Paratha Chicken Wrap

Cara-cara menyediakan paratha chicken wrap

Anak bongsu ana gemar makan paratha chicken wrap ini jika singgah di kiosk Hot & Roll.Beberapa hari yang lepas adik dan kak long mengikut ana ke pasaraya dan membeli bahan-bahan untuk mencuba sendiri membuat paratha chicken wrap ini.Agak mudah kerana ia seperti membuat salad segar tanpa perlu proses memasak yang lama.

Berikut ana kongsikan kaedah menyediakan paratha chicken wrap ini bagi mereka yang berminat mencuba.

Paratha wrap yang dibeli di pasaraya
Ambil sekeping paratha wrap yang dibeli dipasaraya dan panaskan di atas kuali leper.Ana beli di Aeon dengan harga RM 7 untuk 8 keping paratha wrap.


Chicken loaf
Anak ana gunakan sekeping chicken loaf dari jenama Ayam Dindings dipanaskan juga di atas kuali leper dan di tabur sedikit serbuk lada sulah.



Salad segar,tomato dan bawang besar

Paratha wrap disapukan sedikit butter diatasnya di letakkan sekeping chicken loaf dan ditambah dengan sayuran segar seperti salad,tomato yang dihiris serta bawang besar.


 

Sapukan sedikit mayonis dan taburkan perasa BBQ untuk menambah perisanya.Kemudian boleh digulung atau di lipat segi tiga.Selamat mencuba.

~Berkongsi resepi~