Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam kalau dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah,terletak di Shah Alam bandar anggerik.. Dah habis pusing-pusing shopping mall sekitar Selangor dan KL ni ana cadang nak bawa famili ke sini pula.Last datang masa Form Six masa tu datang ikut rombongan sekolah dari Perak..Tak banyak yang berubah..yelah nak ubah macam mana sebab memang ianya kawasan hutan simpanan takkan nak buat bangunan pula kat sini kan... Cuma adalah beberapa kawasan yang dah di upgradekan lagi dari dulu tu...

Ok..,macam biasa anajingga akan cuba kongsikan beberapa info untuk anda yang akan ke sana sebagai serba sedikit panduan atau rujukan sebelum pergi.Manalah tahu Google-google keluarlah entri ana ni..


Harga tiket untuk masuk ke Taman ini hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan jika kita nak masuk ke Rumah Iklim 4 Musim ni bayaran lain akan dikenakan mengikut musim ketika masa lawatan kita.Masa ana datang tu kebetulan bulan Disember jadi musim salji jadi kena bayar RM5 seorang.. Waktu lawatan pula dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang sebab kalau petang sangat memang tak sempat nanti nak pusing-pusing kat kawasan ni sebab memang luas...

Atas:Harga tiket masuk & Bawah: tiket Rumah Iklim Empat Musim
Untuk melawat sekitar kawasan disini memang luas kita boleh menaiki trem yang disediakan percuma disini atau memilih untuk menyewa basikal dengan kadar RM5 untuk sejam pertama.Walaubagaimanapun khidmat trem ni hanya akan menghantar dan mengambil kita sehingga ke Rumah Iklim Empat Musim sahaja selebihnya kenalah jalan kaki... memang lenguhlah kaki..

Antara tarikan yang ada disini..
Apapun ana tak berkesempatan nak pusing habis tempat-tempat di atas ni sebab kepenatan...faktor usia agaknyalah...Tapi masih sempatlah masuk ke Rumah Iklim Empat Musim ni untuk melihat dan memegang salji bersama anak-anak..

Inilah Rumah Iklim Empat Musim
Dalam Rumah Iklim masa tu musim sejuk ,jadi adalah salji buatan dan terdapat anjung yang mana kita boleh masuk ke kawasan bersalji cuma tak boleh nak pijak dan bermain salji macam dalam Snow World Genting Highland tu... ialah harga tiketnya pun 5 kali murah dari Snow World kan...Sekadar nak melihat dan bergambar tu kira dah oklah pada harga RM5 tu..walaubagaimanapun suhu didalamnya memang sejuk bawah takad beku sampai skrin kamerapun fros berkabus...

Pemandangan dalam Rumah Iklim musim salji
Selain daripada ni bolehlah kita pusing-pusing melihat kehijauan alam semulajadi disekeliling kita..ada tasik, empangan dan rumah tradisional melayu kat sini.. ana lihat ada beberapa keluarga berkelah di wakaf-wakaf yang disediakan dengan membawa juadah untuk makan bersama keluarga.. di bawah ni ana kongsikan sedikit lagi foto-foto yang sempat ana rakamkan buat tinjauan anda semua...terima kasih sudi membaca dan harap dapatlah ana kongsikan beberapa info...

Surau yang terdapat disini