Semak keputusan peperiksaan sekolah anak:

Tahun lepas ana mula menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini untuk melihat keputusan peperiksaan anak-anak melalui online.Ianya seperti melihat 'report card' anak-anak pada bila-bila masa dan mudah untuk kita membuat perbandingan keputusan dengan peperiksaan yang lepas-lepas.

Jika sebelum ini ada di kalangan anak-anak yang kurang cemerlang dalam keputusan peperiksaan merahsiakan 'result' mereka dengan tidak membawa pulang kad laporan , kini secara online ibu bapa boleh membuat semakan setiap kali selepas pihak sekolah menghantar data ke pusat analisis berpusat ini.

Masih ramai ibu bapa yang belum mengetahui kewujudan sistem ini mungkin kerana tidak didedahkan oleh pihak sekolah ataupun anak-anak belum memaklumkan.Ibu bapa yang mempunyai anak-anak samada peringkat sekolah rendah dan menengah kini bolehlah melayari ke laman web: sapsnkra.moe.gov.my

sapsnkra.moe.gov.my
Klik di bahagian : semakan ibubapa

semakan slip peperiksaan pelajar di sapsnkra.moe.gov.my

Masukkan no kad pengenalan anak.

Klik samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah.

Masukkan Tahun pilihan.

Klik Semak Laporan.

Keputusan akan dipaparkan di skrin anda.


~berkongsi info disini~