DIY Bunga Penanggah
Salah satu item yang perlu ada di majlis perkahwinan ialah bunga penanggah walaupun tak wajib sebenarnya..ianya satu bunga kecil yang diselitkan di dada ahli keluarga terdekat yang menandakan mereka sedia memberi layanan kepada tetamu majlis..untuk menceriakan suasana , tuan rumah akan menyelitkan wang kertas di belakang bunga penanggah ini untuk suka-suka sahaja..yang sering ana lihat wang kertas RM1 dan RM5..RM10 jarang-jarang sangat .
Untuk majlis sepupu ana kali ini, ana DIY sendiri bunga penanggah ini , selain dari nak mengisi masa lapang , kosnya pun jauh lebih rendah ... jadi bagi yang nak mencuba ana kongsikan disini..
|
bunga satin |
Beberapa kuntum bunga satin mengikut bilangan bunga penanggah yang dikehendaki...
Riben polkodot di simpulkan berbentuk ikatan riben tetapi lebihkan di bahagian bawah untuk membentuk gulungan..
Gunting kira-kira 10cm riben ungu berlainan tona dan rantaian kecil berwarna emas untuk di jadikan ekornya..atau juntaiannya..
Kita perlukan pin berbentuk bulat ini dan susun atur dan gamkan riben polkodot tadi , diikuti juntaiannya dan dan akhir sekali bunga satin...
|
bunga penanggah |
Inilah hasilnya bunga penanggah dari kain satin yang ana dan anak hasilkan..
~Berkongsi idea~
7 Comments
cantik..boleh jugak lekat kat gifties..kreatif
ReplyDeletecantik, :)
ReplyDeletetq Sue Bee & dilaella Ella...
ReplyDeleteseronok jugak dapat pakai bunga penanggah ye, rasa macam orang-orang penting je..hahah
ReplyDeleteCantiknya akk :D
ReplyDeletekan memmetlenggeng macam vip pulak ye... tq dear adrianna..tak sekreatif hasil lakaran adrianna..kak ana suka tgk..
ReplyDeletecantikla..kreatip sungguh awk ni..
ReplyDelete