Selera Orang Kampung

by - Wednesday, January 10, 2018

Ana amat mensyukuri di atas nikmat usia yang ana lalui hingga ke hari ini. Banyak pengalaman telah diizinkanNya ana lalui, keriangan ketika di usia kanak-kanak , melalui peringkat remaja, menempuhi alam perkahwinan, di kurniakan pengalaman hamil dan melahirkan, mendidik anak-anak dengan acuan dan asuhan sendiri dan hingga lah ke hari ini, tiada satu pun nikmatNya yang dapat di dustai. Allahu Akbar... syukur atas segala kenikmatan Mu , Ya Allah. Dalam meniti perjalanan kehidupan di atas muka bumiNya, yang baik dan mungkin membawa manfaat ana akan kongsikannya semula di ruang bacaan ini. Menulis dan mencatat diari tanpa privasi ini kerana mana tahu walau sebesar zarah pun kebaikan tetap tidak terlepas pandang membawa pahala yang menjadi saham akhirat yang menanti kelak. 





Dibesarkan oleh mak dan abah dalam keluarga orang kampung, kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur di usia 19 tahun, sehingga ke hari ini, selera ana tetap selera kampung. Tambah pula bila usia kian tinggi ni, mendaki tahun demi tahun kalendar usia dengan izinNya, tekak dan selera kini semakin pada menu-menu masakan ibunda. Itulah yang sedap, itu lah menyelerakan. Alhamdulillah di hadirkan pula jiran-jiran yang amat baik , yang sering berkongsi rezeki dalam pelbagai bentuk sesama kami. Masing-masing pun berasal dari kampung, dan seronok bila dapat berkongsi rezeki sesama jiran menu dari negeri masing-masing. Inilah selera kami tak kira dari asam pedas Melaka, gulai tempoyak patin Temerloh, sambal pucuk ubi negori..semua itu lah yang menjadi santapan paling sedap pada kami.

Sambal tempoyak pucuk ubi dan petai



Subhanallah...ini lah antara yang sedap untuk di makan pada ana waktu ini. Sambal pucuk ubi tempoyak dan petai versi orang Negeri Sembilan. Juadah istimewa ini, pemberian jiran ana, Kak Ina. Terima kasih Kak Ina sudi menghantar rezeki yang tak terduga tengahari tu dengan menu yang amatlah sedap. Cukup pekatnya, cukup tempoyaknya, cukup pedasnya.. maklumlah menu ibunda orang negori ni, kena air tangan orangnya juga yang power. Namun ana sendiri pernah juga mencuba memasaknya sendiri, cuma macam ala-ala jer pedasnya . Tapi bila makan hasil tangan orang negori ni, biar meleleh air mata,tetap licin sepinggan menghabiskannya. 

Ana dengan orang negeri ni dah sebati sangat makan masakan mereka. Bermula dengan kakak angkat ana, Kak Amy yang mula-mula mengajar ana makan masakan negeri pedas-pedas ni. Antara masakan Kak Amy yang ana rindui sangat seperti udang masak lemak cili api, maman masak lemak bersama ayam kampungnya dan sambal udangnya. Kemudian berjiran pula ketika di Ukay Perdana dengan Yati dan maknya,kami panggil Wan. Mashaaa Allah... air tangan Yati dan Wan pelbagai masakan lemak cili apinya termasuklah bacang muda lemak cili api, sedap sesangat. Lado api eh..usah cakap, segenggam ko. 

Sambal belimbing buluh 



Selang sehari pula, ketika ana menghantar dua kuntum bunga kantan belakang rumah kepada Zura, jiran selang serumah ana, di hulurkannya pula sebekas sambal ikan bilis belimbing buluh. Allahu..punya lah sedap sambal Zura ni, cukup masam, cukup pedas dan pekatnya. Ana dah minta resepinya, In Shaa Allah..akan ana kongsikan semula di sini sedikit hari lagi. Bukan apa, ana teringin nak buat sendiri bila ada buah belimbing buluh belakang rumah ni nanti. Buat masa ini, sedang lebat berbunga, kalau ada rezeki buahnya, nanti ana cuba nak masak sambal belimbing buluh style Zura ni. 

Zura ni pun orang negori jugak, dan suaminya orang Melaka, kalau menu asam pedas dan kari asam Zura memang terbaik sangat lah. Kena je adunan rasanya. Inilah kemanisan ukhuwah kami hidup berjiran. Dari hanya mengetahui menu orang Perak, kini pelbagai selera kampung negeri lain menjadi santapan selera yang sedap pula. Tukar-tukar resepi kan. Apapun, bila di fikirkan semula, mak-mak macam kami ni, masakan kampung juga lah menjadi pojaannn hatikuuu....

You May Also Like

2 comments

  1. saya dengan jiran2 jarang2 bertukar lauk ..biasanya kuih muih je.. kadang2 mee atau laksa..lauk2 ni belum pernah lagi..mungkin sebab jiran2 ramai yang tak de kat rumah waktu siang..heheh..jadi bg benda yang boleh dimakan terus je..mana tau kadang2 ada yang tak masak nasi.hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang pekat pekat kuah masakan orang kampung ni ya

    Itu yang masyuk. sedap sangat

    ReplyDelete