Ana pasti ramai yang kenal dengan penyanyi dan pelakon kita ni...Fauziah Latiff atau gelarannya Gee..Dari zaman persekolahan dulu ana memang meminati penyanyi ini kerana kelincahannya di pentas,suaranya yang merdu dan wajahnya yang jelita...

Dan beberapa hari yang lepas ,ana buat kempen kemas setor kat rumah terjumpa sebuah buku skrap yang ana buat era 90an dahulu tu...masa zaman-zaman ni kalau seseorang tu minat kat seseorang selebriti dia akan kumpul gambar dan keratan akhbar dan buat buku skrap dan salin lirik lagu selebriti kesayangan mereka...maklumlah era tu tak ada kemudahan internet jadi sumbernya hanyalah majalah hiburan seperti URTV,Variapop,Pesta dan surat khabar harian sahaja...

Jadi untuk tatapan rakan blogger dan pembaca yang muda remaja masa kini ,ana kongsikan sebahagian dari koleksi buku skrap ana yang dah usang di mamah usia ni....disertakan koleksi kaset yang ana miliki dahulu yang hari ini ana tak tahu mana nak pasang dah kerana kaset player dah tak ada....so once upon a time....

Antara koleksi kaset yang masih ana simpan tak pasti boleh guna lagi atau tidak kerana tiada player...
cover buku skrap Fauziah Latiff
sebelah belakang buku skrap Fauziah Latiff
Antara foto Fauziah Latiff dalam buku skrap ana..
Lirik lagu Bisikan Simfoni Hati & Digamit Memori-Fauziah Latiff
Cantikkan Fauziah Latiff semasa remaja

Lirik lagu Terima Kasih Teman

Fauziah Latiff & Rahim Maaruf

Lirik Lagu Sejak Bersamamu

Lirik Lagu Kali Terakhir

Lagi dari koleksi buku skrap ana...
Setakad ini sahaja yang dapat ana kongsikan foto-foto cantik Fauziah Latiff...kini kalau nak dengar semula lagu-lagu merdu nyanyian Fauziah Latiff kita boleh ke Youtube sahaja....Sekadar satu perkongsian kisah lalu...Once Upon A Time....