Dah hampir nak cuti sekolah ni pasti ramai dah bercadang untuk bawa anak-anak bercuti di serata tempat menarik kan... yang berkemampuan akan bercuti ke luar negara dan bagi yang kurang sikit kat tanahair kita ni pun ada bermacam-macam tempat menarik untuk di kunjungi.... Tahun ni ana pergi bercuti awal sikit dari musim cuti sekolah sebab kami mengadakan Family Day ke Cameron Highland...kalau musim cuti sekolah faham-fahamlah macam mana trafik kat sana...hujung minggu biasapun dah jem teruk dari pasar pagi Brinchang ke Kea Farm ini kan pula musim cuti sekolah.

Ana tak update kisah percutian dan tempat-tempat menarik kat Cameron Highland kali ni sebab memang banyak dah rakan-rakan blogger dah update...kali ini ana nak kongsi tempat penginapan ana dan keluarga di Cameron Highland iaitu di Penthouse 5 bilik di Villa Dahlia ,Tanah Rata, Cameron Highland.... 5 bilik tidur memang selesa untuk yang konvoi adik beradik macam kami minggu lepas,4 buah kereta dangan 15 orang ahli rombongan...

Puas menGoogle dan bertanya rakan-rakan tempat yang boleh memuatkan seramai 15 orang..dapat sebuah banglo tetapi bila Google semula di sebuah forum memang banyak komplain dan komen yang tidak menyenangkan dari pengalaman penghuni yang terdahulu... Ini satu lagi tips untuk kita sebelum membuat tempahan ke satu-satu penginapan pastikan Google dahulu sekiranya ada komen-komen yang tidak baik supaya kita tidak terpedaya dengan mana-mana iklan atau laman web yang menawarkan homestay dan sebagainya..

Akhirnya atas cadangan rakan baik ana , mazlina ana cuba Google di Villa Dahlia...menawarkan penthouse 5 bilik tidur yang amat luas dan selesa untuk kami semua dengan kadar bayaran pada tarikh itu RM600... harga mungkin berubah mengikut tarikh percutian atau low atau peak season... Kalian boleh memilih untuk menyewa terus dengan pihak pengurusan Villa Dahlia atau melalui pemilik persendirian seperti yang ana sewa melalui laman web http://golferscafe.cameron.com.my/apartments.html berhubung dengan Mr Anba di talian telefon yang terdapat di link di atas...Jika milik persendirian ni lebih fleksible berapa orang pun boleh masuk tapi kalau melalui mangement Villa Dahlia ada limitnya... Selain dari Penthouse 5 bilik ada juga apartment dengan 3 atau 2 bilik di sediakan disini...

Disini ana kongsikan beberapa keping foto tentang Penthouse 5 bilik Villa Dahlia yang ana sewa dari Golferscafe @ Mr Anba sebagai rujukan untuk mereka yang ingin melihat dengan lebih jelas lagi...

Permandangan luar Villa Dahlia
 Bangunan Villa Dahlia ni agak lama sedikit namun  kemudahan seperti lif dan letrik memang dalam keadaan yang baik .Terletak di pertengahan jalan dari Tanah Rata ke Brinchang, Cameron Highland selepas The Smokehouse..

Ruang tamu tingkat bawah Penthouse Villa Dahlia
 Ruang tamu memang sangat luas dan selesa untuk kanak-kanak berlari-lari ,cuma kena hormatilah jiran yang menyewa di tingkat bawah tu...kemudahan astro disediakan disini..


Meja makan yang disediakan


Ruang di tingkat atas dengan 2 bilik tidur , 1 bilik air dan ruang tamu kecil..


Ruang tamu di tingkat atas penthouse Villa Dahlia

 Di tingkat atas ini disediakan 2 bilik tidur dengan sebuah bilik air dan ada extra bed kat belakang sofa tu..kalau agak-agak tak muat juga bolehlah lepak tidur disini...

Tangga ke tingkat atas
 Keadaan tangga pusing ni agak berbahaya untuk anak-anak kecik dan warga emas, jadi ana dan keluarga menempatkan mereka di tingkat bawah sahaja...yang muda-muda boleh ambil bilik atas...

