Bubur Asyura Sempena Bulan Muharam

by - Thursday, October 05, 2017

Setiap tahun apabila tiba sahaja bulan Hijrah Tahun Baru Islam, amat sinonim dengan menu bubur Asyura. Allahu..rindunya nak makan..sedap sangat kan. Ia mengambil sempena dengan memperingati keindahan Hijrah Baginda Nabi Muhammad SAW dan peristiwa penting dalam Islam di bulan Muharam. Bolehlah rujuk blog ahli-ahli yang lebih afdal bercerita kisah Hijrah Nabi SAW dan peristiwa bulan Muharam serta ibadah puasa Asyura ni. 

Apa yang ingin ana kongsikan disini, ialah keenakan bubur Asyura. Ana dari kecil lagi suka makan bubur asyura yang selalunya di sediakan di surau di kampung dahulu. Kami di belah utara, di negeri Perak ni khasnya bubur asyura dalam bentuk bubur berkuah yang di campur dengan pelbagai kekacang dan ubi, jagung dan sebagainya. Ini cara dan resepi bubur asyura yang ana makan dari kecil sampai sekarang.



Namun ketika ana menjadi sebahagian dari keluarga sebelah suami, yang berasal dari Kelantan, mula-mula agak pelik dengan sajian bubur asyura versi Pantai Timur ni. Ianya di masak sehingga keras dan boleh dipotong-potong dan resepinya juga ada dimasukkan rempah ratus. Inilah uniknya kepelbagaian budaya dan menu di negara kita ni. Lain tempat lain daerah lain resepi dan caranya mengikut selera dan tradisi masing-masing.

Apa yang ana tuliskan disini ialah resepi dan bahan-bahan memasak bubur asyura dari air tangan ibu saudara ana yang di kongsikan di facebook sepupu ana, Kak Ngah Norhafizah Ali. Ana juga share kan nya di page Fb @anajinggadotcom dan Alhamdulillah mendapat post reach dan share yang agak tinggi. Semoga apa sahaja perkongsian yang bermanfaat ini bakal membawa pahala berpanjangan buat semua yang terlibat, Aamiin..


Resepi dan cara masak bubur asyura

Bahan-bahan:

Kacang hijau
Jagung
Kacang merah
Sagu
Kacang kuda
Ubi keledek
Ubi keladi
Pulut hitam
Bubur caca
Gula
Sedikit garam
Santan
Daun pandan

Cara masak bubur asyura

Rendam semalaman kesemua bahan kekacang untuk memudahkannya proses merebus nanti.
Rebus asing-asing kesemua bahan kekacang dan ubi.
Ketika memasaknya, campurkan semula kesemua bahan di dalam periuk.
Masukkan gula,santan,daun pandan
Masak sehingga sebati dan sedap. 




Kredit resepi dan foto-foto FB : Norhafizah Ali 

You May Also Like

10 comments

  1. Lebih banyak kita berhijrah,lebih banyak peluang untuk rasa bubur asyura..kalau belah selatan ada panggil bubur asyura ada panggil bubur lambuk...dari kecil PC makan stail selatan...bila dah berkahwin,,ikut suami hijrah ke negeri2 lain dan berkumpul dengan ramai kawan berlainan negeri..dapatlah PC merasa bubur asyura versi lain...ok..sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah natijahnya PC, dari pengalaman yang Allah swt pinjamkan kepada kita meniti usia pelbagai benda baharu kita tempohi dan di jadikan pengalaman dan kak ana suka kongsikan dengan pembaca yang mana mungkin ada manfaatnya, wallahu a'lam :)

      Delete
  2. ada byk versi kat bubur ni.
    yg pasti, aida pernah rasa sekali, tak pasti negeri mana punyer versi.
    kurang minat. berkacang. manis sgt!
    kalu bubur lambuk, daging, feveret.

    ReplyDelete
    Replies
    1. manis selalunya belah utara Aida, kalau berdaging tu belah pantai timur selalunya :)

      Delete
  3. Sedapnyaa bubur asyura. Tak merasa lagi tahun ni. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Nani :) belum rezeki nani kut tahun ini :)

      Delete
  4. Baru ni officemate bawa bubur asyura versi kelantan..uihhh, boleh tahan..rasa rempah2..Cuma tak memenuhi citarasa sangat kot..tak biasa makan benornya..even yang perak punya pun tak pernah try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana pun belah kelantan ni kurang kena dengan selera, hat Perak ni memang selera kak ana la Fieza hihi :)

      Delete
  5. Assalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis ana jingga

    wah banyak nya isi bubur asura ana ni

    mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Mazni, haah pelbagai kekacang dan ubi di satukan dalam asyura versi utara ni :)

      Delete