Sabtu lepas hujan mula turun membasahi bumi Allah dengan penuh RahmatNya.Alhamdulillah udara makin bersih dan segar mata memandang.Tiba-tiba angin kuat menyebabkan pintu bilik tertutup rapat.Rupa-rupanya terkunci terus dari dalam,mungkin sebelum ni tombolnya tertekan agaknya.Anak mula jerit ' ibu bilik terkunci' .Panik juga, sebab kipas berputar didalam, tingkap terbuka, bimbang terkena tempias.

Ana ni jenis yang tak suka terburu-buru, bertenang dulu biarkan seketika.Lepas siap masak,kemas dan duduk seketika  sambil berIstighfar banyak-banyak.Dah 'rileks' baru dapat idea.Mula-mula telefon suami, katanya kunci bilik tu memang rosak,tunggu je dia balik nanti pecahkan tombolnya.

Tak pe masih bertenang,tanya adik-adik di 'group wassup' macam-macam idea dapat tapi semua memerlukan kekuatan fizikal.Masih bertenang,dan terfikir nak Google pula...dan akhirnya jumpa cara yang agak boleh nak dilakukankan oleh seorang ibu.Ana jumpa di Youtube.Buka dengan kad kredit.





Ana cari didalam dompet dan jumpa sekeping kad keahlian yang dah luput tarikh.Naik ke atas dan cuba ikut seperti yang diajar di 'Youtube'.Cubaan pertama gagal,kedua juga gagal kad semakin bengkok.Pusingkan kad dan cuba kali ke tiga dan dengan Izin Allah swt sekelip mata berjaya terbuka pintu.Alhamdulillah dengan IzinNya berjaya membuka pintu bilik yang terkunci dari dalam dengan sekeping kad.

Ana kongsikan disini supaya manalah tahu situasi begini terjadi kepada kita khasnya ibu-ibu yang kurang kekuatan fizikalnya dan berhadapan masalah sebegini bolehlah cuba kaedah ini. Caranya bolehlah 'search di Youtube'.Yang baik semua datangnya dari Allah swt dan yang silap itu adalah kerana ana sebagai hambaNya yang kerdil ini.



~berkongsi pengalaman disini~