kat tempat Mrs. A selalu park keta huh! sabar yolah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la MRS A, macam-macam kerenah jiran ni, jangan sampai hilang sabar dah kan.. serba salah pula kita jadinya :(

      Delete