Perpustakaan Komuniti 1 Malaysia
Kali ini ana jumpa satu lagi tempat yang menarik untuk di kongsikan dengan rakan-rakan blogger.Baru-baru ini ana ke Seri Manjung,Perak ke rumah adik yang baru berpindah.Dalam kesempatan ini,ana sempat singgah ke AEON Seri Manjung yang baru dibuka beberapa bulan yang lepas..yang menarik perhatian ana disini disamping kompleks membeli belah yang serbanika ni ada satu sudut di dalam mall ini menyediakan Perpustakaan Komuniti 1 Malaysia...dah banyak mall ana singgah ni kali pertama jumpa yang ada perkhidmatan sebegini...
Didalam perpustakaan ni memang wajiblah kena ada buku-buku,kalau tidak bukanlah namanya perpustakaan.Ana dapati banyak juga naskah buku-buku yang menarik untuk di baca..Aktiviti ini memang sesuailah bagi ulat-ulat buku yang dah penat pusing-pusing kompleks ataupun anak-anak dan ayah-ayah yang ikut ibu-ibu shopping tu sementara si ibu sibuk membeli belah bolehlah anak-anak dan ayah-ayah lepak kat sini sambil membaca surat khabar atau buku-buku..
Disamping buku-buku disini juga disediakan kemudahan internet dan wi-fi percuma.Mereka yang berusia diatas 12 tahun boleh mendaftar nama dan menggunakan kemudahan internet secara percuma selama 1 jam. Kat cyber cafe pun kena bayar yang ni percuma je untuk satu jam..
8 Comments
:-) memang bagus ada tempat membaca cam ni
ReplyDeletekan Murni, sesuai untuk menyemai hobi suka membaca :)
DeleteSaya pown duduk Area manjung jugak~ Ngee
ReplyDeletewah Syafiq selalulah datang sini shoping ye hehe
Deletewah... bagusnya ada pusat sumber macam ni.. moga bermanfaat untuk semua.. :D
ReplyDeletebaguskan DRC :)
Deletetq promote mintak share
ReplyDeleteSilakan KM , cuma ana tak pasti masih ada atau tidak kerana entri ini diterbitkan Februari 2013 ... :)
Delete