Karipap Gergasi Kuala Selangor


karipap gergasi
Kadang-kadang ana memang suka balik kampung melalui jalan Kuala Selangor - Sabak Bernam ni, bukan apa sepanjang perjalanan macam-macam gerai orang berniaga.Sepanjang jalan dari Ijok ke Kuala Selangor, di kiri kanan jalan terdapat gerai menjual karipap gergasi.

Kami singgah untuk mencuba karipap gergasi ini di salah satu gerai.Harganya RM3.50 sekeping.Terdapat dua jenis iaitu karipap gergasi inti ayam dan daging.Saiznya memang besar lebih kurang saiz tapak tangan orang dewasa.Intinya memang sedap,terasa isi ayam dan dagingnya dengan ramuan rempah kari dan kentang.Kulitnyapun memang rangup.Pendek kata sedaplah dan kenyang kalau jenis yang kurang makan ni.

Kalau sekiranya melalui jalan ke Kuala Selangor ni,bolehlah mencuba karipap gergasi di sini.

Gerai karipap gergasi : kredit foto-kosmo.com.my

~berkongsi selera~