Tiga dari lima bilik tidur di Penthouse Villa Dahlia
 Tiga dari lima bilik yang terdapat di Penthouse Villa Dahlia ni, yang lagi dua tu tak sempat nak ambil foto sebab memang berselerak oleh anak-anak kecil kami..maklumlah foto-foto ni diambil masa nak check out..jadi al sedia walmaklumlah ye...sila abaikan yang tak kemas katil tu sebab masa check in memang kemas sangat bilik ni...

ruang dapur untuk memasak
 Terdapat ruang dapur untuk memasak di Penthouse ni, cuma memandangkan ianya public jadi kami dan ana syorkan buat penyewa Muslim seperti kita membawa semua peralatan dapur seperti periuk,kuali,pinggan mangkuk atau polistren ,cawan,pisau ,sudu dan lain-lain dan jangan lupa pes pencuci sendiri...kita gunakan dapurnya sahaja...Jangan risau sebab disediakan troli di ruang lobi untuk mengangkut semua khazanah naik ke atas melalui kemudahan lif...

Ini sahaja yang dapat ana kongsikan tentang penginapan di Penthouse 5 bilik di Villa Dahlia ,Cameron Highland.Semoga ianya dapat memberi sedikit gambaran untuk yang nak bercuti  ke sana... Selamat Bercuti...

14 Comments

  1. Salam, berapa utk 1 malam ni?? hehe. Menarik la.

    ReplyDelete
  2. Rina Supian :yang ni RM600 penthouse 5 bilik tidur.... klik kat link Golferscafe tu utk detail nya....mcm2 apartmentpun ada...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. yes Halim Yaya, mempunyai lif dan troli disediakan..

      Delete
  4. Ade apartment 2 bilik?berapa semalam? Mcm mane nak book?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NURAZILLA AHMAD: boleh klik kat link yang ana bagi di atas ye..golfercafe tu, dah lama ni kami pergi cuba tanya dilink tersebut utk detail..:)

      Delete
  5. tengah survey2 hotel di cameron..villa dahlia ni second choice.

    tq sbb bg info psl link tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 salmizah omar, entri ni mengikut masa ia di publish, ana tak pasti jika ada sebarang perubahan terkini,untuk lebih maklumat boleh ke carian forum dan baca komen2 dari penyewa yg pernah ke sini.. :)

      Delete
  6. Selama stay kat unit ni, okay x?ada seram2?saya baru nak book unit from mr.anba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oreenalina Nordin, semasa kami stay ni memang tak ada lah seram2 semua tu, pertamnay kami ramai hampir dua puluh orang sb kami ada famili day kat sana masa tu, dan keduanya bila dah penat semua tidur nyenyaklah, anyway entri ni berdasarkan tarikh ianya di publish dah agak lama juga, untuk lebih info boleh ke ruang forum dan baca komen2 dari penyewa2 lain... :)

      Delete
  7. ada kosong tak masuk 31/12/2015 keluar 2/1/2016 kalau dapat dua sebelah-sebelah lagi bagus(boleh masak tak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry uncleraj raj, I'am not the owner of this penthouse.kindly go to the website http://golferscafe.cameron.com.my/apartments.html

      and contact Mr ANBA for detail..thank you.

      Delete
  8. Hai ana, kira ye tu penthouse 2 tingkat la ye.. tu boleh muat berapa org? so far facilities okay x? Coz im planning go to Irau end of April.. So skrg sdng mencari penginapan y sesuai tok seramai lbh krang 10 org.. N 1 more thing dya jauh x dari Kea Farm??

    Tq ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Nurbalqis Elaine, terima kasih singgah ke www.anajingga.com. Yup penthouse dua tingkat dengan 5 bilik ( 3 bawah + 2 atas). Boleh sangat untuk 10 orang atau lebih. Cuma harganya dan keadaan (facilities) mungkin telah berubah kerana entri ini terbit semasa ana ke sana pada tahun 2013. Cuba hubungi di link website yang ana beri di dlm entri untuk detail terkini ye.. Villa Dahlia terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang dan tidaklah berapa jauh dari Kea Farm :) semoga bermanfaat .

      Delete