Aeon Anggun Rawang
|
Aeon Anggun Rawang |
Selepas hampir dua tahun dibuka , baru kali ini ana teringat nak update satu-satunya pusat membeli belah yang besar di Bandar Rawang ni..terletak di Kota Emerald,Bandar Country Homes,Rawang..dibuka secara rasmi pada 19hb Disember 2011..
Kiranya penduduk di sekitar Rawang,Bandar Tasik Puteri,Kuang,Kundang,Kuala Kubu dan ada yang dari Tanjung Malim sering kali datang membeli belah disini memandangkan ianya cawangan Aeon yang terhampir dengan kawasan Hulu Selangor ni..Banyak kedai-kedai shop lot produk berjenama yang terdapat disini hampir sama dengan mana-mana pusat beli belah yang lain di serata tanahair...sebut sahaja dari jenama jam,kasut,pakaian dan keperluan rumah ada disini...
Manakala untuk menjamu selera pula ,pelbagai outlet makanan boleh di nikmati disini seperti Kenny Rogers,Sushi King,Orkid Bistro dan sebagainya...juga terdapat sebuah food court untuk sajian lain ..
|
Antara cawangan makanan segera yang terdapat di Aeon Anggun,Rawang |
TGV-Aeon Rawang
Antara tarikan utama ke sini khasnya untuk golongan remaja dan peminat filem pastinya TGV Cinema yang terletak di aras 1 ,Aeon Anggun Rawang ini..yang mempunyai 8 mini pawagam di dalamnya...menayangkan filem-filem terkini..
|
TGV Cinema di aras 1 Aeon Anggun ,Rawang |
Pejabat Pos Malaysia di Aeon Anggun Rawang
Dan yang terkini ialah beroperasinya Pejabat Pos Malaysia yang dahulunya terletak di Bandar County Homes telah berpindah ke sini mulai Disember 2013 yang lalu...pastinya lebih selesa untuk melakukan sebarang urusan pembayaran bil dengan ruang yang lebih luas dan tambahan kaunter urusan..
|
Pejabat Pos Malaysia di Aeon Anggun,Rawang |
Inilah serba sedikit info mengenai Aeon Anggun,Rawang ...semoga dapat memberi gambaran ringkas untuk yang ingin ke sini buat pertama kali...
~Selamat Membeli-belah~
14 Comments
Assalam.. tempat ni dah dekat dgn rumah saya, mmg suka ke sini sbb jarang ada waktu yg penuh sgt dgn org bershopping.. Nice sharing.
ReplyDeleteSaya follow sini ye.. Salam ukhwah.. :)
erm boleh berjiran lah ye...salam ukhwah dan terima kasih follow...akan ana jejaki kembali nanti..In syaa Allah..: khir khalid.
Deleteanggun tue memang nama aeon tue ek? ingatkan awak sesaja gurau hihihi
ReplyDeletememang namanya Aeon Anggun terletak di Anggun City ,Kota Emarald,Rawang my dear kira sakura.. :)
Deletesalam perkenalan anajingga.. terima kasih datang blog queen yer..
ReplyDeleteterima kasih Queen Teratai..
Deleteassalam..kak zu datang membuat kunjungan balas..
ReplyDeletesalam perkenalan..
terima kasih kak zu:zulaikha megat..salam kenal jua
Deleteperlu sediakan RM ja,kan..:)
ReplyDeletememang betul tu Kamsiah...
Deletepernah datang sekali kat sini, ngan anak saudara, makan kat pizza tu
ReplyDeletehihi.. dah membangun dah tanah tempat besar lilynn.. hihi.. byk kali jugak ke aeon kak.. tp sebb jln nk masuk ke dalam dari bandar rawang ke sana makan mase, lg2 jem kat kuala garing tu .. jd selalu ke tesco jer.. hihi
ReplyDeleteassalamualaikum minta izin guna maklumat dlm ni utk projek tingkatan 3 saya :)
ReplyDeletewaalaikumsalam.. ambil lah Fifa, semoga bermanfaat dan good luck :)
Delete