KEKAL WANGI DI MANA SAHAJA DENGAN DASHING ANYTIME EDT

by - Friday, September 08, 2017

Lelaki, paling sempoi dalam bersiap untuk keluar rumah. Tak kiralah nak ke pejabat, keluar beriadah bersama keluarga, dating ke, pergi surau ke, pergi bersukan atau ke mana sahaja lah kan. Mereka ni selalu nak cepat dan ringkas, maklumlah nama lagi lelaki, bukan nya perlu pakai tudung, foundation atau alat solekan pun. Sarung baju dan seluar, sikat rambut dah siap. Eh! Coppp!!Jangan lupa pakai wangian tau, kalau tak, pasti jadi satu masalah sebab lelaki ni cepat berpeluh. Dan bila dah berpeluh..malas nak cakap...tapi kena juga cakap, pastinya badan berbau yang tak best, betul tak??

Alaa...lelaki sekarang ni tak payah risau dah pasal masalah bau badan, sebab hari ini, ana nak kongsikan satu cara paling sempoi khas buat para hero, lelaki di luar sana agar sentiasa wangi di mana sahaja, pada bila-bila masa dan ketika. Mudah sangat lah...ianya sungguh berbaloi untuk dimiliki kerana berkesan untuk mengatasi masalah bau badan. Kecil dan nipis, ianya adalah semburan EDT terbaharu dari DASHING iaitu DASHING ANYTIME EDT. Jom, ana perkenalkan produk khusus untuk lelaki yang sentiasa ingin tampil bergaya,segak dan menjaga keterampilan diri.




DASHING ANYTIME EDT


“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.” 

Betul lah kan, apa yang diperkatakan oleh Mr. Venkat Jangam tu. Setiap lelaki harus menjaga kebersihan diri agar sentiasa tampil bersih, segar dan yakin untuk berhadapan dengan sesiapa juga dan di dalam situasi apa sekali pun. Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.  


Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.  

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki-  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Ana telahpun menghadiahkan DASHING Anytime EDT pada suami baru-baru ini untuk dia mencubanya sendiri sebelum ana kongsikan disini. Suami teruja sangat kerana mudah baginya membawa ke pejabat untuk di gunakan pada bila-bila masa.Saiznya sebesar sekeping kad debit atau kredit sahaja dan nipis, tapi ia cukup digunakan untuk satu bulan bergantung kepada penggunaannya seharian. Suami ana ke tempat kerja dengan menunggang motor, pastilah setiap hari tersangkut dalam kesesakan trafik. Dengan adanya DASHING Anytime EDT, memudahkannya menyimpan di dalam poket seluar, dan menyemburkan semburan EDT apabila sampai ke pejabat. 



Bekerjaya dalam bidang teknikal ni, adakala terpaksa berkerja di dalam situasi tanpa penghawa dingin, dan kemudian kembali ke pejabat untuk mesyuarat dan juga bertemu clients serta pegawai atasan. Dan suami ana dah tak risau lagi kerana bila-bila di rasakan perlu, dia akan mengeluarkan DASHING Anytime EDT dari poket baju dan semburan wangiannya pasti akan menjaga penampilannya di khalayak. Senang dan memudahkan. 

4 Pilihan Variasi DASHING Anytime EDT :

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick. Suami ana paling menyukai DASHING Anytime EDT - Cool. Menurutnya bauan semburan yang menyegarkan dan soft note yang seolah mendinginkan bila di hidu. Aromanya lembut tapi mempunyai daya tarikan yang mempersona. Macam mana nak bayangkan ye, kenalah mencubanya sendiri, baru boleh feel :)

DASHING Anytime EDT - Cool




Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

DASHING Anytime EDT - Active



Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

DASHING Anytime EDT - Ultimate Kick



Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

DASHING Anytime EDT - Hattrick


Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Kedua-dua variasi di atas ni paling diminati oleh anak buah ana, Haris yang peminat tegar pasukan Manchester City. Namun usah risau, harumannya tetap sesuai dengan sesiapa sahaja tak kiralah peminat pasukan bola sepak mana pun :)

Kesemua rangkaian variasi DASHING Anytime EDT ini di jual pada harga RM7.00 sahaja. DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. Jadi, apa tunggu lagi lelaki hebat semua, segera milikinya agar keterampilan mu sentiasa mempersona di mana dan bila-bila masa jua. 

You May Also Like

2 comments

  1. wah..siapa nak rasa diri sehebat Sergio Aguero boleh pakai haruman ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi Sal kalau bab bola sepak kenal sokmo kan :)

      Delete