Belimbing Buluh
Belimbing buluh
Buah belimbing buluh |
Buah belimbing buluh sangat masam rasanya sehingga ana sendiri tidak boleh makan sebegitu sahaja.Buahnya lebat di batang pokok dan yang agak masak warnanya kekuningan sedikit namun masih masam.Mak ana sering menjeruk belimbing buluh ini untuk di campur dengan bahan jeruk lain dan di jadikan acar buah.Selain dari itu, belimbing buluh ini juga di masak lemak dengan telur itik ataupun udang galah.Ia dapat menghilangkan rasa dan bau hanyir dalam masakan.
Ana lebih gemar mencampurkannya dengan ikan bilis dan di jadikan sambal tumis.Dengan cara ini rasa masamnya akan sedikit berkurangan.Di fahamkan juga melalui pembacaan dari laman-laman blog, buah belimbing buluh dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.Ini mungkin di sebabkan dari rasa kemasamannya itu.
Sambal tumis belimbing buluh dengan ikan bilis
Sambal tumis ikan bilis dengan belimbing buluh |
Sambal tumis ikan bilis ini ana gabungkan dengan belimbing buluh.Macam biasa kita tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili giling.Kemudian masukkan ikan bilis yang telah ana gorengkan terlebih dahulu.Masukkan belimbing buluh yang di potong memanjang dan tambahkan sedikit air jika terlalu kering.Rasakan garamnya dan siap untuk di sajikan.Satu menu yang mudah ala-ala kampung.
~selamat mencuba~
22 Comments
uwaaaa...menarik dan tertarik menu ni...gulp..telan air liuq kejap...hihi..
ReplyDeletehaha sedap juga kalau sesekali tukar selera cik cempaka..
DeleteMasa kecik-kecik dulu, asal balik kampung je mesti kitorang akan pegi kat pokok belimbing buluh dulu sebab rasa masamnya yang awesome. Selalunya kitorang makan terus petik dari pokok je sebab malas nak keluar masuk rumah time tengah-tengah main. hehe
ReplyDeletekalau ana makan macam tu boleh juga tapi cicah garam untuk hilangkan masamnya tu...
Deletesaya belimbing ni kurang sikit..sebab msam.. tapi klau kena dgn masakanya.. makan panas2 dgn nasi sedap woo he..he..
Deletememang masam tahab gaban ni..kak anapun tak boleh makan macam tu je...
DeleteAssalamualaikum, sedapnya buat sambal tumis dengan belimbing buluh. tapi jarang dapat jumpa belimbing buluh ni.. singgah menabung ford sini ~~~
ReplyDeleteWaalaikumsalam Sheila, sedap jugalah bila makan dengan nasi panas2 kan..
Deletesedap tu kalau buat sambal
ReplyDeletemungkin sedap juga kalau dicampur dalam sambal belacan kan Sue Bee
DeleteKalau letak jd sayur dalam masak Asam Pedas, uiiiihh masamnya mengancam
ReplyDeleteye ke chegu tak pernah cuba pula,mungkin nanti ana cuba try test hehehe
Deletesedapp uu..kang belakang uma belambak..siap cakap gan mak da macam buah anggur..hehe
ReplyDeleteanggur melayu kan Asma Husna..
DeleteAduhaii..terliur liur dah ni..aida selalu masak ikan tenggiri letak belimbing buluh..memang menangkap..tapi susah gile nak dapat belimbing ni...tu yg sedih tu..huhuhu
ReplyDeletekadang2 di sini ada dijual di kedai runcit atau pasar tani memang rare juga nak dapat MommyAqilMedina..
Deletehi sis ana..
ReplyDelete:)
miss u muah muah muah..
amboi
nampak mnegkecurkan kan resepi sis tu
:)
hye my darling, busy online bisnes kan ..kak ana faham kadang rindu juga kemunculan Lilynn di sini..mis you too my adik.. :)
Deletetu diaaa
ReplyDeleteterliuq aihhh
kan main cheq... Fuza..:)
Deletedepan umah saya ade pokok belimbing buluh.
ReplyDeletebuah banyak kemain.
tp xde org ambik pun..huhu
hehe... orang2 yang boleh makan je cari belimbing ni Nick, budak2 tak hinginnya..hehe
Delete