Belimbing buluh

 

Buah belimbing buluh

Buah belimbing buluh sangat masam rasanya sehingga ana sendiri tidak boleh makan sebegitu sahaja.Buahnya lebat di batang pokok dan yang agak masak warnanya kekuningan sedikit namun masih masam.Mak ana sering menjeruk belimbing buluh ini untuk di campur dengan bahan jeruk lain dan di jadikan acar buah.Selain dari itu, belimbing buluh ini juga di masak lemak dengan telur itik ataupun udang galah.Ia dapat menghilangkan rasa dan bau hanyir dalam masakan.

Ana lebih gemar mencampurkannya dengan ikan bilis dan di jadikan sambal tumis.Dengan cara ini rasa masamnya akan sedikit berkurangan.Di fahamkan juga melalui pembacaan dari laman-laman blog, buah belimbing buluh dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.Ini mungkin di sebabkan dari rasa kemasamannya itu.

Sambal tumis belimbing buluh dengan ikan bilis


Sambal tumis ikan bilis dengan belimbing buluh

Sambal tumis ikan bilis ini ana gabungkan dengan belimbing buluh.Macam biasa kita tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili giling.Kemudian masukkan ikan bilis yang telah ana gorengkan terlebih dahulu.Masukkan belimbing buluh yang di potong memanjang dan tambahkan sedikit air jika terlalu kering.Rasakan garamnya dan siap untuk di sajikan.Satu menu yang mudah ala-ala kampung.


~selamat mencuba~